16 Isu panas tentang GSTT yang perlu anda tahu.

Book cheap tour packages

Ya, saya terpanggil untuk ulas sedikit isu tentang GSTT(Guru Sandaran Tak Terlatih) dalam artikel-artikel yang berkaitan GSTT yang pernah saya keluarkan dalam blog ini. Saya juga ada kawan GSTT dan ada juga sedara saya yang turut juga jadi GSTT dan kami pernah berkongsi dan berbincang tentang banyak perkara tentang benda ni. Di bawah ini sedikit shortlist yang kami bincangkan.

1. Tentang 3 Disember 2010. Pada tarikh itu, telah keluar satu isu yang mana sebahagian dari 12 ribu GSTT tidak akan diberhentikan. Saya rasa ada dikalangan anda masih ingat saat itu bukan? Saat membaca surat khabar yang anda beli atau anda pinjam dan mampu memberikan nafas lega dan gembira dengan berita tersebut.

2. Antara 12 ribu GSTT itu, ada yang dapat bonus RM500 dan ada juga yang tidak dapat. Bila diselidik, yang ditamatkan pada bulan Oktober, ada yang dapat, ada yang tak dapat. Bawah dari bulan Oktober, memang tak dapat rasanya. Yang kekal sehingga hari akhir persekolahan, akan dapat bonus itu. Pendek cerita, ada yang dapat atau tak dapat.

3. Persoalannya, jika 12 ribu orang itu tidak diberhentikan dan yang telah diberhentikan pula akan ditarik balik, bilakah ianya berkuatkuasa? Dari pelbagai sumber, ada yang masih belum dapat surat berhenti. Jadi, apakah status mereka? Berhenti atau telah diberhentikan?

4. Jika mereka diberhentikan, mengapa surat itu tidak sampai ke tangan para gstt tersebut?

5. Wajarkah perkhidmatan GSTT diteruskan atau diberhentikan selama-lamanya?

6. Dari satu sumber, ada sesetengah sekolah mempunyai 15-16 guru sandaran disesebuah sekolah. Bukankah ini bukti sekolah tersebut kekurangan guru? Tidak semua sekolah, tetapi berlaku dibeberapa tempat.

7. Dari satu sumber yang lain juga, banyak cikgu muda yang dulunya tak dapat tempat, akan diserap secara besar-besaran tetapi masih berperingkat pada awal bulan Januari ini dan juga sepanjang tahun 2011. Tetapi, masalah kekurangan guru tetap wujud. Jadi, salah satu cara penyelesaian yang dilakukan, pihak sekolah akan cari GSTT dan biasanya diuruskan oleh pihak PPD daerah masing-masing.


8. GSTT yang kekal disekolah masing-masing pada tahun 2010 dan tidak diberhentikan akan dipanggil oleh pihak PPD untuk kekal disekolah lama. Berbeza dengan cara tahun-tahun yang lepas. Biasanya akan dipanggil dan ditentukan penempatan baru. Tak semestinya disekolah lama.

9. Fahami satu fakta ini. GSTT wujud disebabkan oleh faktor kekurangan guru disesebuah sekolah. Ini berlaku dikebanyakan sekolah diseluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Jika masalah kekurangan guru sentiasa ada setiap tahun, GSTT akan kekal wujud sampai bila-bila.

10. Adakah kewujudan GSTT ini membantu pentadbiran sekolah dan proses pengajaran? Majoriti akan mengatakan mereka sangat membantu. Hanya segelintir dari mereka sahaja yang mungkin tidak mencapai standard dan kriteria yang ditetapkan.

11. Ada GSTT yang malas dan tidak mengikut peraturan. Adakah semua guru tetap mengikut peraturan dan tidak malas?

12. Wajarkah GSTT yang mengandung diberhentikan kerja?

13. Ada GSTT yang bekerja sampai bulan November kerana surat berhenti masih tak dapat pada bulan Oktober. Tetapi gaji bulan November dikehendaki dipulangkan semula. Adakah ianya wajar?

14. Adakah berita 3 Disember itu auta ataupun telah mengecewakan sebilangan besar GSTT? 99% akan mengatakan Ya! ADakah mereka kecewa pada hari ini dengan status yang masih samar-samar? Ya. Wajarkah mereka tahu keadaan sebenar? Ya!

15. GSTT biasanya diberikan tugas yang berat dan membebankan. Ada juga yang menjadi guru kelas, guru pengiring dan setiausaha atau AJK dalam sesebuah kelab atau persatuan disekolah. Malah, biasanya diberikan kelas-kelas yang bermasalah atau kelas-kelas yang tidak mahu diajar atau dipegang oleh guru tetap. Adakah ianya fakta atau auta?

16. Bilakah GSTT akan dipanggil untuk tahun 2011? Minggu ini? Bulan depan? Atau sudah dipanggil di sesetengah daerah masing-masing?

Dan sebagainya. Kalau hendak diulas, ada macam-macam jawapan dan alasan yang akan diberikan. Ini antara isu-isu panas tentang GSTT sekitar tahun 2010 dan awal 2011. Tidak dapat saya senaraikan semua apa yang saya dan beberapa kawan saya bincangkan. Saya suka kawan dengan GSTT ini, sebab ada sebahagian dari mereka memang benar-benar bagus unuk dibuat kawan. Jadi, saya mohon jika anda baca artikel ini, luahkan perasaan anda, kongsikan pengalaman anda dan jika boleh, jawab beberapa isu tentang GSTT untuk kita bincangkan bersama.

Ps: Isu-isu ini kena ada kerjasama antara guru-guru gstt, pihak sekolah, jabatan pendidikan, KPM dan juga PPD daerah masing-masing. Jika tidak, isu ini akan terus berlarutan sampai bila-bila. Jangan berikan harapan, jika kita tidak boleh laksanakan.


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in Fakta, GSTT and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

89 Comments

  • At 2011.01.19 07:11, ahmad syawal said:

    salam semua, sy pn gstt ampang, pening dah isu psl ni, klu call PPD, siap kene marah lagi..tp latest, sy call pjbt pelajaran keramat, ade info kata, skrg PPD tgh kumpul data guru, insyaAllah, ujung bulan ni atau awal februari ade panggilan..kita juz tggu dan lihat..doa la byk2, kdg2, kita yg semangat lebih nk mngajar, tp ade ssetengah guru tetap, buat smbil lewa je..siap ckp,” aku gaji conform masok, tak yah pening2″..pape pn, perjuangan kita sama, mengajar..mendidik..kene ikhlaskn diri…kuatkn semangat GSTT…sama2 bdoa

    • At 2011.01.24 11:02, ohcikgu said:

      Ohh, gstt ampang. Ramai gstt yang datang blog ni. terima kasih kerana datang dan menyumbang pendapat.

      Yap, dengar cerita bulan februari ni ada pangilan untuk gstt bagi sekolah yang masih kekurangan guru. Bab guru tetap tu..memang perangainya macam tu. Tapi tak semualah..ada yang masih ok.
      ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

    • At 2011.01.19 17:11, lenz said:

      ” aku gaji conform masok, tak yah pening2″ ayat yang cantik, pandai cikgu tu susun ayat kan. dah nama dia cikgu. memang lah durang akan fikir begitu sebab sudah tetap, bukan kontrak, tidak payah fikir pasal kena buang atau kena tamatkan. tapi kalau guru macam tu beter resignlah.., bagi peluang orang yang betul mahu berkhidmat. sebab tidak guna juga niat dan hati bukan utk mengajar tuh. cuma mo dpt gaji. begitulah kalau org kerja tetap tidak akan menghargai. semoga jika saya berpeluang kerja tetap saya tidak mahu berfikiran sedemikian.

      • At 2011.01.24 11:04, ohcikgu said:

        Sabar. Tak semua perangai guru tetap macam tu. Ada beberapa aje yang fikirannya macam tu. Memang dah nama pun tetap, memang diorang tak fikirkan sangat benda tu. Dan kita kena faham, kerja cikgu ni, memang berjuta yang nak. Sape tak nak kerja tetap. Elaun dapat, cuti dapat, itu dapat, senang nak buat loan dan macam-macam lagi kemudahan. Pencen lagi. Haa..sebab tu sape dapat, umpama dapat emas untuk belanja 30-60 tahun lamanya..
        ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

      • At 2011.01.20 06:26, lina said:

        kita sama2 berdoa dan minta dibukakan pintu rezeki kita…gstt yg dah dapat sambung pun sentiasa berada dalam ketakutan..takut jika diberhentikan tiba2..bayangkanlah mengadapi situasi begitu setiap hari..mau tak sakit jiwa dibuatnya..bagi mereka yg tetap,jangan terlalu kejam mengkritik kami,Tuhan tak suka..Jangan terlalu megah dan takbur dgn kedudukan kamu..Kalau Tuhan nak ambil semula,tak mustahil..Bila2 masa kita boleh kehilangan apa yg kita miliki ..Dia Maha Berkuasa.. :|

        • At 2011.01.24 11:06, ohcikgu said:

          Insya-Allah. Kalau ada rezeki untuk para gstt semua, takkan ke mana. Usahalah dan teruskan usaha anda. Jika tak dapat jadi gstt, cubalah apply kerja lain. Mana tahu, ada rezeki yang lebih baik dari jadi gstt.
          ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

        • At 2011.01.24 02:29, bunga said:

          salam, sy pn cm gstt yg lain dimana sdg menunggu cl dr ppd(2008-2010)…until now pn lum de rezki lg..y not phk berkuasa khaskn saje kpli & dpli tuk gstt yg sedia ade ni…..means no new application…stop take new intake for gstt n masukkan gstt yg lame ni ke kpli & dpli by turn..so x la betambh bil gstt & tak memeningkan kpm n ppd..sprt yg diketahui de gak bakal guru yg nk diposting x de tmpt la, so cadangan sy:
          1-mansuh trus kpli & dpli tuk save budget gov TP digantikan ngn KDC dimana gstt ini ditempatkan…
          2-stop new intake for gstt for example dis yr no application for 1st time apply gstt..but truskn khdmt gstt yg sedia ada even bkn di sek yg sm lg…
          ni sekadar jln tuk isu gstt tidak berpanjangan…coz rmi yg menjd gstt telah sebati and deeply minat as cekgu…same goes to me…
          b4 dat, sy tau rmi gk forumer kt cini first time apply gstt…so kta ramai2 berdoa n wish kpm & ppd de solution tuk kita yg interested become as “pendidik”…wassalam…

        • At 2011.01.24 06:52, ohcikgu said:

          Kalau cite bab budget ni, panjang isunya..jadi, payah nak cakap. KPM pun mungkin tak dapat jawab isu ini dengan jelas nanti.
          ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

          • At 2011.01.24 06:53, ohcikgu said:

            Nak wat camana..ada pihak yang lebih berkuasa..
            ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

            • At 2011.01.24 10:14, ohcikgu said:

              Akuhe, salah ke jadi cikgu? Loser sangat ke jadi cikgu?

              Banyak gak orang melayu yang habis U, bukak bisnes. Tak semestinya bangsa lain aje. Bab kerja ni, susah nak cerita. Kalau dapat kerja, itu dah cukup bagus. Ada orang, memilih kerja, ada orang dah ada kerja, tapi malas buat kerja. Jadi, bersyukur dengan apa yang ada.
              ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

              • At 2011.01.24 10:16, ohcikgu said:

                Nurul Ain. Ohh, mengandung. Itu memang automatik akan diberhentikan. Tak boleh kata apa. Yap, tahun ni kena tunggu warrant. Kalau tak ada, memang tak leh sambung lagi. Jadi, sabar ajela..
                ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

                • At 2011.01.24 10:17, ohcikgu said:

                  fida. Bab KDC ni, memang susah sikit nak jawab. Banyak isunya. Kalau dapat, kira rezeki la tu. Saya tahu mengajar kelas pendidikan khas dengan pelajar khas ni berbeza. Itu salah satu cabaran bagi guru-guru pendidikan khas. Apapun, tahniah. bukan senang tu.

                  Cuba lagi kalau ada KDC atau KPLI. Mana tahu, ada rezeki pada tahun 2011 ni. ;-)
                  ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

                  • At 2011.01.24 10:18, ohcikgu said:

                    Man. Kerja buruh? Itu lebih baik daripada tak buat apa-apa. Sekurangnya ada rezeki disitu. Lebih bagus daripada duduk dirumah tak buat apa-apa. Gstt bukan pemalas. Hanya segelintir sahaja.

                    Ya. Harap KPM tidak cakap kosong. Mereka perlu buktikan apa yang mereka katakan.
                    ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

                    • At 2011.02.01 07:34, man said:

                      sy kt sarawak. tak bnyk pilihan keja swasta. sy org sains sosial. susah sikit. keja ladang sawit banyaklah. itu semua rezeki masing2. Redha dengan ujian Allah. mungkin ada dosa yg di hapuskan sebelum amalan di kira di padang mahsyar..amin…

                    • At 2011.01.24 10:21, ohcikgu said:

                      nazuha. Abaikan aje pendapat si AKUHE tu. Dia ada pendapat dia sendiri dan kita ada pendapat kita sendiri. Mungkin pendapat dia ada tujuannya walaupun agak kasar bunyinya pada kita semua.

                      Apapun, harap nanti nazuha akan berjaya dapat panggilan untuk gstt. Siapa tahu kan? Bab tugasan tu, memang itulah yang gstt akan hadapi. Tapi tak semua guru lepas tangan ke gstt, hanya segelintir sahaja.
                      ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

                      • At 2011.01.24 10:21, ohcikgu said:

                        Ramai gstt selangor kat sini. :mrgreen:
                        ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

                        • At 2011.01.24 10:23, ohcikgu said:

                          yayash. SAbar. Sabar. Teruskan usaha anda untuk cari kerja. Sekarang ni, memang susahh cari kerja. Banyak plak syarikat yang buang pekerja termasuklah yang kontrak-kontrak nih. Semata-mata nak jimat kos dan macam-macam alasan lagi.

                          Bab-bab kdc tu, susah nak cakap. Dah perangainya begitu, kita kena sabarkan ajerla..
                          ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

                          • At 2011.01.24 10:59, ohcikgu said:

                            nazuha. Tak semua. Memang wujud, biasalah tu. Memang tak dinafikan. Mungkin bagi diorang, itu cara diorang nak mengajar guru-guru baru dan gstt. Biasalah tu bab buli-buli nih.. tapi sekurang-kurangnya, kita kena tolak juga bila perlu. Tengok keadaan juga. Bagi gstt, anda cuma boleh terima direct order dari pengetua sahaja. Melainkan pengetua tu dah bagi keizinan untuk cikgu-cikgu lain gunakan awak. Jadi, kena faham tu. Gstt got orders directly from pengetua dan guru besar. Kalau ada apa-apa tak faham, tanya terus pengetua.
                            ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

                            • At 2011.01.24 10:59, ohcikgu said:

                              Bulan februari ni rasanya akan dipanggil. Tunggu ajelah. Dalam 2-3 hari ini, isu gstt memang laku kat surat khabar. :mrgreen:
                              ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

                              • At 2011.01.24 17:19, lenz said:

                                Biar terbuka mata sikit, bila msuk surat khbar..

                              • At 2011.01.24 11:00, ohcikgu said:

                                Bulan februari rasanya. Bulan 3 terlalu lambat. Kalau lambat sangat, tengoklah apa akan jadi nanti. Pasti ada yang hantar aduan ke berita harian lagi nanti..
                                ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

                                • At 2011.01.24 15:31, lina said:

                                  setuju dengan bunga..atau letakkan syarat pengalaman 3 tahun ke atas sahaja boleh apply kpli or dpli..saya dah nak masuk 5 thun…tunggu gak kdc..tp senyap jer..sabarrr

                                • At 2011.01.25 00:47, bunga said:

                                  salam…oh lina dh 5 thn…aritu dpt x g interview kdc tuh???pe citer if yg dh ajr 5yrs pn x tau status cmnerkn. we as gstt know our service will be terminate at any time(contract) but is there a little consideration for us which already being as gstt about 3-5 yrs. besides, dh de fmly n umur makin meningkt.umur limit nk jd cikgu ni kn 35thn.so tkut x smpt nk apply kpli & dpli dh..bla mtk pn x dpt. sy x la berhrp sgt pd gstt, sy de usaha cr keje lain tp x laku la resume..so what to do??if kpm de solution plz help us…tq..wassalam…

                                  • At 2011.01.28 16:19, ohcikgu said:

                                    Baik 5 tahun ke 3 tahun, 2 tahun ke..nak dapat kdc, bukan kita yang tentukan.Bergantung pada pihak kementerian dan nak jadi guru dah tak semudah macam dulu. Zaman atuk abah kita dulu, mudah aje nak jadi guru. Tidak seperti hari ini..permintaan banyak, tapi tempatnya sikit…
                                    ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kreditMy Profile

                                  • At 2011.01.26 07:18, hawa85 said:

                                    hye..sementara tgu pgln gstt ni.mari la keje sbg guru ganti dlu.sekurang2nya kita keje sambil menunggu atau cri keje lain.kn?sy gstt bru 2 thn.rasanya lg tipis peluang utk dpanggil smula.tp smgat dan harapan tetap ada.hdup gstt.

                                    • At 2011.01.28 16:20, ohcikgu said:

                                      hawa85, guru ganti? Ya, itu salah satu option. Jika ada yang offer, sambar aje. Mana tahu, ada peluang nanti. sabar dan tunggu. Mana tahu, ada rezeki nanti. Sementara tu, cuba apply kerja lain. Mungkin ada rezeki yang lebih baik ditempat lain.
                                      ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kreditMy Profile

                                    • At 2011.01.27 04:29, mizn9 said:

                                      rata2 mslh yg dihadapi oleh gstt, pun lebih kurang sama dgn sy. bezanya, sy bukanlah GSTT tp guru kontrak pakej rnsgn ekonomi yg bermula thn 2009. kontrak berakhir 31 dis 2010 n smpai skrg masih x tau status kontrak. call SPI katanya kontrak tmt tp xde surat, call BPI di putrajaya katanya mgkn akn smbung..rasa mcm habis manis sepah dibuang. napa x amik je guru kontrak sbgai gstt utk SABK sbb kami dh berkhidmat di SABK sblm ni. tu kn boleh jimatkn kos, xperlu buat intvw n habiskn kos, masa. kdg2 org yg berada di bidang pendidikn sepatutnya lebih pintar mengendalikn isu ni. sungguh menghampakan. inikah yg dikatakan, ” rakyat didahulukan, pencapaian diutamakn”..?????

                                      • At 2011.01.28 16:21, ohcikgu said:

                                        miznd9, guru kontrak? Yap, bab pakej ransangan tu, susah gak nak jawab. Mungkin berbeza dengan gstt. Jadi, apapun, semuanya dari pihak kementerian. Bab susah, macam-macam offer, bila dah senang, macam inilah yang akan terjadi..
                                        ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kreditMy Profile

                                      • At 2011.01.29 03:23, nUr said:

                                        moga Allah mempermudahkan jalan bagi GSTT,,,,bg yg benar2 mempunyai minat dalam bidang pendidikan….sy doakan kita semua dpt myambung kontrak dan dpt berbakti utk negara kita…..AMIN

                                        • At 2011.01.29 06:49, izah said:

                                          salam sejahtera semua,
                                          nasib saya pun sama seperti miznd9, saya adalah guru kontrak di sebuah sekolah pendidikan khas di bawah pakej ransangan ekonomi. sehingga kini kami masih lagi tidak mengetahui tentang status kami.. adakah akan disambung ataupun sebaliknya…
                                          sewaktu PM membentangkan belanjawan, sedikit kelegaan apabila mengetahui kontrak akan disambung… walaupun begitu janji tinggal janji..
                                          tugas kami adalah seperti juga guru GSTT, dengan seikhlas hati menerima segala tugasan yang diberikan tanpa sebarang sungutan. harapan saya semoga kita semua diberikan peluang untuk berbakti kepada negara sebagaimana yang diperkatakan oleh moderator.

                                          • At 2011.01.30 12:55, nur said:

                                            salam..erm..bagaimana plak nasib gstt yg baru sethn..adakah hilang gitu saja..yg pelik semua rakan2 yg mngajar di sekolah sama tdk dpt panggilan interview dr jabatan..how come..

                                            • At 2011.01.31 03:16, ito said:

                                              1 hari nanti makcik n pakcik goreng pisang pun ada ijazah…makcik n pakcik tu mungkin kita nilah….graduan dah melambak2…

                                              • At 2011.02.06 17:36, wani said:

                                                3 thn b’trt-trt aku jd gstt, since 2008. dah mcm2 kerja aku buat sjk gred 2001, dr jd executive, kerani n bk business s’diri tp kerja guru gak yg plg sesuai ngan jiwa aku. s’pjg jd gstt mcm2 tugas aku dah buat: ketua panitia, guru kelas, penyelaras tingkatan, ketua penasihat p’satuan, bendahari progaram dan banyak lagi termasuk mengajar kelas peperiksaan dan kelas tambahan d sek. last year kena guide students siapkan kerja kursus dlm ms 2 bln utk paper 3 p.akaun. bg mudahkan students, aku buatkan sistem komputer utk mereka. dlm ms 2 bln tu jgk aku msk sek pg n punch out 4.30 ke atas, kdg2 6.40 br blk. tp aku gembira dgn kerja ni. aku harap thn lps bkn thn terakhir utk aku bergelar pendidik. aku berserah pada Allah semata-mata

                                                • At 2011.03.08 13:57, Bekas GSTT tertindas said:

                                                  sy slh seorg gstt yg br diberhentikn pd 7hb 3 2011.. sy bkhidmat di sklh yg sm hampir 3 thn.. di sklh tmpt sy mgajar terdpt 8 org gstt, iaitu 5 perempua dan 3 lelaki.. untuk pgetahuan kalian smua, 3 lelaki tsbt dikekalkn manakala kami yg perempuan diberhentikn dgn alasan kekurangan guru lelaki.. alasan ptadbir sggh x msk akal bila difikirkn!!
                                                  adakah ptadbir tdk pnh pertimbangkn pglmn sy sbg gstt? dn lbh bminat mgekalkn gstt lelaki yg hanya bpenglman krng dr 2 thn dgn alasan kekrngan guru lelaki? w/bgmanapun, kami berlima msh blh menarik nafas lega apabila TPM mgumumkn pnarikan balik notis bhenti gstt sgghpun pd mulanya kami mrasa amat ttindas dgn tindakn ptadbir sklh tsbt.. kini, kami dan jg gstt sluruh negara mnunggu dgn sbr janji2 TPM utk dilaksanakan.. dn bkn hanya gimik politik smata2.. amin..

                                                  • At 2011.03.12 15:22, jue said:

                                                    Sy adalah seorang guru di sebuah negeri di melaka. Tkasih kpd semua gstt yg banyak membantu meringankan beban-beban guru. Walau bagaimanapun, pd saya adalah diharapkan pihak yg berkaitan yg ingin menyerap gstt ini mengambil kira sejarah gstt itu sendiri. Ini adalah untuk memastikan hanya gstt yg layak terutama dr segi sahsiah yg diambil. Dr pengalaman sy mmg ada segelintir gstt yg menjadi guru hanya utk mendapt gaji ttp x minat utk menjadi guru. Ini menybbkan mereka selalu ponteng dan tdk menjalankan tanggungjawab mereka. Ini mendatangkan masalah kpd muri d dan guru lain. Sekian.

                                                    • At 2011.03.20 17:24, siti said:

                                                      berita minggu lepas pun sama kononnya minggu ni akan d bg keputusan utk gstt but until now habuk pun tarakkk… janji melayu ka? POLITIK mmg hebat,,, bnyk tipu

                                                      • At 2011.03.20 17:29, siti said:

                                                        sukati org la nk kja ape pun.. yg ngko sibuk nape? org nk kja halal..klu mencuri tu blh gak ko komen.. sibuk jer….rezeki masing2 k..

                                                        • At 2011.03.20 17:38, siti said:

                                                          huhuhuhuhu mana jnji utk amik balik gstt ni? nmpk sgt tipu.. konon nk bg keputusan minggu cuti sklh.. smpi ke hari ni pun xda.. dh habis minggu dh pun… nmpk sgt POLITIK PENIPU…

                                                          • At 2011.03.21 06:46, Faizal said:

                                                            Macam tu la nampak nyo.. Klua tv 3hb march, 4hb march klua kat suratkhabar pulak. tp hanyo segelintir sajo yg dipanggil. Cakap jo 13000 smbg balik sb nak tarik perhatian penggundi muda maso pilihanrayo kerdau ngan merlimau..wayang semato – mato. TPM lak tu yg gebang. bln dopan saksikan lah pulak sandiwara politik tajaan TPM utk pilihan rayo sarawak. Bersediolah gulo2 politik puak2 umno n bn. Kalau x sedar2 jugak x tau la…

                                                          • At 2011.03.23 07:41, Rose said:

                                                            sesapa dari gstt selangor…bagi nama kat saya dan no phone and kita akan cuba perjuangkan nasib kita gstt

                                                            • At 2011.03.30 06:22, azlan said:

                                                              0177496753

                                                            • At 2011.03.26 14:34, iemoy said:

                                                              apa status gstt ni???terutama hulu langat??sabah dah dipanggil mengajar start 1 april ni…..

                                                              • At 2011.04.25 05:17, qa said:

                                                                btul la..sy pun ngaja kat hulu langat…bile call kpm n hulu langat,jwpn nye tunggu pekeliling keluar….skag ni takde keje g..apply dah mcm2….tak tau la mcm ne…

                                                              • At 2011.04.21 01:46, abdullah said:

                                                                asalamuikum..apa kata kita buat perjumpaan GSTT seluruh malaysia dan kita panggil media buat liputan….dengan cara ini ianya lebih berkesan…kita bukan nak mengutuk kerajaan tetapi hanya ingin meluahkan apa yang terbuku di hati.

                                                                • At 2011.04.24 14:56, bunga said:

                                                                  totally agree…tp kena de kerjasama dr sume xgstt…
                                                                  anyway, sy ni sdr diri la tuk diserapkan mmg agk complicated coz so many competitor…apply kpli n dpli x pnh dpt..even exam dpli recently ni x dpt..dh melayg rm20…tp sy musabah dr n menyedapkn ati ni tu lum de rezki lg…since end of last yr usaha cr keje tp until now stil x de rzki lg..tp sy keep trying cr keje…pe yg x sdp didgr de yg ckp xgstt ni behrp sgt nk jd ckgu n x cr peluang lain..sy x slhkn org yg ckp cmtu..tp agk sad la…kmi cr rzki tuk family..sy ni dh de sorg ank n my husbnd still study lg..komitmen lain pn de…now sy wt business kecik2 je n at d same time wat home tusyen..jnji dpt tmpung keprluan ank…hope pas ni isu gstt ni close supaya xgstt ni x berhrp pd yg x psti…. n doa same2 kita xgstt ni diberi rzki lbh baik..insyaallah..amin

                                                                  • At 2011.04.25 05:18, qa said:

                                                                    btul…sy pun stuju..sy arap boleh bgi tau ngan detail..bile pjumpaan gstt tu..

                                                                    • At 2011.06.19 08:55, ladysnake said:

                                                                      saya memang minat n sebati sngt dgn mjdi se0rang guru…hurmmm…saya ble apply krja mna2 n i usually get the j0b..but the real thing is..im very keen as a teacher..huhuhu…i was a t0urguide 0nce then i st0p when i been called back as a gstt 0n 2006.ngatkn dah tetap..tw2 sama jga akhirnya..padahal..my b0s at t0urism said..he had a big l0st when i had st0p wrking with his c0mpany..hurmm..i guest i had the verstyle in my pers0nality that can suit myself anywhere i be…i want my life back as a gstt!!!!! wawwawawaw~huhuhuhu

                                                                      • At 2011.12.08 02:57, nik_shanie said:

                                                                        salam,ade siapa2 tahu tentang status gstt next year(2012) :twisted:

                                                                        • 39 old comments are not displayed. Click to display all comments
                                                                        (Required)
                                                                        (Required, will not be published)

                                                                        CommentLuv badge