Download Borang GSTT Selangor 2011

Book cheap tour packages

Ok, ini borang bagi sesiapa yang berminat untuk jadi Guru Sandaran Tak Terlatih untuk tahun 2011. Aku tak pasti sempat lagi ke tidak. Tapi isi sahajalah sebab pengambilan GSTT biasanya sampai bulan 3. Kalau masih ada sekolah yang kekurangan guru, GSTT akan dipanggil untuk memenuhkan jawatan tu. Jadi, tak rugi mencuba. Mana tahu, perkhidmatan GSTT akan terus dibuka pada tahun 2011 dan 2012 walaupun ada ura-ura mengatakan bahawa perkhidmatan GSTT ini akan ditamatkan secara berperingkat.


Dimaklumkan, borang ini hanya untuk GSTT yang ingin berkhidmat di sekolah-sekolah dalam daerah Selangor. Jadi, jika ada yang berminat boleh dapatkan borang ini. Borang ni aku dapat dari laman web PPD Klang. Jadi,, mungkin borang ini sesuai untuk mereka yang duduk berdekatan dengan Klang dan boleh submit terus borang ni ke PPD Klang. Tapi kalau dah tutup, aku mintak maaf sebab lewat bagi link download untuk borang GSTT nih.

Borang tu boleh download terus kat sini: Borang GSTT Selangor

Untuk GSTT lanjutan, mungkin korang akan terima panggilan telefon dari PPD dalam masa terdekat. Biasanya mereka akan panggil GSTT dalam bulan Januari. Ini sumber yang aku dapat. Biasanya setiap tahun pun begini. Tapi bergantung juga dengan PPD kawasan korang berkhidmat. Macam mana caranya, tungggu dan lihat. Untuk pendaftaran GSTT yang baru, interview aku tak pasti bila. Jadi, silalah alert dan buat pengesahan dengan PPD daerah masing-masing.

Untuk cikgu-cikgu tetap, waktu untuk bercuti dah nak habis, sila fikir semula tentang sekolah anda. Mesyuarat dah nak dekat nih. Jangan asyik fikir nak bercuti aje. Hehe..

Ps: Aii..ada pelajar sms. Mintak hadiah sebab dapat 8A dalam PMR. Minta Proton Tuah satu. Aduhhaii..


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in GSTT and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge