Musim PMR dah tiba..

Book cheap tour packages

1. Pada waktu ini, kita akan lihat ramai pelajar akan belajar bagai nak gila, bagai tak cukup 24 jam. Jika dulu, buku nota dan buku rujukan tidak dipandang, kini aku lihat ramai pelajar mengusung buku-buku tersebut ke sana dan ke mari. Alangkah bagusnya jika mereka berbuat demikian ketika diawal tahun tingkatan 3 dulu..

2. Pada waktu ini, kita akan lihat ramai cikgu mengeluh kerana terpaksa membuat kelas tambahan PMR untuk membantu pelajar mendapatkan keputusan yang cemerlang. Aku harap, para pelajar akan dapat membuktikan dan menghasilkan keputusan yang mampu mengembalikan senyuman para guru yang bertungkus-lumus siang dan malam demi pelajar tercinta.

3. Pada waktu ini, kita akan lihat sudah ramai para pelajar yang kenal tikar sembahyang. Bukan aku kata diorang tak sembahyang, cuma sekarang, sampai solat sunat Duha pun dah ramai yang pergi ke surau. Pada waktu zuhur dan asar serta Maghrib, penuh wajah mereka di surau dan masjid untuk mendapatkan ketenangan dan keberkatan belajar. Dengan harapan, dapat menghasilkan keputusan yang baik dalam PMR. Alangkah baiknya jika mereka berbuat demikian ketika mereka masih di darjah 1 dulu? Namun, aku tetap bersyukur kerana sekurangnya, mereka sudah nampak masa depan mereka dan apa yang mereka wajar lakukan.


4. Pada waktu ini, semakin rancak para pelajar datang ke kelas tambahan walaupun pada awal tahun dulu, mereka memang selalu ponteng dan tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru mereka. Alhamdulillah, terbuka sudah hati gelap mereka tu..

5. Pada waktu ini, kita akan lihat para pelajar rajin datang ke bilik guru dan bertanyakan tentang apa-apa yang mereka tidak faham dan cuba mendapatkan tips untuk belajar dengan lebih baik. Semuanya demi PMR. Semuanya demi maruah diri dan juga untuk membalas jasa ibubapa mereka dan juga guru-guru mereka. Ya, indah sekali waktu ini. Aku harap, saat ini dapat diteruskan ketika mereka menghadapi SPM nanti.

6. Pada waktu ini, kita akan lihat para pelajar memenuhi bilik kaunseling untuk mendapatkan nasihat dan tak kurang juga yang ingin mendapatkan kekuatan melalui sesi kaunseling itu. Ianya patut dan aku harap mereka dapat kekuatan yang mereka mahukan dan menghabiskan semua peperiksaan dengan baik dan hati yang tenang.

Dan sebagainya. Bukan hendak mengata, itulah hakikatnya. Baik dulu atau sekarang. Bila peperiksaan dah dekat, barulah kepala otak tu sedar hakikat kepentingan peperiksaan. Jadi, sangat tidak wajarlah PMR dimansuhkan selagi tidak ada peperiksaan yang lebih baik dari PMR itu wujud..

Ps: Kepada semua pelajar, selamat maju jaya!


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in Dunia Guru, Guru Malaysia, masalah guru, masalah pelajar, Pendidikan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

14 Comments

  • At 2010.10.05 03:55, samanosuke_04 said:

    ramai pelajar kenal tikar sembahyang waktu nak exam.. tapi bila dah abes exam.. enjoy habes2an.. pastue bila result nak kuar, baru nak kenal balik sejadah.. hohoho.. tak ubah cam aku dulu… haha!
    samanosuke_04 recently posted..Setiap Manusia Itu Cemburu…My Profile

    • At 2010.12.01 16:24, ohcikgu said:

      samanosuke_04. Biasalah tu, namapun pelajar. Tapi tak sepatutnya diamalkan..

    • At 2010.10.05 04:26, bercuti di Bali said:

      semoga diorang semua akan dapat jawab exam pmr dengan baik.
      bercuti di Bali recently posted..Travel Tips- Delivered Hoarsely &124 BusinessMy Profile

      • At 2010.12.01 16:24, ohcikgu said:

        Mudah-mudahan. Dah habis pun sekarang. :mrgreen:

      • At 2010.10.05 08:14, Amir Said said:

        selamat berjaya utk calon2 PMR 2010. :-)
        Amir Said recently posted..Resepi Ayam Masak BaliMy Profile

        • At 2010.12.01 16:24, ohcikgu said:

          Harap-harap ramai yang dapat 8A atau 9A.. :mrgreen:

        • At 2010.10.12 04:28, wiah said:

          pmr dah habis hari ni. merdeka sekejap untuk pelajar tingkatan 3..
          wiah recently posted..LuckMy Profile

          • At 2010.12.01 16:25, ohcikgu said:

            setahun lepas tu, diorang tak merdeka dahhh..

          • At 2010.10.13 09:34, ohcikgu.com said:

            Awesome. Greetings from the Speedy DNS

            • At 2010.12.01 16:25, ohcikgu said:

              Thanks for coming. :mrgreen:

            • At 2010.10.13 11:41, merahkatak said:

              emm..pmr dah habis pun. Semoga adek sedara aku akan lulus dengan cemerlang.
              merahkatak recently posted..My best journey at Kinabalu Mount!My Profile

              • At 2010.12.01 16:26, ohcikgu said:

                Harap-harap begitulah encik merahkatak.. :mrgreen:

              • At 2010.12.08 05:38, jue said:

                bila sbnrnya tarikh pmr2010 kuar ? :???:

                • At 2010.12.28 05:04, ohcikgu said:

                  23hb disember. Dah keluar pun. Boleh ambil keputusan di sekolah masing-masing.

                (Required)
                (Required, will not be published)

                CommentLuv badge