12 ribu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) TIDAK akan diberhentikan

Book cheap tour packages

Sejujurnya, aku baru balik bercuti. Maklumlah, pelajar dah cuti, cikgu-cikgu pun ikut bercuti jugak. Takkan nak duduk rumah atau tanda kertas exam aje kan? Sekali-kala, kenalah enjoy sikit. Lagipun, hujung tahun nanti, dah sibuk sana-sini, nak bercuti pun dah tak ada mood. Jadi, biarlah kali ni, aku berjalan-jalan awal sikit.

Beberapa hari lepas, aku dengar berita yang agak panas. Dengarnya, Kementerian Pelajaran tidak akan memberhentikan sebahagian daripada 12,000 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di seluruh negara yang bakal tamat kontrak tahun ini. Wahh, ini satu berita baik. Nak dengar berita lagi baik?

Tarik nafas dalam-dalam. Ok, ini dia. GSTT Bakal diserap ke jawatan tetap secara berperingkat jika mengajar lebih 3 tahun. Tu dia!! Tak kesahlah secara berperingkat ke secara pairing ke atau melintang dan menegak, janji diserap ke jawatan tetap. Aku yakin ini yang ditunggu oleh kawan-kawan GSTT aku yang lain. Mesti gembira sakan bila baca paper 3 Disember yang lepas. Sekali lagi, hanya yang mengajar lebih 3 tahun. Maksudnya yang setahun dan dua tahun, lom cukup layak lagi rasanya..


Selain itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia bagi memastikan kekurangan tenaga pengajar di sekolah dapat diatasi dan pendidikan pelajar juga tidak akan terganggu. Bagi guru GSTT tamat tempoh perkhidmatan tahun ini mereka tidak diberhentikan, malah bagi mereka yang sudah menerima surat diberhentikan perkhidmatan, ia akan ditarik balik. Kita mempunyai guru GSTT yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah. Semua guru direkrut Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), katanya di sini, semalam. Bagaimanapun katanya, kementerian sudah membuat keputusan tidak membenarkan JPN melatih guru GSTT, sebaliknya akan diselaraskan dengan lebih sistematik. Sumber: Berita Harian 3 Disember 2010

Haha, makin ramailah GSTT yang gembira. Dan yang paling best, kalau korang dah ditamatkan tak kiralah pada bulan Oktober ke November ke Disember ke, ianya akan ditarik balik. Cuma aku nak tanya, tarik balik tu serta-merta ke? Kalau bacaan dalam paper tu, kira macam serta-merta.

Jadi, bonus RM500 tu, kawan-kawan GSTT ni dapat ke tak? Ke kena pulangkan balik? Bagi aku, bagi ajelah GSTT duit RM500 tu. Kira macam hadiah untuk mereka sebab dah penat kerja dekat 10 bulan jadi guru. Bukan senang nak jadi guru sandaran tu..

Ps: Tahniah buat 12 ribu GSTT tersebut. HOho..


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in Dunia Guru, GSTT and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

173 Comments

  • At 2011.01.14 11:55, ohcikgu said:

    sabarla..retorik atau tidak..kita tunggu. akan ada 2nd intake nanti..

    yap. ramai kawan yang tak dapat lagi surat berhenti.. :|
    ohcikgu recently posted..Permohonan jawatan GSTT negeri Melaka 2011 dibukaMy Profile

    • At 2011.01.14 16:03, ita said:

      macam nilah nasib kita GSTT..walau bagaimana bagus pun kita..kita tetap GSTT..kwn2 jom kita doa byk2 supaya berita GSTT akan diserap menjadi kenyataan dan bukan PROPA semata2..

    • At 2011.01.14 16:44, lenz said:

      Sabah, Kenapa penting kah?

      • At 2011.01.14 16:47, lenz said:

        Kalau tak silap, tamat tu auto. ada tertulis di surat kontrak. tapi xtaula. mgkin ada surat tamat.

      • At 2011.01.14 16:52, lenz said:

        Iya betul tu. seperti dalam berita 3 Dis 2010. bila kena cakap mcm tu memang ia merupakan satu harapan. saya sendiri percaya dengan berita tu. dan bersemangat tidak sabar mahu bekerja semula. kan masa berita tu di keluarkan masa cuti sekolah. bila dia cakap tidak ditamatkan kontrak bermakna balik sekolah boleh kerja. tapi amat mendukacitakan apabila saya call JPNS, PPD. apa yang mereka bagitau amat mengejutkan. yang GSTT tidak kena sambung. berlainan betul dengan berita 3 Dis 2010. smpi sekarang ni lah menunggu macam tunggu buah kelapa muda gugur ke tanah. huh!

      • At 2011.01.15 02:10, Anynomous said:

        Hahahhaha….apakah menda itu..tak lain dan tak bukan…”KRONISM”

      • At 2011.01.16 07:09, gstt berharap said:

        saya rasa semua gstt di malaysia ni tahu yang kita ni cuma berkhidmat sementara jer.. bila2 masa boleh kena buang tapi masalahnya kpm dah keluar kenyataan dah berjanji pada 3hb disember 2010 (sebut tarikh mana tau kpm dah lupa) akan menyambung kontrak gstt… sehingga yang dah diberhentikan pun surat pemberhentian akan ditarik balik.. sampai macam tu sekali “gula-gula”yang diberikan kepada gstt. kalau ikutkan kenyataan tu sepatutnya gstt kena turun juga ke sekolah pada hari pertama persekolahan ialah dah ckpkan yang tamat pada 31 dis akan terus berkhidmat pada tahun 2011. tapi kami ni gstt masih lagi terumbang-ambing digantung bagai tak bertali. kalau kata nak sambung napa sampai sekarang ni habuk pun tadak. :roll: kalau betul tak nak sambung napa sanggup berjanji.. harap2 biarlah kerajaan kita ni tunaikan janji jangan sibuk dok kempen orang lain tu munafik tapi diri sendiri???? sendiri mo ingatlah. kami ni semua manusia, perlakukan lah kami seperti seadanya….

        • At 2011.01.16 16:42, lenz said:

          kalau kita ni budak2 xpa juga kena bagitau mcm tu.. , tapi kita ni semua pemegang degre cuma bukan degre pendidikan dan tidak ada kelayakan ikhtisas, seperti yang selalu graduan pendidikan sebut.. yang mereka lebih layak drpd kita golongan GSTT. kalau padi katakan padi tidaklah tertampi tampi. kalau jadi katakan jadi tidaklah ternanti-nanti.

          • At 2011.01.28 16:29, ohcikgu said:

            Memang sementara. Dalam syarat-syarat masa anda dapat dulu pun ada bagitau gstt ni hanya sementara. Samada sambung atau tak, bergantung pada kekurangan guru. Kalau guru cukup, maksudnya, tak ada kekurangan guru. Jadi, kudrat gstt takkan diperlukan. Ironinya begitu. Tapi masalah kekurangan guru, tetap ada sampai bila-bila dan selagi itulah khidmat gstt diperlukan.
            ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kreditMy Profile

          • At 2011.01.16 07:20, gstt said:

            kadang2 bila fikir pelik jugalah kerajaan ni selalu bagi alasan tak da budget untuk golongan “ikan bilis” macam kami ni selalu lah terima alasan tu. tapi bile melibatkan kepentingan ” ikan jerung” ni tak keluar pula alasan tak dak budget. buat even sampai berjuta-juta habis. ok pula. ada pula budget. “ikan bilis” ni dah lah kecik semua nak sesuatu kena fikirkan budget. nak masuk tandas, nak cover duit minyak yang dah naik, harga gula yang naik. Kami bukannya nak pertikaikan apa2 ataupun nak cari sapa salah… kami cuma nak tuntut janji yang telah di berikan kepada kami… bagilah kami kehidupan supaya “ikan-ikan bilis” ni dapat terus mengharungi kehidupan yang semakin matrealistik ni.. :???:

            • At 2011.01.16 08:02, Pegawai Pertahanan GSTT said:

              nasi goreng kampung kalau xde ikan bilis x jd,x sdap,so ikan bilis ni pun memainkan peranan penting jg,jgn pandang sebelah mata,dgr sebelah telinga,jilat separuh lidah,hidu sebelah lubang hidung ko yg besar tembelang,hinggakan tepuk sebelah tangan,bunyi hnya petikan jari shj,periuk nasi kalau xde api xguna jg,jgn bg hrpn dgn kayu api yg basah,brp lama tggu?blm siap masak anak dah kebulur,tarik2 tepi bju ibu.bapa GSTT,kau mkn sedap,order sj @ tapau sj kat kdai mamak,gerai tepi jln jg pilihan GSTT,kau bangga dpt tdo nyenyak siang mlm,tdo smpai berdengkur air liur meleleh,bgun2 sj rasa air basi,kau pkai baju smart,GSTT pakai bju smart jg tp itu dlu masa mengajar,skg pakai tshirt dan sluar treksut sj,mundar mandir xtau mana nak tuju,kau sng,pjbt besar,org kanan ramai,petik sj dah dtg,kau fkr apa?kami fkr teruskan hdup!!

              • At 2011.01.16 11:27, Anynomous said:

                Yezzzzzaaaa…u’re rite…serius….mmg hancur hati sy ni bila sedar seolah2 mcm dipermain2 kan….cheeewaaahhhh mcm bercinta plak….heheheheh…ape pn..kita doa je la supaya mereka2 itu diberi hidayah supaya tahu menepati bila berjanji..kalo tau tak mampu….tak yah susah2 nak berjanji….wak penat kita jer nak nunggu…

                • At 2011.01.18 00:39, gstt said:

                  betul tue.. tak da ikan bilis jerung mana boleh hidup.. sebab ikan2 bilis lah yang bagi kuasa kat ikan jerung nie. janganlah bila dah rasa diri tu berkuasa lupa daratan pula. macam mana kalau lepas ni semua kami ni lari tak mau dah sokong ikan2 jerung ni…. tak ka naya.. masa tue baru sibuk ka nak buat analisis knp jatuh knp tak dipilih oleh rakyat, knp rakyat tak mao mengundi… sebelum terjadi baik fikir2fikirkanlah… jangan menyesal kemudian.. Bak kata pepatah orang melayu “sesal dahulu pendapatan..sesal kemudian sendiri mo ingatlaah”….

                  • At 2011.01.18 16:00, huhu said:

                    :roll: setuju dengan anda..baru baru ini saya pergi sekolah saja2 sampai2 depan office pk hem peluk saya ayat pertama dia, are u come back?we were hoping that u come back but no news :( macam tu sekali humm tu cina tu cium saya..hahaaha..rasa2 xminat nak nak sokong ikan jerung macamtu dok kata lawan die lidah bercabang padahal dia pun sama.. :grin: sekian..(sedih pergi sekolah semua ingat saya dah kembali) padahal ade dgr ppd kawasan kata tak ade pengambilan gstt tahun ini..sekian terima kasih atas penipuan anda!!

                • At 2011.01.28 16:29, ohcikgu said:

                  Bab tak ada budget, itu isu lapuk dari dulu lagi. Kalau leh wat pakej sana sini, leh wat bangunan tinggi-tinggi, takkan tak leh cover bab gstt nih??
                  ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kreditMy Profile

                • At 2011.01.18 19:59, Mr D said:

                  Saya pernah story yang hanya seorang ex-gstt dpt smbung keje, sebenar2nya pihak sekolah dan pegawai kgsk ppd tempat saya bertugas amat komited utk menyambung kontrak kami tetapi ape kan daya, mereka ini terpaksa mngikut arahan ‘org atasan’ sehinggakan berlakunya “org baru” dpt, “org lama” kempunan…. Saya amat berterima kasih kpd pihak sekolah dan pegawai kgsk sebuah ppd d selangor yg masih sudi bertanya khabar kami…. Mereka sebenarnya cuba berusaha menyambung kontrak kami….. terima kasih…. Pun begitu, KRONISME di kalangan mereka yg berpengaruh masih lagi berkuasa…. Ntahlaaaaa, nasib2…. Kepada pemimpin politik, harap tunaikan kata2 anda atau anda berdepan dengan kami 12ribu gstt “disana” nanti…. Ingat!!! slh dengan tuhan boleh mohon keampunan, tapi slh dengan manusia anda perlu keredhaan manusia tersebut… Maafkan saya atas nasihat ini…. Ini cuma pesanan dari insan utk insan… TQ

                  • At 2011.01.28 16:30, ohcikgu said:

                    Yap. Kebanyakkannya begitu. Pihak sekolah tak leh wat pape sangat. PPD pun lebih kurang. Cuma bergantung pada pihak kementerian, nak bagi green light atau tak pada gstt.
                    ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kreditMy Profile

                  • At 2011.01.20 17:33, miss z said:

                    mcmner dgn nasib gstt di ipoh perak..masih takder jawapn..mcm2 info yg sy dpt..ader yg kate guru2 terlebih jd peluang gstt sgt tipis..dinasihtkan gstt cr keje lain..bile tye sek,pihak sek kata tak ckp cikgu..jadi mane satu yg betul nie..alamtnye kena cr keje lainla..sedih.

                  • At 2011.01.22 06:36, anna said:

                    sbb tu la ayah sy xbg undi mereka..ckp xserupa bikin.. :sad:

                  • At 2011.01.22 07:16, aku ex gstt said:

                    kekawan belilah berita harian ari ni @ baca kat internet…..harap2 ada peluang lagi….umur aku pun nak expired ni……

                    Kontrak GSTT disambung semula
                    Oleh Haspaizi Mohd Zain
                    haspaizi@bharian.com.my
                    2011/01/22
                    1,614 guru akan dipanggil kembali berkhidmat bagi tampung kekurangan

                    KUALA LUMPUR: Seramai 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan kembali senyum apabila Kementerian Pelajaran menyambung semula kontrak yang ditamatkan tahun lalu dalam masa terdekat bagi menampung kekurangan tenaga pengajar.
                    Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata bagi 578 guru GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu pula, kementerian turut memutuskan mengkaji semula kedudukan mereka berikutan sebahagian besar daripada mereka hanya berkhidmat selama dua tahun.
                    Katanya, guru GSTT yang disambung kembali kontraknya adalah mereka yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut.

                    Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).

                    “Kita akan panggil kembali (guru GSTT) untuk ditempatkan semula di sekolah yang ada kekurangan guru. Jika sekolah mereka (mengajar) sebelum ini sudah dipenuhi guru terlatih, maka guru GSTT ini akan ditempatkan di sekolah lain.

                    “Daripada 1,614 guru GSTT berkenaan 388 akan ditempatkan di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah. Kedudukan guru GSTT di Sabah pula kita akan kaji, kerana ada juga guru GSTT yang berkhidmat lebih tiga tahun tetapi tidak secara berturut-turut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
                    Sebelum ini, guru GSTT yang ditamatkan kontrak oleh Kementerian Pelajaran merayu supaya kontrak mereka dilanjutkan semula selain berharap dapat diserap sebagai guru tetap.

                    Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan, berkata kementerian perlu mencari mekanisme khusus untuk menyerap lebih ramai guru GSTT sebagai guru tetap.

                    “Kalau boleh kementerian turut memanggil kembali guru GSTT yang sudah bertugas lebih setahun ataupun dua tahun, kerana mereka ini sudah memiliki pengalaman. Jadi kumpulan ini juga perlu dipertimbangkan,” katanya.

                    Hashim berkata, guru GSTT lepasan ijazah perlu diberi ruang untuk diserap sebagai guru tetap terutama bagi menampung keperluan kekurangan guru di sekolah menengah.
                    aku ex gstt recently posted..Promosi Tun Razak pada LTDL 2011My Profile

                  • At 2011.01.22 07:25, aku ex gstt said:

                    bila aku baca berita ni aku call ppd tempat aku…..tapi dia cakap tunggu lps 7 feb lps guru posting masuk…..kalau ada arahan untuk amik gstt baru dia bgtau aku……………..aku mcm kecewa lagi ni…..yer la….menanti sesuatu yg tak pasti…..aku dah buat yg terbaik masa jadi gstt. aku ni dah la takder kabel…………sedih2…..mcm2 benda nak bayar…….kereta pun nak bayar….interview sana sini…….gaji seribu lebih jer…..kalau bujang takpe ahhhh…anak2 aku ni…
                    aku ex gstt recently posted..Promosi Tun Razak pada LTDL 2011My Profile

                    • At 2011.01.28 16:32, ohcikgu said:

                      Yap. Semuanya masa bulan februari nanti. Kalau ada kekurangan guru, memang gstt ni akan dipanggil.

                      Em..cubalah cari kerja sementara dulu. Nak harapkan pada isu gstt ni selesai. Entah bilalah agaknya..
                      ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kreditMy Profile

                    • At 2011.01.22 08:18, aku ex gstt said:

                      yg dpt sambung sbb ada kabel tu pun buat keje cincai……selalu ilang2…..sbb dia tau apa2 dia buat pun tetap dpt sambung…..biarlah Tuhan yang membalasnya…aku manusia biasa…cakap lebih2 org tak pandang….sebab aku sekarang tak keje…….kesian aku ngan kekawan yg senasib…sob2
                      aku ex gstt recently posted..Promosi Tun Razak pada LTDL 2011My Profile

                      • At 2011.01.28 16:33, ohcikgu said:

                        Tak semua. Ada juga yang bagus. Yang tak bagus tu, kita doalah agar dia buat kerja dengan lebih bagus. Insya-Allah, setiap orang ada rezekinya masing-masing.
                        ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kreditMy Profile

                      • At 2011.01.22 13:02, ita said:

                        banganggg kerajaan nih…suma banganggg..xfikir lagsg periuk nasik rakyat.depa xpa lah gaji dh beribu2..mana la depa tau susah payah hidup kita sekrang nih.. :twisted:

                      • At 2011.01.30 11:54, aku ex gstt said:

                        aku dah pegi cari keje lain….tp company2 tu pun baca surat kabo dan tau isu gstt….dia org taknak tanggung risiko…….

                        • At 2011.01.30 17:47, rina said:

                          YaAllah murahkanlah rezeki ku….besar sgt harapan spy disambung blk kontrak GStt nih, biar pun baru sthn pngalaman gstt tp rasenye minat dan cinta trlalu mndlm dlm bidang perguruan nih.. rindu kt anak murid sekolah lama

                          • At 2011.01.31 03:27, ito said:

                            emmm..saya pun skrg jual pisang goreng jeq..ptptn tetap bayar..kang depa tak dak duit depa mengilai mcm langsuiq…kata kita kacang lupa kulit..awat,depa makan kacang sekali dengan kulit ka?ada yg kata awat tak cari keja lain…mcmlah pegawai atas2 tu pakcik aku..kalau pakcik, kompom aku dapat dah keja..ramai gak gstt kat sini na…so buka2 lah fikiran anda..kadang2 org mcm cik ita tu lah yg boleh membuka laluan..yg penting bersatu..

                            • At 2011.03.04 17:31, mama yokies said:

                              Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Teras kelima: Memartabatkan Profesion Perguruan. m/s 110 PIPP:
                              – Mensifarkan GSTT

                              • At 2011.03.05 02:39, B.ED TESL Graduate said:

                                erm ni nsb gstt yg xdak ijazah perguruan…saya n kwn2 yg ada b.ed TESL pn penah jd gstt…pasaipa x trus posting??? sbb xdak link dgn KPM…praktikal di sek gov…abeh blajaq semua kena usaha sdiri cari keja…yg bnasib baik apply dgn KPM, dpt posting…tp yg x bnasib baik cam saya n kwn2 ni jadi GSTT ja…bkn x penah apply KPM,MARA…semua tu tggl impian ja…ntah la…nk kata cgpa teruk…ok ja…2nd class upper…erm nk apply jd lec kt kolej/uni pn bkn sng skrg…semua nk yg ada master…harap dgn berita yg baru kita dpt ttg 13k GSTT diserap semula tu mberi sinar baru…dpt la gak nak byq duit umah,keta n study loan…sepatutnya GSTT yg ada b.ed mcm kami yg diserap dl…sbb kami mmg di latih utk jd guru cuma xdak rezeki jd guru tetap ja lg

                                • At 2011.03.08 04:08, ex gstt johor said:

                                  em..harap-harap 12-13 ribu gstt kali ni dapat tempat. Separuh pun dah cukup bersyukur..

                                  • At 2011.03.08 08:11, gst2 penang said:

                                    Saya dari pakej rangsangan + setahun mengajar (2010)…ada yang senasib?

                                    • At 2011.03.22 07:57, juehana said:

                                      takdenya ita&cikgu. saya GSTT 2 tahun kat melaka ni. mana dpt smbung GSTT. mmg dia buka hujung thn lps. tp amiknya 107 orang je. lain2 lagi 400 orang ni masih nganggur. apenak buat? dgr kata kementerian dah amik senarai nama GSTT dari jabatan negeri. sama2la kita bdoa agar kita dlm senarai nama yg terpilih utk pengambilan GSTT 2011 akan dtg ni. cuma bsediala ke Sabah Sarawak. saya sanggup. moga nama saya, kwn2 dan semua ex-GSTT mendapat semula jwtn GSTT kita dan bakal diserap mjadi guru tetap. amin…

                                      • At 2011.03.28 04:01, Fuez said:

                                        juehana,
                                        dr mana awk dengar yang kementerian amik nama GSTT dr jbtn negeri?
                                        saya alhamdulillah dapat disambung kontrak GSTT.masuk tahun ni tahun ketiga.start masuk awl bulan 3 aritu kat melaka.siap ada kursus GSTT & keluar sijil.

                                        harap bukan propaganda tentang ‘serap’

                                        • At 2011.03.31 08:12, juehana said:

                                          saya tepon JPM sdiri. dia ckp cmtu. kwn saya tepon tanya pun dia ada ckp cmtu. takde plak dia kata ada pengambilan bln 3. sedihnya. saya ni hmpir setiap minggu call JPM tanya pkembangan. tiap kali tepon mesti saya pkenalkan nama saya. tp tak pun dpanggil interview. pelik gak bila saya tanya dia kata tkde dh pengambilan GSTT buat smentara. nape diorg ni tak adil pd saya. awak beruntung fuez. diorg yg call awk ke awak call diorg. ramai tak masuk bln 3 hrtu? saya ni tak tahu nk ckp ngan sape kat unit sek men tu. slalu kerani dia la yg jwb. waaaa….sedihnya… dahla lama nganggur kt rumah ni. tkde sapepun nk panggil interview…sabojela…

                                      • At 2011.03.28 04:08, Fuez said:

                                        any newa yang baru tak?jadi x pasal penyerapan?
                                        sy nasib bek n bersyukur sangat dapat disambung balik kontrak tp riso sbb GSTT ni anytime jer boleh kena pangkah..adoi…
                                        tawakkal aje laa

                                        • At 2011.03.31 08:23, juehana said:

                                          fuez. jgn dharap sgt psl penyerapan. dpt keje pun dh alhamdulillah… saya sentiasa bdoa agar saya ditawarkan GSTT semula… amin…

                                          • At 2011.04.06 09:40, juehana said:

                                            salam fuez,
                                            saya nak tanya skit. awak kena ngajar ape ek? kat SMK mana? kursus bln 3 hrtu ramai tak yg dpanggil masuk blk GSTT? naktahu jgk. ingat nak tepon KPM mintak pjelasan. tp kena confirm betul2. nnti dkata lagi yg diamik tu cikgu BI dan mandarin mcm saya kena dulu. jd sblm tepon baik dpt info tepat supaya saya tak dpermainkan lg bila tepon jbtn. huhu…
                                            Tima kasih….

                                          • At 2011.04.21 01:30, akazuma said:

                                            apa info terbaru tentang gstt nih??

                                            • At 2011.04.21 03:23, abdullah said:

                                              kepada semua guru sandaran tidak terlatih di Malaysia,,,jika ingin terus menjadi guru…sila emailkan nama dan nombor telefon tuan/puan/cik ke alamat email ini…(dirahsiakan)…kita akan membuat perjumpaan untuk membincangkan isu tersebut…insyallah ada pihak yang ingin membantu…..

                                              abdullahibrahim88@yahoo.com

                                              ****sementara isu sedang hangat…

                                              • At 2011.04.26 12:01, wani said:

                                                perjumpaan GSTT Malaysia akan diadakan pada 8Mei nanti.
                                                Agenda:
                                                Menulis memorandom kpd KPM menuntut janji kpd GSTT ditunaikan, dan mengadakan mesyuarat khas penubuhan secara rasmi utk didaftarkan dengan ROS
                                                Sila layari blog rasmi persatuan di http://www.persatuangsttmalaysia.blogspot.com utk maklumat lanjut

                                                Harap jasa baik admin oh cikgu untuk promot blog kami juga

                                                Terima kasih

                                                • 123 old comments are not displayed. Click to display all comments
                                                (Required)
                                                (Required, will not be published)

                                                CommentLuv badge