Hari persekolahan terakhir 2010

Book cheap tour packages

Hari ini mungkin hari terakhir persekolahan terakhir bagi kebanyakkan sekolah-sekolah di Malaysia. Selepas ini, semuanya akan bercuti termasulah pelajar-pelajar dan guru-guru. Cuma mungkin akan ada kelas-kelas tambahan terakhir untuk pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada 23 November ini. Buat mereka yang bakal menduduki peperiksaan besar tersebut, anda masih ada masa selama seminggu untuk buat persiapan terakhir dan buatlah study last minute yang anda mampu. Mungkin persediaan terakhir ini akan banyak membantu pelajar-pelajar tersebut. Nasihat aku, jangan pandang rendah pada minggu terakhir ini, macam-macam boleh berlaku dan hari-hari terakhir ini akan membantu para pelajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan berpotensi juga untuk kecundang dalam SPM. Seperti aku kata, macam-macam boleh berlaku..


Esok, akan bermulalah cuti untuk pelajar termasuklah cuti sempena Hari Raya Aidil Adha. Pasti ramai guru-guru yang akan pulang ke kampung pada petang ini dan juga pagi esok. Jalan raya pasti penuh dengan kenderaan dan selalunya pada hari begini banyak kemalangan jiwa yang berlaku. Pandu dengan berhati-hati dan ingatlah orang tersayang.

Untuk cuti yang panjang ini, hadapilah dengan gembira dan tenang. Jangan terlalu gembira dan lupa tentang segala-galanya. Gunakan cuti ini dengan bermanfaat. Jika ada yang mahu bertunang atau berkahwin, selamat melalui hari-hari yang gembira dalam hidup anda.

Dan untuk cuti ini, aku harap semua orang akan enjoy dan nikmatinya. Bagi para pelajar, gunakan waktu ini dengan sebaiknya. Boleh bercuti, boleh ambil kelas tambahan dan boleh juga bekerja sambilan. Sekali lagi, nikmati cuti anda sebaik-baiknya..

Ps: Ada jamuan rasanya hari ini. Nak pergi ke tak ye.. :D


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in Dunia Guru, Guru Malaysia, Peperiksaan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Comments

  • At 2010.11.18 07:48, Shaffik said:

    Dah start cuti sekolah ker? kenapa ada anak buah saya yan masih bersekolah..ermmm pelik nie..
    Shaffik recently posted..Azizul Terbaik Di AsiaMy Profile

    • At 2010.12.01 16:51, ohcikgu said:

      BAgi sesetengah sekolah, ada yang dah mula cuti. :mrgreen:

    • At 2010.11.22 03:07, syaiz said:

      huhu..ini bermaksud..dah mula cuti sekolah la rasanya. hehe.. :mrgreen:

      • At 2010.12.01 16:51, ohcikgu said:

        tidak semua sekolah. Hanya sesetengah sahaja dan mungkin juga disesetengah negeri sahaja.

      (Required)
      (Required, will not be published)

      CommentLuv badge