Aku tak berapa faham dengan situasi budak-budak sekolah sekarang. Terutamanya yang sekolah menengah. Kalau sekolah rendah, aku boleh terima lagi kalau perangai macam budak-budak. Ini sudah sekolah menengah dan sepatutnya mentaliti diorang bukan lagi di tahap kebudak-budakan. Bila kita kata diorang ni bodoh, diorang terasa. Bila kita kata diorang ni tak faham bahasa, memang pun diorang tak faham bahasa. Bila kita marah dan merotan mereka, dikatakannya kita ni mendera mereka. Silap hari bulan, guru-guru ni kena saman, masuk kes polis dan masuk mahkamah.
Ya. Aku faham. Dunia dah berubah. Situasi berbeza. Persekitaran sekolah dah tak sama macam zaman 1970-1990-an. Zaman millenium ni atau zaman 2k ni menuntut ke arah kebebasan dan juga kehancuran. Aku tak faham. Semakin maju kita dari segi teknologi dan informasi, semakin ketinggalan kita dalam bidang kemanusiaan dan akal fikiran. Aku tidak tahu dimanakah salahnya. Tapi satu perkara yang semakin menular, perangai budak sekolah memang dah semakin kurang ajar. Memang banyak kurang ajarnya. Sudahlah pelajar sekolah ni memang kurang pelajaran sebab malas nak belajar, tapi sifat dan elemen kurang ajar dalam diri mereka tu sangat menebal. Elemen kebebasan dan keangkuhan semakin utuh dihati mereka sehinggakan guru atau cikgu di sekolah dipandang sebelah mata. Guru itu ibarat semut hitam di malam hari. Bagi pelajar-pelajar sedemikian, guru ada atau tidak ada, sama sahaja.
Namun, ianya tidak berlaku pada semua pelajar. Ada juga pelajar yang baik-baik belaka, ada yang masih mendengar cakap, ada yang masih menghormati guru dan ada juga yang masih menganggap apa yang guru lakukan termasuklah merotan pelajar merupakan salah satu cara untuk mendidik mereka menjadi seorang insan yang berguna. Buktinya, hari guru masih diraikan setiap tahun disetiap sekolah dan hampir kesemua guru di Malaysia ni masih menerima hadiah hari guru ketika itu. Aku yakin semua guru di Malaysia sayangkan pelajar-pelajar mereka biarpun ada segelintir daripada mereka yang memang buat hati guru susah hati sepanjang masa.
Jadi, bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
Mungkin ada dikalangan korang ada caranya. Ada jalan penyelesaian yang mungkin boleh membantu. KOngsikannya diruang komen dan biar kita fikir sejenak. Mampukah kita mengatasi dan membendung masalah ini hanya dengan seorang diri? Kita perlu bekerjasama untuk mengubah persepsi pelajar terhadap guru dan pandangan guru terhadap pelajar-pelajarnya. Aku yakin, kita boleh lakukannya..

entahla. ramai betul yang kurang ajar sekarang nih.