Cikgu malas dan Cikgu rajin (Part 1)

Join Petronas Reimagining Energy Photo Contest and win some Ang Pows! #PetronasCNY

Rasa-rasanya dah ramai orang tahu. Isu ini bukanlah isu besar. Tapi untuk nasihat bersama, isu ini aku timbulkan sebab mesti korang semua ada yang tak puas hati dengan cikgu-cikgu yang rajin dan juga cikgu-cikgu yang malas.

Cikgu-cikgu yang rajin.

Semua kerja dia buat. Apa yang pengetua suruh mesti buat. Apa yang PPD suruh buat, dia buat. Semualah. Lengkap dan tanpa kesalahan dan silap hari bulan, apa yang cikgu ni buat memang purr..fect! Kalaulah pengetua sesebuah sekolah tu dapat cikgu yang rajin macam ni, memang siap buat sujud syukur lagi. Mungkin boleh buat kenduri kesyukuran barangkali. Yelah, tak semua cikgu begitu rajin. RPT buat, SKT buat, huraian sukatan lengkap, silibus lengkap, mengajar pelajar pun bagus, pelajar pun suka kat cikgu rajin ni..fuhh. Pendek kata, memang cikgu-cikgu rajin ni disukai ramai.. cuma mungkinlah ada orang akan kata cikgu ni skema sangat. Wehh..cikgu memang kena skema kan? Takkan nak poyo-poyo plak. Dah nama pun cikgu, mestila tunjuk contoh dan peribadi yang baik bukan? Ya..itulah antara ciri-ciri cikgu yang rajin dan baik. Dan mungkin juga dihormati oleh semua orang.

“Cikgu ni skemalah!”

Tak apa. Biarlah orang nak kata apa. Tapi cikgu-cikgu jangan terasa ye.. Ini semua cobaaannn..

Cikgu-cikgu yang malas..

Cikgu jenis macam ni bukannya tak rajin. Cikgu ni cuma ada sedikit pemalas sahaja. Apa cikgu lain buat, dia tak buat. Jika buat pun, marah-marah aje kerjanya. Itulah inilah. Ada sahaja alasan dan bebelnya bila hendak buat kerja. PPD suruh buat kerja, tak nak buat. Pengetua suruh buat kerja. Pun tak nak buat. Dah bagi amaran. Mulalah mata tu nak menjeling-jeling manja. Bila kawan dah nasihat, mulalah bukak hujah mempertahankan diri. Hujung cerita, hati memberontak dan ada yang jadi mangsa meluahkan perasaan. Itulah hakikatnya. Tapi ada juga cikgu yang malas ni dia malas part-part tertentu aje. Tak semua bahagian. Time sukan, memang cikgu ni malas nak pergi. Bukan apa, cikgu ni gemok. Berat dia 105 kilogram. Manalah nak larat kejar budak dan bersukan. Kalau cikgu-cikgu tak bersukan, pelajar-pelajar perlu kita pula.

“Cikgu suruh kita bersukan. Buat itu ini. Berlari, berjogging. Tapi cikgu tak bersukan pun..”

Haa, kalau kena macam tu dengan pelajar-pelajar tu. Apa kesnya? Tak ke malu jadinya.. Jadi, bawak-bawaklah berusaha untuk menguruskan diri. Jangan jadi mangsa perli dengan pelajar kita tu. Pelajar-pelajar sekarang ni, mulut memang jenis tak ada insuran. Jadi, kita kena telanlah dengan terjahan laser dari mulut diorang. Itu pasallah ramai Cikgu-cikgu yang dulunya rajin dah jadi cikgu malas. (Tak semua orang tau!)

Itu baru satu part. Belum lagi part bab-bab buku rekod dan sebagainya. Itu kita cerita lain kali yek. Pokoknya, cikgu-cikgu rajin dan cikgu-cikgu malas ni kena bekerjasama dan sentiasa berdaya saing. Ya, kita tahu yang semua orang ada pendapat dan hujah masing-masing. Lagi-lagi bila kena hentam dan dikatakan sebagai cikgu yang tidak beretika, cikgu yang pemalas dan cikgu yang tidak bertanggungjawab. Jadi, untuk elakkan perkara ini berlaku, kita mesti buktikan yang kita memang bukan seorang cikgu yang malas. Boleh?

Ps: Ada sorang cikgu. Dia cukup malas. Tahu dia malas apa? Dia malas tidur dalam kelas. Hehe..


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in Dunia Guru, Guru Malaysia, masalah guru and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Comments

  • At 2010.02.26 10:36, rina said:

    waa..ada cikgu yang pemalas rupanya..

    • At 2010.02.26 15:04, samanosuke_04 said:

      salam ziarah… hehe, muda blog nampak.. heehee..

      • At 2010.02.26 22:34, blogresipi said:

        Salam,terima kasih sudi singgah ke blogresipi. Sekarang ni SBT ada lagi tak di sekolah?

        • At 2010.05.29 03:50, Steve said:

          Salam,terima kasih sudi singgah ke blogresipi. Sekarang ni SBT ada lagi tak di sekolah?

          • At 2010.06.03 00:15, Emily said:

            Salam,terima kasih sudi singgah ke blogresipi. Sekarang ni SBT ada lagi tak di sekolah?

            • At 2010.06.05 20:50, Amy said:

              Salam,terima kasih sudi singgah ke blogresipi. Sekarang ni SBT ada lagi tak di sekolah?

              • At 2010.11.02 15:51, cikgu bm said:

                hehe..
                ada juga cikgu malas dan rajin. tapi kira biasala tu. ada yg malas dan rajin. tak bleh nak elakkan tu semua.

                apapun. jangan malas2 sangat.

                • At 2011.01.09 08:42, cikgu sederhana kurus said:

                  xsemua yg gemok tu malas dan tak semua yg kurus tu rajin.. hahahah. kekadang yg kurus tu slow lagi dr yg gemok! LOL

                  • At 2011.02.16 13:25, nora said:

                    cikgu ke, kerani ke, pegawai ke… semuanya ada 2 kategori ni… sama jekkkk …
                    nora recently posted..no 1 suka marathonMy Profile

                    (Required)
                    (Required, will not be published)

                    CommentLuv badge