Ok, ini satu lagi berita baru khasnya untuk mereka yang berasal, menetap dan duduk di Melaka. Permohonan jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Melaka bagi tahun 2011 adalah dibuka mulai 1 – 31 Januari 2011. Pemohon yang mempunyai syarat-syarat di bawah sahaja dipelawa memohon :
- Warganegara Malaysia;
- Lahir selepas atau pada tahun 1977;
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (sudah mempunyai skrol) dari Universiti yang diiktiraf;
- Kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM atau yang setaraf dengannya
Bagi lantikan guru-guru Agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan Bahasa Arab sekurang-kurangnya peringkat SPM, matapelajaran Agama Islam Tinggi ataupun IV Senawi - Borang permohonan boleh didapati di Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Melaka atau boleh dimuat turun di sini.
Ini mungkin untuk ambilan kedua GSTT didaerah-daerah Negeri Melaka untuk tahun 2011. Jadi, siapa yang berasal dari Melaka, boleh ambil kesempatan untuk cuba memohon jawatan ini.

Borang yang sudah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Melaka, Jalan Istana 75450 Bukit Beruang, Melaka selewat-lewatnya pada 31 Januari 2011. Kekosongan adalah terhad dan sebarang permohonan lewat dari tarikh yang dinyatakan tidak akan dilayan.
Boleh download borang disini >> Borang permohonan GSTT Melaka 2011
Ps: Lepas ni negeri mana bukak iklan GSTT tahun 2011 ni..











Salam.
Alhamdulillah, info yang berguna. Kebetulan pula seorang rakan sedang mencari2 peluang pekerjaan di Melaka.
Hmm..boleh saya tahu laman utama untuk ini??

Hadi Rofiee recently posted..Telefon bimbit berdering ketika belajar
Laman utama dia tak leh access. Dah cuba dah. Cuma leh download aje borang tu.
ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara Online
Dulu teringin nak apply tapi x berkelulusan..he3
deCrewz recently posted..Hati-Hati – JPJ Dimana-Mana Ceruk Jalan
Ohh..tak layak ker? Kalau ada ijazah, boleh apply gstt kat mana-mana negeri.
ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara Online
Jai ada diploma je bro..

deCrewz recently posted..Kering Idea Nak Buat Entry
info yg berguna
harap2 ramai yg akan memohon nanti
tehr recently posted..Biskut Mayat Dalam Banjir
Yap. Memang ramai yang telah download borang nih. Dekat 300 kali dah pelawat yang datang download borang ni.
ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara Online
agak2 pahang bkk lg x eh twran gstt utk 2011 ni…..xpun area pantai timur…huhuhu
Bukak rasanya. Tapi mungkin dalam bulan februari ni nanti. Mereka tunggu posting bulan satu ni habis. Tunggu cikgu-cikgu yang baru posting tu sampai. Kalau ada kosong, barulah gstt ni akan dipanggil.
ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara Online
gstt melaka dah tamat sesi temuduga nyer……..so xperlu la berharap kerana ada gstt yg 3 tahun pon xdapat sambung kerana kekosongan yg terhad………..
btul ke hambamuALLAH…awak apply jgk ke..dh dpt intrview ye?