10 Tips Temuduga Kerja Kerajaan

Ini ada beberapa tips untuk temuduga.

1. Persiapkan diri dengan bahan bacaan yang berkaitan dengan temuduga. Tak kiralah temuduga untuk kerja kerajaan atau sektor swasta mahupun temuduga untuk pembantu makmal sains sekalipun, korang kena kaji dan buat sedikit kerja rumah. Nanti senang nak jawab masa temuduga. Benda-benda asas seperti rukun negara, Dasar Pendidikan Negara, nama-nama menteri. Itu semua kena tahu dan kena hafal. Bab-bab sejarah dan perkembangan semasa, kena ambil tahu. Tidaklah nanti hanya jawab, saya tak tahu aje.

2. Dari segi kekemasan. Pakaian ketika temuduga pun kena bagus. Janganlah selekeh sangat. Kalau kerja kerajaan, pakailah tali leher. Rambut biar kemas. Panjang tak apa. Janji disisir rapi. Janganlah datang temuduga buat rambut cacak-cacak atau warna tu jadi kaler merah atau biru. Kasut tu plak kena kiwi. Pakai jam tangan. Pakai minyak wangi sikit. Takdelah berbau macam tak mandi sebulan.

3. Makan sedikit sebelum temuduga. Buah ke roti ke atau apa-apa sahaja yang sesuai untuk sarapan. Bukan apa, perut kosong tak elok untuk kesihatan dan sekaligus menganggu mood kita semasa proses temuduga. Tak ke sakit kepala dibuatnya ketika temuduga perut kita memulas atau tiba-tiba rasa kelaparan. Lagi-lagi kena menunggu lama sebelum kita ditemuduga. Jangan pandang rendah benda ni. Elok-elok ada peluang nak dapat kerja, tup-tup, terlepas pula.

4. Niat. Ini antara yang paling penting. Solat jangan tinggal. Mintak pada Allah yang kita nak kerja ni. Kita nak mencari rezeki yang halal. Niatkan elok-elok. Pasang niat kemas-kemas. Bukan sebab datang temuduga sebab mak bapak kita paksa atau nak puaskan hati orang lain. Ini penting.

5. Jangan terlalu banyak cakap sebelum proses temuduga. Kena sabar dan tenangkan hati. Jangan gelabah sangat ketika proses temuduga berjalan. Jangan cakap terlalu cepat atau terlalu lambat. Sentiasa bersedia dan jawab dengan tertib. Jangan juga bercerita terlalu panjang. Kang bosan pula orang yang temuduga korang tu. Dia tanya soalan pendek, korang jawab berjam-jam. Hehe..

6. Datang awal. Bangun awal dan pergi tempat temuduga awal. Ini untuk mengelakkan korang lambat sampai dan mungkin terlepas temuduga tersebut. Kena pula kena mencari tempat temuduga. Tak pasal-pasal, petang baru sampai tempat temuduga tu. Langkah awal, survey dulu tempat temuduga dan cari jalan-jalan short-cut yang boleh bantu korang cepat sampai. Tidaklah rasa macam terkejar-kerja nanti. Mesti rasa tak berapa selesa kalau korang sampai, badan dah berpeluh-peluh. Hati plak mesti tak tenteram macam menghadapi malam pertama..

7. Minta restu mak abah korang. Minta diorang doakan agar korang dapat melalui proses temuduga dengan tenang dan baik. Doa mak abah ni biasanya makbul. Jangan korang mintak mak abah korang sumpah korang jadi batu sudah la.

8. Berserah dan tawakal. Jangan terlalu yakin yang korang akan dapat kerja ni walaupun kita tahu keyakinan tu penting. Berserah seadanya dan yakin yang korang dah buat apa yang sewajarnya. Jangan menyesal dan menangis selepas temuduga walaupun korang tahu ada beberapa soalan mudah yang korang tak dapat jawab dengan baik. Kita dah usaha, jadi langkah terakhir, berdoa dan bertawakal.

9. Baca mana-mana tips temuduga yang boleh membantu meningkatkan keyakinan korang untuk pergi ke temuduga nanti. Boleh juga beli ebook kerja kerajaan ni kalau korang apply kerja dengan government. Ebook ni ada tips yang baik dan beritahu cara untuk menempuh proses temuduga yang mencabar itu. Ebook yang baik dan sangat bagus untuk dimiliki terutamanya bagi mereka yang nak kerja dengan kerajaan atau yang nak jadi guru atau GSTT. Ramai yang dah berjaya selepas mempraktikkan ilmu dan tips dalam panduan temuduga kerja kerajaan tersebut.

10. Senyum. Jangan buat muka bodoh atau muka macam tak puas hati aje. Banyakkan senyum. Sekurang-kurangnya, kalau tak dapat jawab. Jawablah dengan muka yang tenang dan sentiasa tersenyum. Mana tahu, dapat memikat hati tuan penemuduga. Mungkin ini boleh jadi perangsang mereka untuk menerima korang untuk kerja yang ditawarkan.

Semua yang aku tulis ini berdasarkan pengalaman aku dan kawan-kawan. Jika ada yang sesuai untuk diikut, gunakan sahaja dan buat seadanya. Tips temuduga kerajaan ini sesuai untuk semua pekerjaan. Macam yang kita semua tahu, bila kita pergi temuduga, itu bermaksud kita mahu pekerjaan tersebut. Jadi, buat betul-betul macam kita berminat dan nak kerja tersebut. Jangan sambil lewa sahaja.

Ps: Aku harap, tips ini berguna buat korang dan teman-teman yang lain.



About cikgu malaysia

Pemilik blog Ohcikgu.com. Blog popular untuk semua cikgu-cikgu malaysia. Terutamanya untuk cikgu-cikgu perempuan yang comel-comel. Semoga semua tulisan didalam blog ini akan menghiburkan anda.
This entry was posted in Dunia Guru, Guru Malaysia, masalah guru, Pendidikan, Tips Temuduga and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge