Salam 1Malaysia untuk korang semua. Rasanya ini kali pertama aku buat satu blog berdasarkan keyword “guru” atau “cikgu” atau “pendidikan”. Bagi aku, ini satu cabaran bagi dimana aku bukannya mempunyai latar belakang guru atau cikgu. Tapi mari kita berkongsi cerita tentang dunia keguruan dan pendidikan ini. Ramai guru atau cikgu sudah mempunyai blog sendiri dan semuanya berkongsi cerita tentang dunia mengajar mereka dan ceritera pelajar di sekolah masing-masing. Begitu juga dengan aku. Aku ingin berkongsi serba sedikit tentang dunia persekolahan, pelajaran, pendidikan dan kisah seronoknya menjadi seorang guru.
Jadi, sebab itu aku beli domain baru di Godaddy dan setup blog terus dengan menggunakan fantastico. Hosting? Ya. Aku gunakan hosting Onebytes kerana aku masih ada baki 3 kekosongan bagi add-on domain. Malah, masih ada banyak space dalam hosting tersebut. Jadi, inilah projek baru yang aku mahu buat dalam tahun ini. Insya-Allah, blog ini akan membantu dalam banyak perkara tentang dunia perguruan dan pelajar.
Menjadi seorang guru ini tidaklah semudah yang disangka. Ada bahaya dan ada seronoknya. Semuanya bergantung pada kebijaksanaan kita untuk mengendalikan keadaan dan situasi tertentu. Rasanya, ramai guru yang sependapat dengan aku. Dunia guru ini berbeza dengan dunia pekerjaan yang lain. Yang pastinya, guru merupakan salah satu pekerjaan paling mulia di dunia ini. Itu kita terpaksa akui. Betul tak? Apapun, ini artikel pertama dalam blog ini dan aku harapkan sesuatu yang menarik pada tahun ini. Insya-Allah..
Ps: Fuuhhh..tercapai juga niat aku untuk mempunyai satu blog bertemakan pendidikan.










