76 artikel, 708 komen dan 183 spam komen.

Book cheap tour packages

Hari ini, bila login blog ni, ini salah satu yang terpapar kat dashboard blog Ohcikgu ni. Blog ini beroperasi secara tak rasminya pada 26 Februari walaupun domainnya dah lama dibeli lebih awal. Jadi, sepanjang menulis dalam blog ini, sudah 76 artikel ditulis, 708 komen yang telah diterima dan diluluskan, 38 kategori, 1753 tags dan 183 spam komen yang telah diterima sepanjang 10 bulan lebih ni.

Jadi, kira oklah tu kan? Tak boleh nak dibandingkan dengan blog-blog famous yang lain. Lagipun, blog ini berdiri diatas platform yang berbeza. Jadi, pasti peminatnya dan pengunjungnya datang atas tiket yang berbeza. Lagipun, kebanyakkan artikel lebih kepada unsur dan elemen pendidikan. Jadi, memang tidak banyak seperti yang diharap-harapkan. Cuma buat yang terbaik, dan harapkan keputusan yang baik.


Kewujudan blog ini pada asalnya hanyalah untuk suka-suka sahaja. Tapi, bila ada sambutan, ramai yang datang dan memberi komen pada setiap artikel yang ditulis, hati ini gembira. Ternyata, ianya disambut baik oleh ramai pelawat. Terima kasih kerana datang ke teratak blog yang tidaklah berapa cantik tapi tetap menawan dimata-mata anda dengan informasi dan cerita yang dibawa oleh blog ini. Insya-Allah, lebih banyak info dan cerita yang menarik untuk dikongsi bersama pada masa yang akan datang.

Fakta: 90% yang hadir ke blog ini adalah cikgu-cikgu tak kiralah cikgu tetap, cikgu muda, cikgu perempuan yang comel, gstt, guru ganti, pengetua, bakal cikgu, isteri cikgu-cikgu, para pelajar sekolah, penjawat kerajaan, golongan yang cari kerja dan juga para blogger di Malaysia. 10% adalah dari negara luar.

Ps: Terpanggil buat post begini bila habis baca blog Hujanbatu.com. Salah satu blog yang akan sentiasa dibaca selalu.


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in ohcikgu and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge