Disini adalah beberapa fakta dan perkara yang mungkin korang patut tahu tentang GSTT(Guru Sandaran Tidak Terlatih). Mungkin ada yang betul dan ada yang kurang tepat. Ini berdasarkan apa yang aku perhatikan pada guru sandaran ini ketika mereka mengajar di sekolah aku.
1. Dalam banyak-banyak GSTT, biasanya kalau 5 orang yang datang ke sekolah tu, 4 orang biasanya adalah perempuan dan 1 orang lelaki. Ini kes luar biasa. Kes biasa, kalau 5 orang yang datang, kira normal kalau 5 orang tu adalah guru perempuan. Mesti guru-guru tetap perasan tentang hal ini bukan? Ini kerana, memang tak ramai orang lelaki yang berminat nak jadi guru jika dibandingkan dengan orang perempuan. Ini hakikat yang memang korang atau aku sangkalkan.
2. Biasanya, kalau temuduga untuk GSTT diadakan, mesti yang datang beratus untuk sesebuah daerah dan yang diambil biasanya adalah dalam 40 hingga 80 orang. Itupun berdasarkan kekosongan yang ada di sekolah-sekolah daerah tersebut. Dan biasanya, PPD ada calon-calon simpanan tahun lepas yang akan diserap dulu sebelum iklan permohonan untuk jawatan GSTT dibuka semula pada tahun depan. Kalau ada kosong lagi, barulah diorang serapkan. Biasanya, GSTT ni ada dua kali ambilan. Yang pertama, PPD akan serap semula GSTT yang berjaya stay sampai ke hujung tahun. Yang kedua, PPD akan panggil ambilan baru untuk tahun depannya jika panggilan yang pertama itu masih belum mecukupi.
3. Iklan untuk GSTT ni biasanya dibuka pada hujung tahun. Dalam bulan November dan Awal Disember. Jadi, kalau ada yang berminat nak apply, sila alert pada bulan-bulan tersebut.
4. Majoriti yang diambil memang separuhnya ada orang dalam. Aku kurang pasti sebenarnya. Tapi memang normal kalau jawatan diberi jika ada antara calon-calon GSTT tu ada pakcik ke, makcik ke, mak bapak ke yang kenal rapat dengan orang PPD atau kerani sekolah ke atau orang-orang yang berkaitan dengan sekolah didaerah tersebut. Biasanya berita tentang iklan ni, diorang dapat tahu dulu dan diorang pun tanyalah sedara pinak diorang jika ada yang berminat. Biasanya calon-calon ni dah sebelah kaki lulus untuk jadi guru sandaran. Namun, ianya masih bergantung juga pada temuduga. Ada juga mereka yang ada kabel ni tak lepas masa temuduga. Kalau masa temuduga tu, hampeh. Takkan diorang nak pilih korang jugak. Takkan sampai nama perdana menteri pun tak tahu. Takkan sampai suruh nyanyi lagu negaraku pun masih segan. Jadi, buat yang terbaik masa temuduga. Ini antara faktor kritikal yang membolehkan korang layak untuk jadi guru sandaran mahupun jawatan-jawatan lain. Benda ni aku dapat tahu dari guru sandaran sendiri dan juga orang-orang yang aku boleh percaya. Betul atau tidak, itu korang boleh fikirkan sendiri. Tapi tak berlaku disemua tempat. Mungkin sesetengah aje kot..
4. Majoriti GSTT ni, memang takde pengalaman mengajar. Jadi, biasanya diorang akan terkejut bila mengajar budak-budak ni terutamanya kalau GSTT yang mengajar sekolah yang penuh dengan pelajar cina ataupun sekolah yang mempunyai ramai pelajar. Jika satu kelas ada dekat 30-35 orang, memang tak terkawal kelas dibuatnya. Pelajar sekarang bukan macam dulu, kalau bercakap dalam kelas. Memang sakit jiwa guru dibuatnya. Bukan takat GSTT sahaja, guru tetap pun belum tentu dapat kawal kelas dengan baik mahupun mengajar dengan baik. Kadang-kadang, ada yang menampar budak walaupun tak sampai 1 minggu mengajar kat sekolah disebabkan budak-budak ni ada yang terlampau nakal dan terlalu kurang ajar..(Biasalah tu, kalau aku, aku tampar jugak budak yang kurang ajar nih..)
5. Guru sandaran lelaki biasanya takde masalah nak kawal kelas. Itu yang aku perhatikan sebab diorang memang jenis menjerit dan maki hamun pelajar kalau pelajar ni tak makan saman. Pelajar sekarang berbeza. Kalau kita kata, diam, sila diam, senyaaapppp dan sebagainya, pelajar boleh buat sardin aje dengan cikgu tu. Tapi kalau kita menyumpah atau maki hamun diorang. Memang senyap sampai akhir tahun. Tak caya? Cuba buat. Aku tengok sorang cikgu sandaran kat sekolah aku ni, hari pertama dah maki hamun budak dan lempang seorang budak yang cukup bermasalah dan suka mencelah bila cikgu bercakap. Terus famous nama cikgu tu dan sampai ke hari ini, semua pelajar tak berani cari pasal dengan cikgu tu. Siapa tak bawa buku latihan atau buku teks, ada yang lempang dibuatnya. Rotan? Pelajar sekarang dah tak lut dengan rotan. Diorang boleh siap ketawa lagi bila cikgu rotan diorang. Tapi bila kena lempang, perasaan malu tu akan membuatkan diorang kecut perut. Lagi-lagi kalau dalam kelas diorang tu ramai pelajar perempuan yang lawa dan pintar. Tak macho la kalau kena lempang dengan cikgu kan? kan? kan? (Kalau aku, aku lempang gak kalau ada budak terlampau kurang ajar atau mencelah dalam kelas..)
5. GSTT perempuan. Tak ramai yang boleh handle kelas. Ini hakikat. Bukan sahaja diorang, guru tetap perempuan pun belum tentu boleh control kelas. Bukan aku nak merendahkan keupayaan mereka. Tapi sesetengah kelas, memang begitu. Pelajar sekarang sudah bijak. Diorang tahu cikgu mana yang tidak boleh mereka mainkan. Diorang tahu cikgu mana yang boleh mereka perlekehkan. Jadi, tidak hairan kalau GSTT yang perempuan ni bila masuk dalam kelas, ada GSTT yang tak mengajar. Kerjanya hanya dok suruh pelajar senyap sebab pelajar terlalu bising. Tapi tak semua, aku tahu ada GSTT perempuan yang jenis garang dan hyper-active. Budak-budak memang tak leh buat apa-apa dengan cikgu macam ni. Tapi bagi yang jenis lemah lembut, cakap pun tak kuat, tegas pun tidak ke mana, korang kena cari formula sendiri untuk melembutkan hati para pelajar korang untuk hormat dan dengar cakap korang. Takkan nak suruh Pengetua dan GPK terang satu-satu cara untuk mengajar dalam kelas? Diorang pun ada kerja lain jugak. Jika susah, cari bantuan dengan kawan-kawan GSTT korang atau cikgu tetap yang lain yang boleh berikan sedikit tips dan bantuan tentang cara mengawal kelas dan cara mengajar yang betul.
6. Gaji untuk guru sandaran ni agak tinggi. Basic aje dah lebih RM1900. Tambah elaun sana sini, mahu dekat RM400. Keseluruhan, dah dekat RM2300. Tolak sana sini, masih ada dekat RM2100. Bersih. Lebih kurang aje aku rasa dengan gaji guru tetap yang baru posting. Fuhh, korang tak nak kerja guru sandaran ni?
7. Hampir 80% yang jadi GSTT ni memang berminat nak jadi guru tetap. Tapi berdasarkan terma dan syarat yang korang semua tahu, GSTT boleh diberhentikan pada bila-bila masa oleh pengetua dan PPD berdasarkan beberapa kriteria. Antaranya jika prestasi korang terlampau teruk atau ada buat kes. Tapi biasanya ramai yang stay sampai hujung tahun. Yang tak sampai hujung tahun biasanya diberhentikan atas sebab ada guru posting baru datang. Biasanya paling teruk pun, ada 2 kali posting guru baru disesebuah sekolah setiap tahun. Tapi aku dengar cerita, kadang-kadang ada sekolah yang tak dapat langsung. Ada sekolah pula, bertahun tunggu cikgu lelaki posting ke sekolah diorang. Tapi tak dapat-dapat gak..
8. Biasanya 2-3 bulan pertama, GSTT ni akan senyap dan tak banyak bercakap dengan guru tetap. Biasanya yang perempuanlah. Yang lelaki, takde masalah punya. Tapi dekat hujung tahun, GSTT yang perempuan inilah yang paling kepoh dan banyak cakap. Biasalah tu. Normal..
9. Kalau ada 9 orang GSTT perempuan yang datang ke sesebuah sekolah, mungkin hanya seorang yang boleh dikategorikan lawa, cun, menawan, cantik atau jelita. Yang lain, ada yang tinggi sangat, ada banyak yang gemok, ada banyak yang pakai spek mata, ada yang malu-malu, ada yang cakap macam cakap dengan semut, ada yang senyum aje memanjang, ada yang tak berapa lawa dan ada yang memang akan kena kutuk dengan cikgu lelaki. Kalau GSTT lelaki pula, dua benda aje senang untuk aku huraikan. Kalau handsome, memang ramai cikgu perempuan dan pelajar perempuan suka. Terutamanya pelajar perempuang yang ambil peperiksaan SPM. Tapi kalau tak berapa handsome, memang sah kena kutuk sepanjang tahun. Biasalah tu. Benda normal. Tak semua orang sempurna. Fakta ni, kawan-kawan aku yang rumuskan. Suruh aku share kat sini..Betul ke tidak. Korang boleh tafsirkan sendiri.
Dan banyak lagi. Aku cuma kongsikan 9 fakta aje dan aku tahu ada banyak lagi fakta yang korang boleh kongsikan bersama diruang komen. Kalau korang rasa nak kongsi, sila komen dan bagitau fakta yang korang tahu. Yang aku tulis ni mungkin betul, mungkin tidak. Kalau salah, sila betulkan. Aku suka kawan dengan GSTT ni, diorang ni ada banyak info dan maklumat baru yang aku tahu. Senang cerita, diorang ni banyak pengalaman yang aku tak ada. Itu yang aku suka kawan dengan diorang. Diorang pula jenis tak lokek ilmu. Tak tahulah, tahun depan GSTT yang macam mana akan datang sekolah nih. Harap-harap ada GSTT lelaki lagi.
Ps: GSTT lelaki dan GSTT perempuan. Yang mana korang lagi suka?











Salam ohcikgu,
Ada helah untuk mengawal murid2 yang tidak mahu dengar kata guru. Antaranya:
1. Tanya sama ada murid tersebut nak belajar atau tidak. Jika jawapannya ‘TIDAK’, tanya balik tujuannya datang ke sekolah.
2. Minta murid tersebut duduk di barisan paling depan dengan cara paling hikmah. Walaupun dia tidak mahu mendengar, yang penting P&P dapat dilaksanakan.
3. Jika tidak dapat menawan hati murid2 juga, bawa hadiah (pensil, gula2 dsb.) dan letak di atas meja guru, beritahu murid2 bahawa siapa yang dapat jawab soalan akan diberi hadiah tersebut.
4. Jika tidak dapat juga, sediakan satu buku cerita mengenai kisah Nabi dsb. dan minta murid tersebut untuk membaca di hadapan kelas.
4. Jika tidak dapat juga, kita bertanya soalan dengan dia apa sebenarnya masalah murid tersebut di waktu lain, apa sebenarnya cita-citanya. Minta murid tersebut yang bercakap. Kita sebagai pendengar sahaja. Kemudian buat satu perjanjian dengan dia dan jika dia berjaya kita akan bagi dia hadiah – jika lulus periksa 50% ke atas (perkara yang dia mampu buat).
Murid2 seperti ini adalah murid yang tidak ada motivasi di rumah dan tidak tahu hala tujunya sepanjang hidupnya di sekolah. Kita sebagai guru harus membimbing murid tersebut,
Sebagai contoh, ada satu murid darjah 3 ini suka kacau kawan2 lain dan selalu dimarah cikgu2. apabila saya masuk kelas tersebut dia tidak kacau murid2 lain. Kenapa? kerana saya selalu dengar mengenai murid tersebut, saya panggil dia dan bersembang dengan dia mengenai cita2 beliau, murid tersebut ingin menjadi seorang pemandu lori..!!
Kerana mendengar jawapan itu, saya tidak marah atau kutuk dia, tetapi pada esok hari saya bawa mainan memasang kereta. Beliau ternyata paling berjaya memasang mainan tersebut berbanding kawan2 dia yang lain. Kemudian saya bertanya kepada murid tersebut, kenapa nak jadi pemandu lori kalau kamu boleh jadi seorang mekanik?
Sebelum saya tamat kontrak di sekolah tersebut, saya tanya soalan yang sama, kamu nak jadi apa bila besar nanti ? Beliau dengan semangatnya menjawab, Seorang mekanik, cikgu..!!
Ya. Itu salah satu cara penyelesaiannya. Ada banyak. Kita boleh gunakan mengikut kesesuaiannya. Kita sebagai cikgu kena kreatif, prihatin dan berpandangan jauh.
Salam, walau ape title guru yg disandang skalipun…guru ttp seorg guru. terigt sye mase sye di sekolah dlu, cikgu la idola sye. Banyak ilmu, tnye ape pn blh jwb. Komunikasinyer cantik…..ideanye bernas…..senyumannya manis…..semangatnya tinggi…..suaranya dirindui….tindakannya diikuti…..pemikirannya optimis……sya ingin pelajar2 sye juga berfikir sedemikian tntg sye nt kalau dpt la menjadi guru….. takutnye nk tgu kptsn GSTT nie….dipanggil ke x ek???!!~
mira. Waalaikumsalam.
Ya. Guru tetap guru. Tak kisahlah apa jawatannya atau panggilannya. Ehh, tahu ke bila keputusan GSTT keluar? Ada dah pergi temuduganya??
salam,
nk tanye mcm mane nk mohon gstt ea?
berminat, tp xtahu cara..
Waalaikumsalam deela.
Biasanya permohonan gstt ni melalui PPD. Kena alert sentiasa dengan ppd. Biasanya juga orang yang rapat dengan PPD akan tahu dulu macam pengetua sekolah, kerani, guru-guru di daerah tersebut. Kena tanyalah, baru tahu. Kalau online, susah sikit nak tahu sebab jarang update tentang gstt nih.
mine. Itu perkara biasa. Pelajar tahu ada cikgu yang sesuai dengan jiwa mereka. Dari percakapan aje pelajar tahu cikgu ni jenis yang macam mana. Sebab tu, tak hairan kalau masa cikgu lain pun, pelajar-pelajar ni siap panggil cikgu yang GSTT ni masuk kelass..
Mudah-mudahan.
Yap. Di kawasan pedalaman, Sarawak pulak tu. Memang cukup mencabar tuga di sana. Saya ada kawan juga yang mengajar disana. Tapi lupa nama sekolahnya. Memang ada yang tidak pandai membaca dan reti sembahyang. Kalau dapat hafal fatihah tu, dah macam satu kejayaan besar bagi mereka. Kawan saya kata, dari 20 orang, separuh berjaya hafal Al-Fatihah..ALhamdulilah..
Ps: Kat Sarawak mengajar sekolah mana masa tu??
Pengalaman yang menarik.
Ps: Sekarang masih mengajar? Di sekolah mana?
Tidak mengajar lagi..sedang mencari kerja di IPT..
Noraida Rashid. Waa..4 tahun gstt? sejak tahun bila nih? 8 tahun guru tetap? Wahh..ini guru berpengalaman namanya nih..hehe..Saya setuju. tak ada bezanya. Pelajar tetap panggil kita guru, cikgu..lau sirr..
Yup…masa tunggu result STPM, sempat 6 bulan mengajar (Jan-Julai 1994), lps grad kat UPM, dari 1998-2001. Sepanjang tempoh lps grad, 5 kali saya mohon KPLI, 3 kali gi interview. Akhirnya dpt gak masuk KPLI – opsyen KH (Sains Pertanian) di MPTI, JB pd thn 2002. 2003 start mengajar……………..mcm2 pengalaman dikutip semasa jd GSTT, jgn tak caya, saya pernah mengajar 30 waktu seminggu sms jd GSTT. Masa tu kn ajar subj mate n sains tingkatan 4 n 5…..berasap wehhh…….tapi cabaran ini saya anggap banyak mematangkan saya dlm mengenal dunia perguruan…..bila jd guru…byk mana pun masa mengajar kita, klu kita ikhlas….hasilnya berbaloi…………..
Banyak pengalaman cikgu noraida nih. Yap, cabaran pasti ada, kita aje kena tahu cara nak handle pengalaman ni. Benar, kena ikhlas. Insya-Allah, hasilnya berbaloi-baloi.
Waalaikumalam. Betul. Skill ni kena ada. Tak kiralah cikgu baru ke, cikgu lama ke atau GSTT. Skill ni kena cari dan belajar. Takleh tunggu ajer..gunalah apa cara sekalipun, asalkan tidak keterlaluan dan memalukan. Insya-Allah, pelajar akan dengar cakap.
penhitam. Ramaiiiii yang berminat. Setiap tahun, ribuan graduan dan para penganggur mencuri peluang untuk jadi gstt. Gaji pun sedap apa..
Salam….satu tips yg blh saya kongsi gak…..GSTT jgn hanya bergaul dgn kelompok GSTT shj, berkawanlah dgn semua guru lain, jgn rasa rendah diri hanya kerana kita nih GSTT. Mmglah GSTT ada kelemahan sbb x ada profesional training dlm bab mengajar nih….tp kita kn ingat, ilmu ttg mengajar nih bkn hanya kita blh dpt di maktab/institut perguruan/ kuliah pedagogi……kdg2 cikgu yg dah lama mengajar nih ada byk ilmu n tips yg kita blh dpt drpdnya…dgn syarat kita rajin belajar, rajin bertanya……saya bercakap berdasarkan pengalaman…bila sya dpt msk KPLI, saya dpt rasakan bhw byk situasi sebenar yg berlaku di sekolah blh saya aplikasikan dlm pembelajaran saya di maktab…..
as salam.
saya pn seorang gstt(dah 4tn), sedikit respon dr komen noraida rashid. bukannye gstt x nk cmpur dgn guru2 lain. tapi kadang2 kami ne dipandang sebelah mata sahaja. kami sering di anak tirikan oleh guru2 tetap. walaupn begitu kami tetap menjalankan tugas sebaik mungkin.
walaupun gstt tugas kami sama berat dengan guru tetap. saya sendiri menjadi guru tingkatan 5(tanggungjwb guru tingkatan mmg berat,paham2 je la..)
.. pihak pentadiran mmg percaya dgn kebolehan gstt. seramai 13 orang gstt yg ditempatkan di sek saya.
doakan kami berjaya kpli kali ne..
Salam Melati….biasalah tu, guru nih pun manusia, ada egonya masing2. Tapi saya percaya bukan semua guru begitu…msh ada yg sanggup membantu kita…tul tak? Jgn cepat kecil hati dgn perangai segelintir guru2 yg pandang sebelah mata kat GSTT nih….sya sendiri pernah disindir oleh guru tetap sms saya jd GSTT…saya msh ingat ceritanya…. dgn nada sinis dia bertanya adakah saya nih tahu apa2
ttg ‘set induksi’….terasa gak, tp malas nak simpan lama2 dlm hati, so saya wat reverse thinking…klu x kena sindir mcm tuh, sampai bila pun saya x berusaha nak amb tahu ‘set induksi’ tu apa sebenarnya….so ringankan mulut…bertanyalah pada yg lbh arif….jgn cepat mengalah pada keadaan….sbb tuh saya amat berbesar hati jika ada GSTT atau pun guru baru bertanya ttg P&P, sebaik mungkin sy akan cuba bantu…sbb saya sendiri pernah melalui fasa kesukaran itu…
Owhh…..pasal jadi guru kelas…mmg berat tanggungjawab tuh….dah 8 tahun saya mengajar, baru dalam 2 tahun kebelakangan ini saya saya x pegang kelas, sbbnya saya mengajar subj KH, saya hanya mengajar pel perempuan shj, P&P pun kat bengkel, but still dilantik jd penyelaras tingkatan…..trust me…pengalaman jadi guru kelas ni akan byk mengajar kita bgmana nak uruskan sebuah kelas dgn baik… menangani kerenah pelajar, wat keceriaan kelas, berurusan dgn ibu bapa klu2 pel kita ada masalah, kn amb tahu kebajikan pel kita, mcm2 lagi….stress tuh biasalah….anggap nih satu proses pembelajaran….
Tahniah gak sbb dpt bertugas di sek yg mempunyai pentadbir yg percaya dgn kebolehan GSTT…balaslah kepercayaan mereka dgn sebaik mungkin……Insya Allah juga Melati dan kawan2 yg lain akan diterima masuk dlm program KPLI…semoga niat utk terus berbakti pada para pelajar akan tercapai…Insya Allah…
guru kelas memang salah satu tugas yang agak berat. Bukan senang nak handle masalah ni. Stress itu normal. Pekerjaan guru antara salah satu pekerjaan yang paling stress didunia.
melati. Gstt 4 tahun. Macam mana sekarang? Masih jadi gstt lagi? Mudah-mudahan dapat tahun 2011 ni. Nak jadi guru kelas memang bukan satu tugas yang mudah. Tapi insya-Allah, kita semua boleh.
salam..saya dah hampir 3 tahun jd gstt..dah ‘berjanggut’ +’berbulu’ mohon kpli,dpli n utk lpasan spm tp blom ada rezeki lagi..ALLAH nk saya lebih berusaha untuk memberikan yg terbaik utk anak bangsa walopon dgn taraf gstt..saya nk respon utk previous comment ttg gstt yg saya rasa ada yg xbrapa tepat..ni pendapat sendiri la ye..xdak kena mengena ngan sesiapa dan melalui pengalaman dan pemerhatian sbg gstt..
1) permohonan utk jd cikgu..(kpli,dpli,lepasan spm)
macam yg telah disebut sblom nie,dah bnyak kali mohon dan sejak lpas spm dah mohon,lpas diploma,degree tp ALLAH blom buka lagi pintu rezeki utk jadi pendidik..kita hanya rancang,usaha n tawakal tp ALLAH yg tetapkan.yg dapat terus jd cikgu ttap mmg senang la cakap knapa tak mohon dulu,knapa bru nak mohon skrg..bukan nie yg kami nak tp brsyukur sgt2 sbab ALLAH bg peluang n dpat pengalaman..
2) bab temuduga/mTEST..
skrg mmg agak susah nak lulus benda nie dan sangat bergantung kpd usaha kita sendiri..skrg keja yg pilih kita,bkan kita yg pilih keja..mgkin ada sebab2 yg telah menggagalkan dri kita utk temuduga/mtest..mgkin cantik,lawa, ramping, tinggi lampai tu pada saya adalah satu advantage kpd calon tersebut ttapi performance semasa temuduga juga memainkan peranan yg penting
3)tempatkan gstt di kwasan pedalaman..
mengikut pengalaman gstt saya yg xseberapa nie..kebanyakan gstt mmg sanggup ditempatkan dikwasan pedalaman (sbb rmai yg blom kawen)berbanding dengan guru ttap
4) kesanggupan guru gstt terlibat aktiviti ko-kurikulum..
sepanjang perkhidmatan saya,guru gstt nilah yg bnyak conduct n terlibat dgn aktiviti luar yg melibatkan pelajar coz guru2 tetap mereka nie xmau join benda2 nie..antara sebabnya:
1-dah penah/penat bwak student dah
2-banyak keja nak buat..cth: ada kelas tambahan,nak kejar silibus
3-kasi pengalaman kat gstt (terima kasih,alhamdulillah)
selalunya benda2 mcm nie bg kat gstt..gstt yg fully handle bnda nie
alhamdulillah,setakat nie kami gstt (kat skolah saya..8 org,7 p’puan,1 lelaki) diberi peluang dan pihak sekolah sangat berpuas hati dengan aktiviti yg kami jalankan sbb bg kami nie adalah tanggungjawab.kami sedar status sbgai guru gstt nie dan kami wajib buat yang terbaik,kami adalah guru2 yg terbaik yg telah dipilih utk berkhidmat kpada anak bangsa walopun hanya gstt..kbnyakan cikgu2 tetap slalu merungut bila skolah bg keja dan bila ada gstt yg kena buat skali dgn mereka nie..kebanyakan keja mmg diserahkan kat gstt (90%)..(nie kat skolah saya la)
5) rezeki semua ditangan ALLAH..yg sudah beroleh kesenangan dengan mudah tu mungkin tidak merasai sgt keperitan kami sbg gstt..ttapi dgn keperitan,kesusahan itu yg membuatkan kami lebih tabah,lebih berusaha,lebih bersyukur dengan apa yg ALLAH dah bg..
dokan kami gstt moga dpat jd guru ttap=)
amin…
Yap. Memang banyak kerja gstt ni ni. Mahu tak mahu, kena buat juga. Itulah cabaran yang dihadapi oleh gstt. Terima aje tugas dengan hati yang tenang dan laksanakannya dengan ikhlas. Ya, semoga anda juga dapat jadi guru tetap nanti. Insya-Allah.
wah idea yg bagus nie..{^_^}
Ya. Idea yang bagus. Cuma harap semua cikgu boleh buat juga.
Saya menjadi GSTT selama 2 thun,dan skrg tengah menunggu jwpn dari JPN..Pengalaman selama 2 thun byk mengajar saya megenali rakan guru tetap yang memberi tunjuk ajar dan ada juga yang memandang rendah pada kami GSTT.Saya pernah disindir dikatakan GSTT ni x berkualiti dan x ada masa depan..yg baik nya dia tak nmpk.Kami GSTT menggantikan guru tetap yang balik bercuti ,mgajar apa sahaja subjek yang dibagi tanpa mengeluh,jd knp GSTT sering dianggap xberkualiti ,saya menjadi kesayangan ank2 murid saya dan saya bersyukur dapat memberikan ilmu tanpa perasaan dengki..Bukan nk membangga diri,dbandingkan guru tetap segelintir guru tidak dapat mengawal kelas dan saya dapt mengawal kelas bkn garang tp tegas dan memahami pelajar mengikut peringkat
cik cham tunggu jawapan dri JPN untuk jawatan apa? guru? gstt?
Masa sekolah dulu, cikgu saya semua garang-garan. Even cikgu pendidikan jasmani pun garang. Pempuan tuh. Sapa tak bawa baju waktu P.E. Kena lari satu padang 3 round..sekali kena, serik dah tak bawak baju..
kat sekolah dulu tak tahu plak ada gstt. tak tahu perbezaan guru tetap dengan gstt. sama aje masa sekolah dulu..

rina recently posted..Why not we talk about Backlink
cham. Bagaimana tahun ni? Masih dapat jadi gstt? Biasalah tu kalau kena sindir. abarkan aje. Bab guru kawal kelas tu, itu antara salah satu masalah normal bagi semua guru. ada yang mampu, ada yang kureng. Jadi, kena belajar macam mana nak kawal kelas. Ianya memang penting.
Bab kualiti tu, susah nak cakap. Tak semua cikgu tetap atau gstt berkualiti. Jadi, kita laksanakan aje apa yang kita mampu.
tahun ni masih menunggu janji yg diberikan oleh kementerian,dgn harapan dsambung pkhidmatan untuk tahun 2011..selama 2 tahun berkhidmat d sekolah yg sama kwn2 (guru tetap)guru yang telah berpengalaman mmg byk membantu dari segi bagaimana nk buat RPH dengan baik,p&p…cuma segelintir je la..yg ada mslh dgn status kami GSTT…apapun yg penting niat mendidik anak murid tu ja la d tanamkan dlm hati…segala sindiran tolak ketepi ..
cikgu, saya sanggup. tp malangnya tak boleh.
saya dhtepon universiti sendiri.
just share utk smua ape info yg sy tau.
nak amik 1st degree ke 2nd degree ke kena ade matrikulasi atau STPM atau diploma sahaja.
yg tak bestnya STPM hanya valid 2 tahun shj. makna kata klau mohon masuk 2011, keputusan exam 2010 atau 2009 shj yg masih laku. klau diploma plak 3 tahun. matrik tak tahu plak.
sedih bila dgr cmtu. peluang kami GSTT yg berijazah ni nak jd guru tetap hanyalah mlalui KPLI, DPLI dan KDC klau ada. sedihkan…..
saya dah 2 tahun GSTT kat melaka. tak tahula 2011 ni masih rezki saya ke tidak tahun ni. tp mmg mharapla dpt. dok nganggur lg ni. nakla cukupkan 3 tahun baru bpluang ditawarkan KDC utk dserap.
sabojelah.. hanya Allah dapat mbantu.. smoga saya dpt semula kerja GSTT 2011 ni…amin… dan semoga Allah pmudahkan jalan saya untuk mjadi guru tetap. amin…..
At 2010.11.13 23:30, ohcikgu said:
fyieza. Saya ada satu cadangan. Kalau betul-betul nak jadi cikgu, cuba awak ambil ijazah kedua. Haa, 4 tahun belajar pendidikan, pastu dah boleh jadi cikgu..amacam. sanggup korban 4 tahun tak?
At 2011.01.04 04:19, juehana said:
cikgu, saya sanggup. tp malangnya tak boleh.
saya dhtepon universiti sendiri.
just share utk smua ape info yg sy tau.
nak amik 1st degree ke 2nd degree ke kena ade matrikulasi atau STPM atau diploma sahaja.
yg tak bestnya STPM hanya valid 2 tahun shj. makna kata klau mohon masuk 2011, keputusan exam 2010 atau 2009 shj yg masih laku. klau diploma plak 3 tahun. matrik tak tahu plak.
sedih bila dgr cmtu. peluang kami GSTT yg berijazah ni nak jd guru tetap hanyalah mlalui KPLI, DPLI dan KDC klau ada. sedihkan…..
saya dah 2 tahun GSTT kat melaka. tak tahula 2011 ni masih rezki saya ke tidak tahun ni. tp mmg mharapla dpt. dok nganggur lg ni. nakla cukupkan 3 tahun baru bpluang ditawarkan KDC utk dserap.
sabojelah.. hanya Allah dapat mbantu.. smoga saya dpt semula kerja GSTT 2011 ni…amin… dan semoga Allah pmudahkan jalan saya untuk mjadi guru tetap. amin…..
Oh..stpm valid 2 tahun aje. Saya tak perasan yang tu. Jadi ak tak nak bergantung pada dpli dan kpli. Kalau tidak, cuba minta guru swasta, guru tadika, guru mrsm dan sebagainya. Mana tahu, ada rezeki nanti?
Harap2 dapat tahun ni. Dah terima panggilan dari ppd? atau tak dapat? Tunggu sahaja dalam bulan 1 nih. Rasanya ada ambilan pada bulan ni atau awal februari nanti.
yep cikgu. nak tak nak, KPLI@DPLI laluan kami. guru2 yg lain2 tu tak tau plak cmana nak mohon. klau cikgu ada info, bgtaula..
ttg GSTT 2011, blum ade ape2 jawapan dr PPD. katanya blum buat mesyuarat utk putuskan bila nak buat interview. tunggu jelah..
sabo jela… harap2 saya dapat GSTT balik tahun ni. amin…
Serono bila baca pengalaman2 rakan2 kita ni.dan saya sendiri juga mmpnyai pglaman mengajar selama 2 tahun dalam bidang pendidikan khas.Malangnya selama 2 tahun memhon kdc masih belum punya rezeki.Balik2 katanya mtest kantoi.Apa yg menyedihkan pengalaman saya tidak diambil pusing.Yang tak bestnya bagi yg guna org dalam pengalaman xsampai sebulan pun leh dapat.Apa confirm ke golongan itu lulus mtst? Dengar khabarnya tahun 2011 ni dah xde lg kdc.Sumber ni kira leh percaya jglah.Tp xtaulah kalu masih ada.Saya harap masih ada rzeki untuk saya menjdi guru tetap hingga ke akhir hayat saya.
saya dah setahun lebih jd gstt….dkt 2 thn (+ guru ganti) ..n sblm tu jd guru sambilan kat sk tunas bakti..( 1 thn 10 bln)sk yg tptkan remaja2 yg terlibat ngan kes juvana…mcm2 pengalaman..ajar bdk kg,ajar bdk yg mmg nakal n krg ajar, ajar bdk cina n last skali jar bdk2 kt tpt sndri…sedih coz 6 kali apply kpli sekali pn x prnh d panggil intrview padahal rasanya dah jwb yg t’baik time mtest…n ada pnglmn..kwn2 yg langsung x da pglm pulak yg dpt kpli..perna ada kwn tu trus d arah lapor diri tanpa interview….pas lapor diri br d interview..hai bertuahnya badan…still mengharap gstt ttp d sambung 2011..dah sebati rasanya jd cekgu wpn gstt ja..mcm dah tak nak keja lain..ya allah permudahkan la perjalanan hidupku utk menjd guru tetap..amin..
hai athira,
banyak btl pengalaman awak menjadi guru ni ni kan,xkisahlah ganti ke gstt or sambilan…boleh dikatakan kita senasib dan rasanya nasib saya lebih malang…berliku btl cabaran untuk jd guru tetap ni…saya pula dah 9 kali kpli dan 2 kali kdc…tapi masih xdpt tempat.saya dah 2 tahun jd gstt ni..tapi dlm pend khas…org ckp mudah dpt kdc kalu pend khas..tapi xjuga….lainlah kalu ada kroni…ada experience 2 mingu pun dpt kdc…saya cukup terasa apabila kali kedua apply kdc untuk intake nov 2010 ni saya masih xdpt.bila ditanya katanya mtest kantoi,pengalaman 5 tahun pun xkan boleh dpt kdc..itulah petikan kata2 yg saya dpt dari peggawai JPN berkenaan..saya amat kecewa..kerana ada calon yg baru 2 mnggu masuk dlm dunia pend.khas dpt tmpt…bukan saja sorg tapi lebih dari itu…sape xkecewa..tambahan pula saya bukan anak jati negeri tersebut..tapi adakah syarat untuk kdc ini mesti anak jati negeri?apakan calon yg masuk pakai kroni ni sure lulus mtest nyer..mmg rezeki Allah tentukan…tapi manusia jg yg memotong rezeki org lain dengan menyumbatkan kroni2nya…apapun semoga masih ada rezeki untuk org teraniaya seperti kita…
Yati plak gstt pendidikan khas? yang ni, lagi banyak cabarannya. Memang sukar untuk mengajar pelajar khas ini. Bukan mudah. Tapi bersabarlah, mungkin ada rezeki nanti untuk jadi guru tetap. Insya-Allah.
Bab kroni ni, ini normal. Kalau ada kroni, gunakan sebaiknya. Sebab apa, memang benda ni wujud. Jika tak ada, kita kena usaha yang sebaiknya. Bukan saya menyokong bab-bab kroni ni, tapi ianya memang sukar untuk diubah. Memang akan wujud kat mana-mana. Nak dapat KDC bukan mudah. Jadi, kalau panggilan, cuba buat yang terbaik baik dalam mtest ataupun temuduga. Biasanya, temuduga banyak memainkan peranan penting dalam pemilihan kerja.
athira. Waa, dah 2 tahun. Lama tu.
Mengajar di tunas bakti? Hehe..ni memang sekolah baik punya. Memang sakit kepala dibuatnya. Tapi inilah cabaran seorang guru. Kena usaha gak. Bab kpli tu, cuba lagi nanti bila ada waran untuk kpli. Biasanya dalam setahun, ada dua kali panggilan kpli.
Ya. Mudah-mudahan masih jadi gstt pada tahun ni buat athira. Ni dah panggilan dari ppd? dapat ke tidak tahun nih?
mcm2 kita dgr pendpt org kn ade yg best ade yg bengang pun ade… yela skrg peluang keja xbnyk bljr tinggi2 pun dh hbs tp xleh nk praktik dlm alam pekerjaan pun sbbnya xde keje…alih2 rmai yg mintak guru sbb tula prsaingan guru tu kuat.. so nasib badanla dpt ke x. ni nk share citer adela member tu jwb mtest tp bhgian maths lgsung x jwb tp dptla lak interview n lulus jer interview tu… ntahla….mcm2 hal…
alia..memang macam-macam pendapat. Ada yang bagus, ada yang macam-macam..
Persaingan memang kuat. Mana-mana pekerjaan pun kuat. Cuma bergantung pada kit aje, kuat atau tak untuk bersaing.
Ohh..ada plak kes macam member awak tu. Hebat.
byk ilmu yg saya dpt di sini..saya pun dah 2 tahun jd gstt…bukan x cuba apply untuk jd cikgu tetap tp masih belum ada rezeki…sejak grad since 2006 saya x pernah stop untuk apply apa je yg ada kaitan dgn cikgu…kpli,dpli,sabk,mrsm tp masih lg belum dpt…mungkin rezeki saya untuk jadi guru tetap belum sampai…tp saya tetap xkan putus asa…untuk 2011 nasib saya masih lagi samar2…pegawai ppd di tempat saya kata guru baru banyak posting so maybe gstt dah xde…bla dengar camtu sedih sgt….tp saya masih lg berharap yg saya ada peluang untuk bergelar seorang pendidik….
pja. Mungkin masa tu bukan rezeki anda. Mungkin tahun 2011 ni adalah rezeki awak. CUba saja. Jangan mudah putus asa.
Salam buat warga pendidik…….. saya dah ngajar sbg GSTT selama 7 tahun(2002 – 2010) kat sek ren & sek men di pelbagai negeri…….baru2 ni saya ada dengar JPN ada ambik nama GSTT yang dah ngajar lebih dari 5 tahun untuk diserap melaui KDC…..adakah ini benar?
kalau baca berita, memang benar.
Tapi tak tahulah sejauh mana kebenarannya itu dibuktikan.

akazuma recently posted..Adakah anda Bersedia untuk hari kiamat
fakta dan rasa itu berbeza beb…
apa yang dinyatakan kebanyakannya dari experience ataupun pengalaman sahaja bukan bersandarkan fakta yang sebenar fakta lebih konkrit mahupun masih kukuh…aku tak sangkal yang maklumat kau bawak ni salah..tapi bukan semua boleh digeneralisasi untuk semua…
prediction and assumption is a 2 different thing..
salam..sy gstt gak. sy ada sorang pelajar pompuan yg penah digantung sekolah seminggu sbb mncarut kat pngawas. Biadab dngan cikgu lain pn ader. 1 hari ni sy tnyerla dia, “A, td sembhyang subuh X?”. Die jwb, “X, mana cikgu tau? sy blsla..”cikgu tnyer je, cikgu x tau pn”. Lama2, sy nmpak die mcm nk perhatian je drpd sy…. N yg pling x sangka, time hr guru, die bg kad ucapan pd sy… terharunyer…. . X sangka plak.. maybe bdak2 jenis mcm ni suke kite tnyer2 die. Wallahualam.
kawn sy pn dlu gstt… skrg dh minat sgt mengjar, bila cuti je rindu kt budk2 kelas dia..skrg dh berjaya jd cikgu sebenar dengn mengambil TESL untk cikgu BI…
ayu recently posted..MySkeTch
nk kongsi sket sesuatu yg berlaku semasa menjadi gstt…
guru2 tetap sekola sy sume ok.. best… dorg menerima baik kehadiran gstt…
tp yg kelakarnye… org opis lak yg pandang rendah pada kami..
penah sekali sorg kerani tegur sy… apsal aku tgk korg bz sgt ni… (mase tuh sy asek keluar masuk opis menguruskan suatu tugasan).. then dia ckp lg.. xpayah la korg sibuk2 sgt buat keje.. korg tuh gstt je x ke mane.. huhuhu… berdesing jap telinga mendengarnye.. tp sy senyum je.. x kisah la ape dia nk ckp….
sabarkan ajelah. biasalah tu..hehe..
kerja aje sebaik mungkin.