Pernah tak perasaan korang sebagai guru bengang atau bengkak bila ada pelajar atau murid korang yang tak buat kerja sekolah atau kerja latihan yang diberikan? Aku rasa ramai yang dah mengalami masalah ini. Bukan apa, kadang-kadang ramai cikgu yang tak tahu bagaimana nak tackle pelajar untuk buat kerja yang diberikan. Yelah, bila kita dah bagi kerja, diorang buat bodoh aje. Lagi-lagi bila kena dengan pelajar yang sombongnya mengalahkan Firaun. Berlagak macam dia anak raja atau putera kayangan. Dia tak tahu yang dia tulah yang banyak buat masalah, yang suka mengacau perempuan dan yang terlibat dengan masalah disiplin. Semuanya nak kita suap. Kalau korang dapat pelajar macam ni, apalah yang korang akan lakukan untuk membuatkan dia ikut cakap kita?
Takkan nak rotan pelajar sampai lebam-lebam? Takkan nak terajang pulak dia kan? Takkan nak bagi tumbukan padu maut dekat budak mentah tu? Takkanlah pulak kita nak berdiri atas meja? Kang pitam budak tu, kan dah satu kes pulak. Jadi, bagaimana agaknya cara atau tips untuk kita tackle agar pelajar-pelajar ni mendenger cakap?
It's us against the snatch thieves. Let's do this!
Ini cara yang pernah aku lakukan. Mungkin sesuai. Mungkin ada yang pernah buat. Mungkin juga kurang sesuai dengan sesetengah tempat dan kawasan di Malaysia ni. Tapi alhamdulillah, ianya kena dengan pelajar-pelajar aku. Cara aku simple. Kita mesti denda mereka. Tak perlu denda berat-berat. Tak perlu suruh diorang jadi hamba abdi. Tak perlu suruh diorang berdiri kat tengah padang. Cukup kalau kita suruh dia menyanyi lagu negaraku atau lagu sekolah. Nampak macam senang aje kan? Mesti semua orang boleh buat. Tapi kali ini, korang suruh diorang nyanyi lagu tu dekat bilik pengetua atau bilik GPK HEM atau dekat kelas tingkatan satu. Jika kelas yang kita ajar tu tingkatan 5, korang suruh pelajar tingkatan 5 tu, nyanyi lagu negaraku kat kelas tingkatan satu. Biar diorang tahu malu sikit bila diorang gagal untuk menyempurnakan kerja sekolah yang diberikan. Alhamdulillah, cara ni berjaya buat pelajar aku yang cukup liat buat kerja sekolah untuk mula buat kerja sekolah. Biarpun mula-mula diorang ni tiru kerja kawan-kawan diorang, tapi lama-lama diorang akan sedar dan mula buat kerja rumah tu sendiri.
Dan jangan lupa, berikan sedikit pujian. Pelajar-pelajar kita ni dahagakan pujian. Jangan marah-marah aje dalam kelas. Jangan cuba memperbodohkan mereka. Jangan cakap perkataan “bodoh” pada mereka. Hulurkan bantuan, berikan senyuman, titipkan pujian pada mereka. Insya-Allah, diorang akan ikut cakap kita. Bukan untuk kita, untuk kebaikan mereka juga. Niat dalam hati, kita mahu mendidik mereka dan mereka adalah amanah kita. Insya-Allah, kerja kita akan dimudahkan.
Ps: Masa belajar dulu pun, aku pun liat nak buat kerja sekolah. Hehe..









idea yanhg bagus.boleh aku praktikkan…
Haa, boleh cuba. Sila cuba. Hehe…
ohcikgu recently posted..Semakan keputusan kemasukan ke UPSI bagi Program pengajian Diploma Pendidikan ambilan Julai 2011-2012
dulu kalau tak siap kerja sekolah, kene berdiri kat kelas sebelah selama 1slot masa. malu woo~
tapi kekadang tu geram je kt dak-dak kelas tu yg takreti nak jawab soklan cikgu kat depan. ahaha
hAwA recently posted..Its Fly Time!
Biasalah tu. Nama pun budak-budak..

budak-budak tu takut nak jawab soalan. Malu-malu lagi..
ohcikgu recently posted..Semakan keputusan kemasukan ke UPSI bagi Program pengajian Diploma Pendidikan ambilan Julai 2011-2012
boleh try nie…
ak bese denda, duk luar kelas..
bersila di kaki lima kelas..hehe
Hehe..boleh je cuba. Biar budak-budak sedar dan mahu buat kerja sekolah nanti.
ohcikgu recently posted..Semakan keputusan kemasukan ke UPSI bagi Program pengajian Diploma Pendidikan ambilan Julai 2011-2012