Jenis dan Kategori Guru yang anda mungkin Tak Tahu

Book cheap tour packages

Ok. Di sini, ada kategori bagi setiap guru yang anda mungkin tak tahu. Walaupun secara luarannya, nampak sama sahaja. Tapi ada perbezaan yang ketara antara guru-guru tersebut. Antaranya..

1. Guru Tetap. Ini antara yang paling biasa dan ramai orang boleh kenal pasti yang diorang ni guru tetap atau tak. Lagipun, majoriti masyarakat menganggap semua guru adalah guru tetap. Tak ramai yang tahu tentang kategori atau jenis guru yang sepatutnya diorang tahu. Guru tetap ni kerjanya selain menjadi guru disiplin tak rasmi, mereka juga perlu mengajar dan juga menguruskan kerja-kerja pengkeranian seperti menulis buku rekod, mengambil kehadiran pelajar, mengutip yuran sekolah, merangkap kepada mentor kepada para pelajar dan juga tak mustahil menjadi idol kepada para pelajar. Pendek cerita, tugas guru ni memang banyak. Mungkin kita aje yang nampak macam sikit aje..

2. Guru kontrak. Guru jenis ini memang berbeza. Dari segi tugas, sama sahaja dengan guru tetap yang lain. Tapi mungkin guru ini akan diberi tugas tertentu berdasarkan apa yang ditugaskan oleh pengetua sekolah. Biasanya guru ini akan mengajar atau mengisi kekosongan jawatan bagi subjek tertentu dan juga agak kritikal seperti subjek bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, bahasa cina dan lain-lain lagi. Dan tempoh mereka bertugas berdasarkan kontrak. Biasanya adalah 6 bulan. Jika pihak sekolah rasa nak sambung lagi, diorang akan sambung 6 bulan lagi. Tempohnya mesti 6 bulan. Aku tak tahu kenapa. Tapi itulah yang aku faham berdasarkan apa yang aku lihat dan apa yang aku diberitahu. Kat sekolah aku ni, tak jumpa lagi guru kontrak. Sekolah lama dulu adalah sorang. Perempuan. Tapi sampai hari ini, aku tak tahu nama cikgu tu. Teruk kan cikgu macam ni?

3. Guru Sandaran. Nama penuhnya adalah GSTT atau Guru Sandaran Tak Terlatih. Tempohnya lebih lama dari guru kontrak iaitu 1 tahun. Selepas itu, jika mereka tidak diberhentikan, mereka berpeluang cerah untuk sambung tugas mereka pada tahun hadapan. Mungkin disekolah sama, mungkin juga tidak. Biasanya, 90% akan dapat sekolah yang berbeza tetapi masih dalam satu daerah. Tapi guru sandaran ini boleh diberhentikan pada bila-bila masa jika ada guru posting baru pada tahun tersebut. Jadi, guru sandaran ini semacam ON-CALL pada setiap masa. Tugas guru sandaran lebih kurang aje dengan guru tetap. Kadang-kadang ada yang jadi guru kelas dan sampai ada yang diberi tugas untuk menjadi guru pengiring bagi sesebuah aktiviti luar sekolah seperti lawatan atau kem perkhemahan. Biasalah tu. Bagi guru lelaki, memang tak ada masalah sangat. Tapi bagi guru perempuan, ada yang tak suka, ada yang suka. Tapi banyak pada yang tak suka lah..


4. Guru Ganti. Haa, jenis guru macam ni pun ada. Ini jawatan tak rasmi sebenarnya dan guru ini tetap mengajar macam biasa. Buat kerja guru-guru tetap macam biasa. Jawatan ini wujud apabila ada guru tetap yang tidak dapat hadir ke sekolah pada satu tempoh yang lama. Contohnya seperti kes menunaikan haji atau umrah, cikgu perempuan yang cuti selepas bersalin, cikgu yang ambil cuti tanpa gaji bagi satu tempoh yang lama dan cikgu-cikgu yang sakit dan kritikal pada satu tempoh yang agak lama. Jadi, keadaan-keadaan seperti ini memberikan peluang pekerjaan sementara kepada mereka yang berminat nak jadi guru ganti. Biasanya ditawarkan kepada rakan-rakan atau saudara-mara Guru-guru yang tinggal berdekatan. Biasalah tu. Takkan nak cari yang jauh-jauh pula..

5. Guru Praktikal. Ada yang panggil Cikgu Ros. Mereka semua datang dari universiti yang berbeza dan biasanya ramai yang datang dari UPSI. Ada yang buat praktikal selama 3 bulan, ada juga yang 6 bulan. Ada yang 10 minggu. Ini semua bergantung dari universiti atau maktab mana yang mereka belajar. Setiap guru ros ni ada mentornya dan ada yang akan monitor kerja diorang. Inilah yang akan dilakukan oleh semua guru tetap sebelum mereka mendapat jawatan tetap. Pergi praktikal dan tunggu posting. Dah dapat penempatan, kena tunggu pula interview untuk pengesahan jawatan tetap pula. Memang ambil masa. Tapi inilah proses-proses yang perlu dilalui oleh semua guru. Guru praktikal ini tak ada elaun atau gaji. Semuanya bergantung pada duit PTPTN, duit biasiswa atau duit belanja mak abah diorang. So, sabar ajelah..memang macam tu dari dulu hingga sekarang..

Emm..ok. Itu sahajalah jenis atau kategori guru-guru yang ada dikebanyakkan sekolah. Ini yang aku dapat kelaskan mengikut pemerhatian aku. Terima kasih kepada semua guru yang menjalanakn kewajiban setiap hari walaupun kadang-kadang sakit hati dengan perangai pelajar-pelajar nakal yang tidak makan saman tu. Inilah pekerjaan kami dan inilah keadaan guru-guru yang sepatutnya anda patut tahu. Mungkin ada antara anda semua rasa peranan setiap guru adalah sama. Ya, pada asasnya adalah sama. Tapi kami ada memainkan peranan yang berbeza dan sikap saling membantu dan toleransi yang menyatukan semua guru-guru yang mempuyai perangai dan peel yang berbeza. Ianya tidak mudah, tetapi sekurangnya kita berusaha ke arah itu.

Ps: Hari ini semua sekolah kerajaan cuti. Cuti Deepavali. Korang cuti ke tidak?


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in Dunia Guru, Guru Malaysia, kerja kerajaan, masalah guru, masalah pelajar, Pendidikan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Comments

  • At 2010.11.05 17:30, tini said:

    tahu dah sikit-sikit. memang ada byk jenis dan guru. Cuma kita aje yg tak tahu.
    tini recently posted..Tips To Repair Your CreditMy Profile

  • At 2010.11.06 03:28, rina said:

    patutler budak-budak sekolah suka ponteng sekolah..
    rina recently posted..Why not we talk about BacklinkMy Profile

  • At 2011.01.23 14:28, cikgu ganti said:

    nk tnye kalo ckgu ganti utk 7 bln d bayar gaji cmane ye? monthly atau after 7 bln br byar?

    • At 2011.02.25 16:45, ohcikgu said:

      Tanya pihak sekolah. Biasanya pihak sekolah yang uruskan cikgu ganti ni dan biasanya duit tu sekolah ambil dari duit PIBG atau sumber-sumber lain yang hanya pengetua dan kerani sekolah aje tahu.
      ohcikgu recently posted..Semakan Permohonan Program Matrikulasi 2011-2012My Profile

    • At 2011.02.25 07:19, yusri said:

      info yg menarik, guru ganti ni juga ada yg gajinya di bayar oleh PIBG sebab PPD tak luluskan pemohonan kekosongan guru ganti

    • At 2011.10.02 15:30, Ilhamix said:

      Ak skank guru ganti, sbb guru yg ak ganti tu sakit kritikal, kmungkinan besar smpi dia habis pencen, tinggal lagi dua tahun..huhu

      ak melalui PPD, perkiraan uncle ak p.pgrh di JPN, gaji PPD yg byr, cuma pihak sekolah buat laporan je ttg kehadiran kita.

      Dapat by bulan, bukan lump sum…sama seperti guru tetap jgk.. ak sekolah rendah, ganti PK HEM pulak tu. Lepas je ak masuk sbulan, PK KO ak lak jatuh sakit, sesape nak apply leh la ctct ak..hehe

      Apa2 pun ak suka mgjr skolah rendah nie, rilek byk, drpd sklah menengah, sblm nie ak di sekolah menengah dah rasa selama 3 bulan, penat woo.. gaji lebih kureng jek..
      Ilhamix recently posted..Konsep Satu Malaysia | Menyatupadukan RakyatMy Profile

      (Required)
      (Required, will not be published)

      CommentLuv badge