Benar, kita sudah 53 tahun merdeka dan negara kita pun sudah lebih aman berbanding dahulu. Kini kita boleh lihat banyak kesan dan akibat daripada kebebasan yang kita mahu dan saya harap ianya akan membawa kebaikan pada generasi yang akan datang.
/center>
Kemerdekaan membawa pelbagai erti dan makna yang berbeza bagi setiap orang di Malaysia ini. Bumi Malaysia penuh dengan peristiwa dan kejadian yang sukar untuk kita lupakan. Peristiwa seperti kejadian 13 Mei dan peristiwa Bukit Kepong pasti meninggalkan memori yang berbeza buat semua rakyat Malaysia. Dan aku harap kita dapat sambut hari kebangsaan kita ini dengan lebih aman dan bersederhana. Maksud aku, tidak lagi disambut dengan tahap melampau dan membuat pembaziran. Lebih baik kita sambut dengan cara kita tersendiri sehingga tidak menyusahkan orang lain.
Jadi, bagi aku sebagai seorang guru yang melihat pelajar kita setiap hari. Aku mengharapkan sesuatu yang berbeza dalam hidup aku. Aku juga harap para pelajar ini dapat menemui apa yang mereka mahu dalam kehidupan mereka. Aku juga berharap mereka akan sedar tentang kemahuan untuk berubah. Memang pelajaran mampu mengubah kehidupan mereka. Tetapi jika mereka tidak ada kemahuan atau keinginan untuk berubah, aku tidak yakin apa yang diajar oleh kami, guru-guru malaysia akan sampai maksudnya. Sekurangnya, aku harap mereka tidak bising dalam kelas. Hehe..mungkin itu kemerdekaan kecil dalam hati guru-guru bila pelajar tidak membuat masalah ketika mengajar di dalam kelas.
Ps: Kepada semua, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Merdeka! Merdeka! Merdekaaaaaaaaa!!











em. setiap orang ada caranya tersendiri menyambut hari kemerdekaan. Yang pasti, saya mahu negara kita aman damai.
debtrunner recently posted..Did you use your Credit card for Good Thing