Layakkah saya menjadi seorang Guru?

Ini persoalannya yang selalu menjadi mainan dalam pemikiran mereka-mereka yang ingin menjadi seorang cikgu atau guru. Sebenarnya, benda ni memang nampak berat tapi jika korang boleh permudahkan apa yang korang fikirkan, memang mudah nak jadi cikgu. Cuma mungkin proses untuk jadi seorang guru/cikgu itu terbukti tidak semudah seperti yang disangka.

1. Kalau korang nak jadi cikgu, korang kena faham tentang hakikat yang korang kena bangun seawal 5 atau 6 pagi untuk bersiap ke sekolah. Kalau sekolah korang tu ada 2 sessi dan korang mengajar sessi petang, memang korang leh bangun lambat. Tapi apa barang jadi cikgu kalau bangun lambat kan? Takkan subuh pun nak lepas gak? Baik tak yah jadi cikgu. Jadi, korang tanya diri korang, layakkah saya jadi seorang cikgu?

2. Kalau korang nak jadi cikgu, korang kena jadi rajin. Memang kita tahu ramai guru malas. Tapi semalas-malas guru, diorang tahu tanggungjawab seorang guru. Mesti masuk kelas, mesti pakai smart, mesti perangai elok, mesti tanda buku latihan pelajar dan paling penting mesti boleh mengajar budak-budak dalam kelas supaya sentiasa mendengar apa yang diajar. Percayalah, tak semua orang layak untuk jadi cikgu. Tapi tepuk dada korang, korang rasa layakkah korang jadi cikgu?

3. Nak jadi cikgu, kena tahan dengan perangai pelajar-pelajar. Di kalangan mereka pasti ada yang malas dan yang berperangai dajal. Ada yang tak buat kerja sekolah, ada yang tidur dalam kelas, ada yang suka main kejar-kejar, ada yang suka jadi Superman, ada yang suka mengorat cikgu lelaki yang handsome, ada yang suka main facebook, ada yang suka pecahkan tingkap dan sebagainya. Pendek cerita, korang kena sabar dengan karenah mereka. Korang sanggup tak? Boleh sabar kalau ada pelajar calarkan kereta korang?

4. Nak jadi cikgu ni, tak perlu nak garang-garang. Cuma korang kena bagitau pada pelajar yang korang bukan senang nak dipermainkan. Lebih-lebih lagi kalau cikgu yang baru posting atau guru sandaran (GSTT). Kebanyakkan pelajar akan mula asah skill untuk mengacau dan mengorat korang. Lagi-lagi kalau cikgu perempuan yang jenis ayu, manis dan dahi licin. Memang port baik untuk kena usha dengan budak-budak ni la jawabnya. Tak kiralah tingkatan 1 ke tingkatan 5, diorang mesti nak kacau gak. Jadi, cikgu-cikgu sekalian, korang bukan sahaja kena banyak bersabar, korang kena tegas. Tunjukkan pada mereka yang korang tak mudah dipandang rendah dan tak mudah dipermainkan. Jadi, dah sampai tahap ni, korang masih lagi nak jadi cikgu? Sanggup?

5. Selain tu, korang mungkin kena balik sekolah lewat. Mungkin juga kena tidur disekolah kalau ada aktiviti seperti kem perkhemahan atau program Qiamulail atau yang program lebih kurangnya dengan. Korang mungkin juga kena pergi kursus LADAP dan kursus yang banyak-banyak tuh lagi. Lom lagi kena baca novel dan buat sipnosis yang memeningkan kepala tu. Kalau Ketua Bidang, GPK atau Pengetua, mesti lagi pening dengan pelbagai kerja dan program yang perlu diaturkan. Belum lagi masuk bab pelan tindak ikut dan analisis item. Belum campur kes buku rekod dan rekod kehadiran pelajar. Belum lagi campur kes disiplin pelajar-pelajar nakal dan juga kes pelajar calarkan kereta cikgu dengan syiling 50 sen. Haa..tahap ni, sanggup tak korang jadi cikgu sekolah? Kalau tak sanggup, sah-sah korang tak layak jadi guru sekolah. Tak kiralah sekolah rendah ke sekolah menengah ke sekolah harapan ke atau pra-sekolah..

dan ada banyak lagi. Aku cuma sebut lima sahaja sebab ini yang terlintas dikepala pada saat ini. Dan apa yang aku tulis itu adalah hakikat yang perlu kita terima. Kadang-kadang, bahaya jugak jadi guru ini. Ada juga yang bagusnya. Tapi aku rasa lagi banyak bagusnya jadi guru. Soal layak atau tak layak, semuanya terpulang pada diri masing-masing. Jika korang dah pilih nak jadi guru, latihlah diri korang untuk menjadi seorang guru yang berwibawa dan dihormati oleh para pelajar dan guru-guru yang lain. Buat apa yang perlu dan tinggal apa yang tidak elok. Jika menjadi seorang guru menjadikan korang seorang insan yang mulia, aku rasa tak salah untuk korang menjadi seorang guru.

Layakkah saya menjadi seorang Guru? Ya. Saya layak!



About cikgu malaysia

Pemilik blog Ohcikgu.com. Blog popular untuk semua cikgu-cikgu malaysia. Terutamanya untuk cikgu-cikgu perempuan yang comel-comel. Semoga semua tulisan didalam blog ini akan menghiburkan anda.
This entry was posted in Dunia Guru, GSTT, Guru Malaysia, Kes Pelajar Sekolah, masalah guru, masalah pelajar, Pendidikan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

12 Comments

  • At 2010.10.15 03:55, wiah said:

    huhu..layak. saya layak jugak..
    wiah recently posted..LuckMy Profile

    • At 2010.10.17 08:19, samanosuke_04 said:

      hehe, susah gak jadik cikgu senanye, tapi ramai orang pandang remeh pekerjaan nie.. hoho, diorang nak jadik engineer ngan dr.. kononnye mantap lagi…
      samanosuke_04 recently posted..Review – Sony NEX-5 camera baru aku!My Profile

      • At 2010.10.18 20:10, ohcikgu said:

        wiah. tahniah sebab anda rasa anda layak. Keyakinan itu penting. :mrgreen:

        Samanosuke_04. Semua pekerjaan susah dan antara pekerjaan yang paling stress didunia adalah guru. Sebab tu ada yang tak suka dengan pekerjaan guru nih. Macam-macam karenah dan sebab katanya. Jadi, cintailah pekerjaan anda sekarang atau korang buat kerja yang korang cintai..
        ohcikgu recently posted..Comment on Syarat untuk Serap GSTT ke Jawatan Tetap by agree ngn id dok tggu postingMy Profile

        • At 2010.10.19 03:08, Jenny said:

          ;-) hehe……5tahun lagi nak jadi cikgu…….

          • At 2010.12.01 14:34, ohcikgu said:

            Jenny. Wahh, bakal cikgu rupanya nih. Tahniah, tahniah.. :D

          • At 2010.10.25 09:53, SA said:

            ;-)
            profession perguruan adalah bergantung pada niat seseorang.
            ada orang jadi cikgu sebab last resort, ada org jadi cikgu sebab sesuai dengan jiwa.
            Bagi saya GSTT adalah suitable untuk jadi guru tetap. Sebabnye :-
            1) boleh dikatakan semua GSTT adalah degree holder.
            2) GSTT sudah ada on job training , cuma tak diiktiraf jer….tapi kalo diterima masuk KDC, sudah tentu akan jadi lebih competent, berbanding dgn cikgu yang ada….
            3) saya sokong sangat kalo KPLI tu diambil dari GSTT. syarat dah cukup. training dah ada…apa lagi
            4) JPN seharusnya tapis kemasukan KDC especially dari segi umur…..yang muda lagi tak pe. boleh cuba byk kali…tapi what about umur yng dah lanjut….pikior sikit…
            :roll:

            • At 2010.11.05 15:46, fyieza said:

              stuju sgt2 :smile:

              • At 2010.12.01 14:36, ohcikgu said:

                SA.
                Yap. Ada niat yang berbeza. Itu tidak dapat dinafikannya.

                1) Ya.
                2) Memang tak diiktiraf. Nak wat camana. Dah memang macam tu..
                3) Sangat menyokong. Buat petisyen la atau surat ke KPM..mintak 5000 tandatangan GSTT lama dan baru. Hehe..
                4) Yah, harus dipertimbangkan.

              • At 2010.11.06 08:38, adz said:

                tul tu…setuju sgt kalau KPLI ambik terus GSTT, bila posting pentadbir tak laah pening sgt….mcm sy ni, dah 5 thn GSTT, ngajar dah 4 buah sekolah menengah, KPLI dah 7 kali mohon…. Tapi, pengalaman saya, ada gstt baru(exp yg baru grad) mohon jadi gstt sbb diaorg rasa jadi cikgu ni senang, balik setengah hari….hehehe apa raa… betul..kebanyakkan hari kita balik awal, tapi kalau dah 1 hari ngajar sampai 7,8 period (1 period 40 minit) menghadap plak 1 kelas paling2 pon 30 org pelajar….maunya tak strees….
                jadi cikgu kena pandai approch pelajar, zaman skang ni budak lebih advance drp cikgu….so, cikgu kene lebih kreatif utk tarik minat pelajar. pada saya, tak perlu garang2, asalkan pelajar hormat & sayang kita, Insya Allah, pelajar akan ikut arahan kita…

                • At 2010.12.01 14:38, ohcikgu said:

                  Adz. Awak dah 5 tahun jadi GSTT? Wahh, hebat tuh..cikgu baru memang macam tu. Saya pun dulu macam tu. Tapi bila dah 2-3 tahun, dah lama, dah berkahwin, dah kenal dunia guru macam mana, kita semua akan tahu profession guru ni bagaimana rencahnya. Insya-Allah, guru baru tu akan faham nanti. Namapun guru permulaan kan.. :mrgreen:

                • At 2010.11.25 04:55, mira said:

                  Salam, saya dah pikirkn semua tu sebelm buat kptsn amik KPLI ke GSTT ke DPLI ker…sbbnyer sye skekan kerja guru nie. Tapi dlu sye xamik bidang keguruan sbb sye dlu xyakin yg sye pndi mengajar. sekrg nie, sye kerja sbgi pustakawan n jga mengajar 1 kelas 1 semester kt kolej nie, jdinyer sye rase sye layak je mengajar. Tambahan plak, sye ske kembali ke sekolah, dikelilingi bdk2 sekolah, join aktiviti diorg, handle program dgn diorg n berjaya lak program tue. Saya suke perasaan bile mereka tersenyum n faham dgn ape yg sye ajar dlm kelas sekrg. dan yg lgi menguatkn rasa hati sye tuk jdi guru adalh mse sye melawat seorg kawan yg dah berpindah rumah sewa awal thn 2010, dia mengajar di sebuah sekolah di Klang….pelajar2 di sekolh tu menegur sye…”Assalamualaikum Cikgu”…sye pn senyum n jawab salam tu…rase takjub ngn perasaan tu….so, sye decide tuk jadi cikgu!!!~

                  • At 2010.12.01 14:41, ohcikgu said:

                    mira. Itulah antara salah satu masalahnya. Ramai yang tidak didedahkan kerja guru yang sebenar. Bila dah mencuba, baru datangnya minat tuh dan biasanya, memang ramai orang perempuan yang nak jadi guru. Tapi ramai yang tak dapat.. sebab persaingan terlalu sengit. Even di battle antara GSTT pun, masih ramai lagi orang perempuan yang terpaksa bersaing antara mereka untuk dapat tempat GSTT. Kita semua maklum, persaingan ketat untuk tempat GSTT setiap tahun..

                    Bab pelajar tegur tu, itulah salah satu pengubat jiwa. Pelajar hormat kita. Pelajar sayang kita. Pelajar beri salam. Pelajar senyum..itulah antara salah-satu mengapa ramai cikgu yang stress dan menghadapi tekanan mampu bertahan menjadi cikgu bertahun lamanya. Hanya untuk mendapatkan senyuman dari pelajar-pelajarnya..

                  (Required)
                  (Required, will not be published)

                  CommentLuv badge