Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
It's us against the snatch thieves. Let's do this!
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
bersambung ke part 3
Ps: Oleh sebab panjang sangat. Mungkin akan sampai ke part 4 artikel ini.









Isteri saya seorang guru sekolah menengah dan kawan-kawan saya juga ada yang menjadi guru. Saya dapati golongan guru-guru hypokrit dan menyangka diri mereka yang paling bijak. Mereka tidak akan menerima teguran membina dari orang yang bukan dari golongan guru. Saya beranggapan mereka seperti ‘katak dibawah tempurung’. Sebab itu kebanyakan anak-anak murid tidak menghormati guru-guru yang bodoh sombong dan menyangka diri mereka adalah golongan cendiakawan. Ada dikalangan guru-guru menjadi guru kerana tiada mendapat pekerjaan ditempat lain dan terpaksa menjadi guru untuk mencari nafkah. Apa akan jadi pada murid-murid Malaysia dimasa hadapan?
guru berusaha untuk menjadikn ANAK BANGSA PANDAI..bg murid aktif dalam kokurikulum n akademik..yg murid x dapat dirumah..awak sesenang ja kata guru hipokrit..
minta ribuan maaf bukan untuk menyinggung perasaan tetapi untuk kebaikan guru dimasa hadapan. minta ribuan maaf sekali lagi.
setiap orang ada kerja masing-masing. Kita buat kerja kita. Baik guru ke, doktor ke, tukang kebun ke. Kita kerja sebaiknya dan pastikan kerana Allah. Untuk mencari keredaannya. Dan saling bantu-membantu.
Sempena nak raya ni, marilah kita bermaafan antara satu sama lain. Ada bagusnya artikel macam ni. Peluang untuk membuka mata semua umat Islam kat dunia ni. Terutamanya kat negara Malaysia nih.
debtrunner recently posted..Did you use your Credit card for Good Thing