Keputusan terkini Malaysia vs Jepun – Kelayakan Olimpik 2012

Malaysia vs Jepun. 0-2!

Nampaknya Malaysia sedang ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. Memang bengang juga dibuatnya. Jaringan pertama memang ketara, defend naik, Jepun terus nampak peluang dan buat counter-attack. Dan MENJADI!

Apek tak leh nak kata apa. Kira nasiblah kalau Apek boleh tahan. Tapi Apek gagal tahan bola dan bola bergolek masuk ke gawang gol Malaysia. Tapi untuk gol kedua, pemain jepun menang dalam pertarungan udara dan Apek pula keluar terlalu awal. Bola plak, betul-betul bergolek celah kaki Apek. Walaupun Apek bermain cukup cemerlang pada 30 minit pertama, tapi gol kedua ni memang ada silap Apek juga. Tapi saya tahu, Apek dah buat yang terbaik.

Mahali keluar. Cedera. Mungkin ini juga salah satu sebab pertahanan Malaysia agak pincang.

Cuma saya harap pada separuh masa kedua nanti, janganlah pemain Malaysia terlalu berlembut dan menghormati pemain Jepun sangat. Kawasan tengah padang tu, semuanya pemain Jepun take-over. Striker bila dapat bola, gagal dapat kawal bola. Pemain kita senang tercicir bola. Hemm..takkan kita nak harap kemunculan seperti Safee Sali dan NorShahrul Idlan Talhah yang kita tak tahu bila akan muncul? Harap pemain muda kita boleh buat sesuatu. Insya-Allah..kalau kita dapat 1 gol malam ini, itu tanda kita dah menang dengan Jepun. Hehe..

Keputusan terkini: Malaysia (0) vs Jepun (2)

Ps: Masih ada peluang. Leh wat macam Bahrain buat kat kita. Mana tahu, kita boleh dapat 3 gol dalam 10 minit terakhir nanti. Doa-doalah ye..

Posted in Sukan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , | 9 Comments

Lelaki Bangladesh yang mempunyai suara emas.

Mari dengar dan layan video ini.

Siapa cakap suara orang selain orang Melayu tak best? Haa, lelaki dari Bangladesh ini memang mempunyai suara emas yang sangat dicemburui oleh ramai orang. Tak sangka, bukan?

Kalau anda juga mempunya suara emas seperti lelaki bangladesh ini, haa..gatal-gatalkan tangan anda untuk rakam suara anda sendiri dan letak di youtube. Mungkin saya sendiri akan kongsikan dalam blog ini. Hehe..

Ps: Tak sangka dapat tempat kedua dalam Top Link Referral yang dianjurkan oleh Insentif MamaMurai.com.

Posted in Lagu dan Video | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 7 Comments

Semakan Keputusan Tawaran KPLI-SR jQAF Ambilan Jan 2012 – Calon Gantian

Kepada kawan-kawan dan calon KPLI-SR jQaf untuk ambilan Januari 2012 yang mungkin tak dapat dalam semakan sebelum ini, sila semak semula untuk kes rayuan anda. Biasanya kalau macam ini, mungkin ada calon yang tarik diri atau masih ada tempat kosong/sekolah yang masih memerlukan guru jQaf.

semakankplisrjqafambilanjanuari2012

OK. Sila semak disini: Semakan Keputusan Tawaran KPLI-SR jQAF Ambilan Jan 2012 – Calon Gantian

Terdapat ralat pada dokumen dalam Sistem Semakan Tawaran (Calon Gantian)
KPLI-SR j-QAF Ambilan Januari 2012
. Sila semak semula dan jika perlu muat turun download) kembali dokumen Panduan Tawaran, Maklumat Tawaran dan Borang Kit Pendaftaran. Harap maklum dan tolong beritahu kawan-kawan anda. Masih ada peluang dan mudah putus asa.

Ps: Masih ada sinar yang bersinar..

Posted in KPLI, KPLI-JQAF, Semakan dan keputusan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Kemahiran terbaru Spiderman – bersilat pulut di Kenduri Kahwin.

Selalu tak anda pergi kenduri kahwin saudara-mara anda dan ada orang yang buat persembahan silat dihadapan pengantin? Pernah kan? Tapi video yang saya ingin kongsikan ini agak berbeza. Masih ada persembahan silat pulut tetapi pesilatnya agak berbeza. Apa yang berbeza? Mari kita tonton bersama-sama di video dibawah ini:

Can you believe it? The grand prize for this contest is the all-new Ford Ranger!

Haa..

Nampak kan? Apa yang berbezanya? Saya tak pasti kat mana kawasan atau kampung dimana berlakunya majlis kahwin pengantin tersebut. Tapi memang best bila tengok sesuatu yang berbeza. Pesilat mengenakan suit Spiderman dan bersilat pulut dihadapan pengantin. Haa, ini baru satu kelainan dan mampu membuatkan sesebuah majlis itu menjadi lebih meriah. Betul tak? Tak adalah asyik pasang lagu kahwin aje..

I think everyone who double-parks at banks should get this!

Ps: Dah berapa kali ulang tengok video ni. Hehe..

Posted in Isu semasa dan berita semasa, Lagu dan Video | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , | 8 Comments