Hari ini cuma aku nak beritahu korang satu borang yang agak panas terutamanya bagi mereka-mereka atau cikgu GSTT yang berminat untuk jadi GSTT Pendidikan Khas. Dari apa yang aku dengar, potensi untuk GSTT pendidikan Khas untuk mendapat panggilan KDC sangat tinggi. Dan tidak banyak GSTT yang dipanggil untuk KDC. Tapi salah satu jawatan yang boleh beri kita peluang untuk jadi guru tetap adalah jawatan GSTT Pendidikan Khas. Aku kurang pasti akan kebenarannya, tapi ada seorang kawan aku yang berjaya dapat KDC melalui saluran ini. Jadi, jika ada yang berminat, boleh download borang ni dan isi borang tersebut.

Dalam borang tersebut, korang kena isi apa yang patut, sijil-sijil penting harus disediakan, tak lupa juga tandatangan sekolah terkini dan cop sekolah tersebut. Dan isilah apa-apa yang patut. Janji borang tu lengkap dan hantar borang itu paling lewat 14 Januari 2011.
Ok. Download kat sini >> Borang GSTT Pendidikan Khas
Ok, untuk alamat. Korang kena tulis yang ini..
Unit Pendidikan Khas
Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas
Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan
Persiaran Duta, Off Jalan Duta
50604 Kuala Lumpur
Itu sahaja yang korang kena isi. Kalau dapat, aku ucapkan tahniah. Kalau tak dapat, cuba lagi untuk jawatan-jawatan yang lain. Nak jadi GSTT Pendidikan Khas ni susah sikit. Sebab kita kena handle budak-budak atau pelajar yang istimewa sikit. Ada yang payah nak kawal, ada yang suka menangis, ada yang jenis macam down sindrom dan sebagainya. Jadi, layanan kita terhadap mereka pun pasti berbeza. Jadi, nak jadi GSTT pendidikan khas ni ada peluang untuk diserap ke jawatan tetap. Jawatan tetap tu pun adalah guru pendidikan khas. Jadi, kalau tak berminat, sila abaikan borang nih.











owh .. ok.. kepada sesiapa yang berminat boleh apply tuh…. insan intimewa walaupun banyak karenah.. tapi ada manisnya tuh…
zik recently posted..Cup cake bergerak!
zik. Yah, memang banyak karenah. Manisnya tetap ada.
salam..sy nk ty knapa borang gstt pddkn khas yg sy ambil kt jpn selangor lain ngan borang kt sini?kt sini borang gstt/guru ganti…borang sy “borang gstt pendidikan khas” n hntr ke jpn selangor..
Em. Yang ni mungkin untuk kuala lumpur. Jadi, mungkin berbeza dengan yang selangor punya.
salam…nape borang x leh download..ada yg len x?
kenapa borang gstt tidak blh download
tarikh dah nk tutup.
ade sapa2 blh tlg sy
Saya pun tak tahu kenapa link asal tak boleh nak download. Jadi, saya dah buat link baru untuk anda semua download. Boleh download sekarang melalui link yang baru tu. Nasib baik saya pernah download. Kalau tak, memang tak dapat nak tolong.
t 2010.12.19 05:06, im said:
salam…nape borang x leh download..ada yg len x?
Cuba im pegi kat website Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutan KL..pastu pegi kat bahagian Pendidikan Khas..kat situ,klik kat borang..pastu download..tak pn…google search jer..jpwpkl….ada jer kuar…
Dah sedia link baru. Boleh download macam biasa.
saya pun xble nk download.. dh pegi kt lmn web jpwpkl tp still xboleh.. pe lg yg boleh di buat utk download borang tu ek?
Ok. Cuba download lagi sekali ros. Saya dah buat link download yang baru.
Tak pun pegi jer jabatan sendiri kat jpwp…kat jalan duta..sebelah stadium hoki Tun Abdul Razak…sambil2 tu…bawa gambar pasport 1, salinan surat beranak,salinan ic, sijil spm, sijil akademik tertinggi (stpm, diploma or ijazah) serta pengiktirafan dr JPA bagi ijazah/diploma yg dikeluarkan IPTS ataupn universiti dr luar negara…salinan yg telah disahkan…pastu..hantar je by hand kat situ terus….
Yap. Itu pun boleh juga.
sy bru stahun gstt..Alhamdulillah…
alhamdulillah. Merasa juga jadi seorang cikgu kan?
ada pengalaman yang menarik untuk dikongsi?
salam . untuk bukan siswazah boleh apply jugak tak ?
bukan siswazah? Em..biasanya yang apply gstt nih mereka yang dah ada ijazah.
Untuk area KL sahaja rasanya. Area lain tak tahu. Kalau berminat, apply aje. Kalau dapat, sewa ajelah mana-mana rumah yang dekat dengan tempat kerja nanti.
nak tnya gstt pendidikan khas ni utk area kl sj ke ataupun seluruh malaysia…sabah ada buka tak gstt pndidikan khas..
Untuk KL aje kalau tak silap. Tapi kalau nak apply, boleh aje. Kalau dipanggil, pergi je kerja. Masalah tempat tinggal, pepandailah nanti cari rumah sewa yang dekat dengan sekolah.
Kat sabah tak pasti. Tak tahu plak saya. Tak ada spy kat sana. Hehehe..
Assalamualaikum..
Saya adalah gstt pendidikan khas selama2 tahun berturut2…tahun ni tak pasti masih ada peluang lagi atau tak utk jd gstt.Saya just nak maklumkan yang bukan senang jg nak dpt kdc pend.khas ni.Saya dah dua tahun pengalaman mengajar tapi bila kdc saya masih xberjaya.Cara nak masuk pun susah siap ada mtest n interview lisan.Bila tanya pihak yg berknaan semuanya cakap mtest kantoi.Kenapa pengalaman saya tidak diambil kira bersama?Tapi apapun saya redha dengan apa yg terjadi.Bgi mereka2 yg dapat dgn cara yg mudah saya harap mereka dpt menjdi guru yg benar2 berddikasi dan penyayang.Dan di sini saya harap janganlah terlalu memandang dgn mudah bla jd gstt pend.khas mudah dapat serap.Apapun rezeki Allah tentukan.Bagi yg berminat jd gstt pend.khas anda perlu bersabar dalam berdepan dgn anak2 yg begiu special ini.Tapi yg pastinya bila anda berada dalam dunia pend.khas dgn hati yg ikhlas anda akan berasa selesa dan gembira bersama mereka.Percayalah…
Ye ker? Kawan saya GSTT pendidikan khas juga. Tapi dah dipanggil untuk kdc. Tak sampai setahun lagi tu..kiranya memang rezeki dialah. Tak tahu plak masih ada mtest dan interview. Tapi kalau itu yang anda kena lakukan, nak tak kank, anda kena buta kan? Sekurangnya, gstt pendidikan ada peluang lebih baik berbanding gstt lain untuk dapat KDC..
Yap. Anak-anak yang special ni berbeza. Layanannya juga turut berbeza.
jgn d sbbkn xde keje sume nk bpusu2 nk jd gstt pnd khas…sy guru pend khas….ramai yang nk jd guru sbb xde keje bla layan murid2 pnd khas mcm layan murid normal…tampar maki…apa nie…pk2 knlh sblm mmohon…sy sndiri tgk dpn mata sya sendiri lepasan KPLI DPLI walhal KDC sendiri spt tidk layak mjd guru tdk mlyn ank2 istimewa ini dgn spttny…jgn sbb xde keje cbuk nk apply GSST pend khs dn mmburukkn nama guru2 pend khas yang btul2 minat mgajar ank2 istimewa ini…jd tolonglh….pk baik sblm mmohon…wslm
Saya guru opsyen pemulihan khas, saya ingin memohon menjadi guru di sekolah pendidikan khas, apa prosedur yang perlu saya buat dan merujuk kepada laman web apa?
Salam..saya baru terbaca iklan ni..nak tau untuk tahun depan ada buka lagi tak? saya pernah jadi gstt pendidikan khas pada 2009. tapi kontrak tidak disambung atas alasan tak banyak guru gstt diperlukan untuk tahun 2010.saya dan kawan2(ada yang telah 3 tahun jadi gstt pendidikan khas) tidak dapat disambung kontrak. Kemudian seorang rakan saya ditawarkan jadi gstt pendidikan khas.baru 2 bulan mengajar dia ditawarkan pula KDC.bila ditanya rupanya atas bantuan bapa saudaranya (pegawai di jabatan pelajaran) dia berjaya ditawarkan walau belum setahun berkhidmat.agak mengecewakan tetapi itulah yang sering berlaku…
Untuk pengetahuan, sepanjang setahun saya menjadi gstt pendidikan khas ada beberapa orang guru tetap lulusan ijazah pendidikan khas memukul dan memaki hamun pelajar istimewa ini. Saya percaya sikap buruk ini bukan disebabkan samada guru tersebut gstt/lepasan kpli/dpli/kdc tetapi sikap semulajadi yang ada dalam diri guru tersebut..jadi janganlah kita menunding jari menyalahkan mana2 pihak berdasarkan latar belakang pelajaran/lepasan mana mereka sebelum ini.wasalam
nak tanya…gstt pendidikan khas 2012 bile open eak…pastu kpli 2012 ade lgtak
opss silap plak..gstt pendidikan khas 2013 bile open eak n kpli 2013 ade lg tak