1,614 GSTT akan dipanggil kembali berkhidmat bagi tampung kekurangan

Book cheap tour packages

Ok. Hari ini ada berita gembira untuk para GSTT. Berita harian keluar lagi makluman tentang GSTT. Jadi, mungkin ada antara korang semua yang bakal dipanggil untuk jawatan GSTT tak lama lagi. Mungkin benda ni muncul setelah banyak surat dari pembaca tentang isu panas GSTT ini.


KUALA LUMPUR: Seramai 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan kembali senyum apabila Kementerian Pelajaran menyambung semula kontrak yang ditamatkan tahun lalu dalam masa terdekat bagi menampung kekurangan tenaga pengajar.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata bagi 578 guru GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu pula, kementerian turut memutuskan mengkaji semula kedudukan mereka berikutan sebahagian besar daripada mereka hanya berkhidmat selama dua tahun.
Katanya, guru GSTT yang disambung kembali kontraknya adalah mereka yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut.
Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).
“Kita akan panggil kembali (guru GSTT) untuk ditempatkan semula di sekolah yang ada kekurangan guru. Jika sekolah mereka (mengajar) sebelum ini sudah dipenuhi guru terlatih, maka guru GSTT ini akan ditempatkan di sekolah lain.
“Daripada 1,614 guru GSTT berkenaan 388 akan ditempatkan di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah. Kedudukan guru GSTT di Sabah pula kita akan kaji, kerana ada juga guru GSTT yang berkhidmat lebih tiga tahun tetapi tidak secara berturut-turut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, guru GSTT yang ditamatkan kontrak oleh Kementerian Pelajaran merayu supaya kontrak mereka dilanjutkan semula selain berharap dapat diserap sebagai guru tetap.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan, berkata kementerian perlu mencari mekanisme khusus untuk menyerap lebih ramai guru GSTT sebagai guru tetap.
“Kalau boleh kementerian turut memanggil kembali guru GSTT yang sudah bertugas lebih setahun ataupun dua tahun, kerana mereka ini sudah memiliki pengalaman. Jadi kumpulan ini juga perlu dipertimbangkan,” katanya.
Hashim berkata, guru GSTT lepasan ijazah perlu diberi ruang untuk diserap sebagai guru tetap terutama bagi menampung keperluan kekurangan guru di sekolah menengah.

Jadi, apa pendapat korang dengan berita ini? Adakah ianya satu berita gembira ataupun satu lagi penyedap bicara dari pihak mereka untuk mententeramkan hati-hati para GSTT yang agak panas bersuara sejak bulan disember lalu.


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in GSTT and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

46 Comments

  • At 2011.01.22 22:37, naimulfirdaus said:

    harapnya inilah keputusan terbaik untuk waktu ini..
    naimulfirdaus recently posted..belajar menulis blog dengan mereka iniMy Profile

  • At 2011.01.23 02:16, Anynomous said:

    Boleh percaya ke????Hehhehehe…

    • At 2011.01.24 06:01, ohcikgu said:

      Tak tahu. Kita leh baca dan dengar aje. Tapi keputusannya kita tetap kena tunggu adakah ianya terlaksana atau tidak.
      ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

      • At 2011.02.08 16:24, kin said:

        emmm byk kertan yg kuar… tp bla sya cuba call jpn d minta call kpm n d suruh call ppd lak.. huhu byk tol past2 nya… teracam cam kat padang bola lak… cakap ada tp plaksanaan kat mana agi x tahu ur… cuma jji kosong pemanis bicara jer….

      • At 2011.01.23 04:01, akazuma said:

        tunggu dan lihat. benar atau tidak..auta atau fakta..

      • At 2011.01.23 06:20, Don said:

        Musim pilihanraya…nak tagih undi orang2 muda ler tuh….aku dah dengor lame dah..tapi xbuat2 gak…nak cari mekanisma baru!!!ke nak cari kayu api..nak cari kayu api…hehehe

      • At 2011.01.23 06:34, rosmah said:

        hancur Barisan Nasional

      • At 2011.01.23 11:17, syaiza said:

        emm..boleh percaya ke kali nih.. :|

        hrrmmm…

      • At 2011.01.23 17:00, ita said:

        propa je kot..just wait n see..jgn terlalu menaruh harapan…last2 kita jgk yg kiciwa.. :cry:

      • At 2011.01.23 21:01, johan said:

        tunggu dan lihat.

        tak mahu kecewa lagi. :x

      • At 2011.01.24 06:37, yati said:

        salam…

        semoga apa yg diperkatakan memberi satu harapan untuk para gstt…

        • At 2011.01.24 06:39, ohcikgu said:

          Ya. Mudah-mudahan begitulah yati. Ramai yang berharap sangat nih. :mrgreen:
          ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara OnlineMy Profile

          • At 2011.01.24 13:55, miss z said:

            berdasarkan kenyataan Dr Mohd Puad Zarkashi “Katanya, guru GSTT yang disambung kembali kontraknya adalah mereka yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut”..bermakna gstt yg berkhidmt kurang drpd 3 tahun kemungkinan tidak akn dismbg kontrak..coz sgt sedikit yg kpm ambil gstt utk tahun nie..mcm sy 2 tahun gstt,alamatnye takder rezeki..kena cr keje lain.

            • At 2011.01.28 18:15, ohcikgu said:

              Tak semestinya, kita tunggu dan lihat. kalau hari tu kata 12 ribu..pastu jadi 1 ribu..jadi, masih belum pasti. Tunggu dan lihat ajer nanti bulan februari.
              ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kreditMy Profile

            • At 2011.01.24 18:13, shina san said:

              sm la ngan sy….2 tahun gstt….yg akn disambung kembali kontraknya adalah mrk yg berkhidmat selama 3 thn berturut2…sabar je la…mungkin Allah nk bg yg lbh baik dr tu…insylh,sm2 kt berdoa… ;-)

              • At 2011.01.28 18:17, ohcikgu said:

                SAbar-sabar. Kita tunggu aje nanti bulan februari. Kalau ada berita baik, saya akan kongsikan bersama dengan semua.
                ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kreditMy Profile

                • At 2011.02.07 12:25, lenz said:

                  sekarang bulan febuari masuk minggu kedua…, xda dgr angin sepoi2 pun….

              • At 2011.01.25 07:06, yati said:

                ala yeke nie…nmpaknya susahla…saya pun 2 tahun..masuk tahun ni baru 3 thn…tupun kalu ada rezeki…adusss..

              • At 2011.01.26 05:47, gstt kecewa said:

                2 la.. x taw la. pe nk jdi ngn gstt ni. budak fresh dpt gstt? pelik tpi benar. mane2 gstt yg da bkhidmat lebih 3 taun dipinggirkn. mane jnji2 manis org2 besar? nk bukti? banyak. manusia bpegang pada janji

                • At 2011.01.28 18:18, ohcikgu said:

                  Yap. Ada gak kawan tahun lepas, yang lama-lama tak dapat, tapi dia dapat. Mungkin sebab dia laki, dia dapat. Mungkin ada sekolah nak cikgu laki. Sebab tu dia dapat kot..dan kerja dia memang bagus berbanding yang lain.

                  Jadi, kita tunggu dan lihat. Harap ada berita baik. ;-)
                  ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kreditMy Profile

                • At 2011.01.27 07:36, gstt kecewa said:

                  aku dah 2thn lebih jd gstt,penah jadi gpk koko lagi,x de pon panggilnya…semak la balik gstt di sambung kebanyakannye baru 1 tahun…semak balik la lantikan,telus ker?

                • At 2011.01.27 07:40, gstt kecewa said:

                  gstt yang sambung lantikan camner?kate 3 tahun ke atas tp yang baru pun ade…saper yang harus dipersalahkan?????????gstt la,kite semut jek.x de hak nak bersuara..

                • At 2011.01.27 09:08, Anynomous said:

                  Kdg2 walaupun budak fresh…kita kena pertimbangkan pihak skolah yg pilih gak…yg tu takleh nak pertikaikan lagi…kalo 3 taun sekali pon…tp duk asyik curik tulang pn…tak guna jugak…tp tak sumer la…ape pn..pihak kpm kena kaji menda ni hingga ke akar umbi la…kita sama2 gstt ni teruskan berdoa supaya pihak kpm akan ada berbuat sesuatu untuk menangani masalah ini….insyaAllah….

                • At 2011.01.29 03:04, nUr said:

                  sy berharap gstt yang berpengalaman 2 thn juga diberi peluang untuk sambung kontrak tahun ini…terutama nya bagi subjek2 kritikal (yg kurang guru)…….

                  • At 2011.02.07 12:27, lenz said:

                    hrap gstt setahun pun akan di beri peluang…

                  • At 2011.02.01 15:26, yati said:

                    assalamualaikum…
                    Saya nak tanya kalu ada sape2 kat sni dah ada yg dpgl utk intvw gstt 2011?Saya ada dgr brita yg intvw akan dpgl pas raya cina nti selepas selesai pergerakan guru…xtaula sahih ke x brita ni coz source ni pun dari gstt jg….

                    • At 2011.02.07 10:25, Illaz said:

                      Nak cakap salah…tak cakap salah…jadi semua serba salah!!! ;-)

                      • At 2011.02.15 03:56, Bling..Bling... said:

                        - Mana janji manis 12,000 gstt 2010 tidak akan diberhentikan…
                        - 1,000 lebih saja disambung…mana hilang lagi 11,000
                        - kebanyakan 11,000 gstt telah berkahwin dan mempunyai anak…
                        - mana mereka mahu mencari punca pendapatan….
                        -KPLI pun susah nak dapat…dah dpat interview pun masih xdapat….
                        walaupun mempunyai pengalaman mengajar….pengambilan KPLI
                        kononnya kelebihan kepada pengalaman dan jantina lelaki….yang
                        dpat fresh bru kuar Universiti…
                        - Beri lah peluang kepada yang berumur dan mempunyai
                        pengalaman….

                        • At 2011.02.21 03:34, Cikgu Kasih said:

                          Saya sudah menjadi GSTT selama 3 tahun. Sudah hampir sebulan berita 1614 GSTT akan dipanggil berkhidmat semula dikeluarkan. Masih tiada panggilan lagi. Saya masih menunggu dan terus menunggu….

                          • At 2011.02.24 09:29, alina said:

                            saya jgak merupakan bekas gstt yang telah berkhidmat setahun lebih dan terpaksa resign pertengahan thn lps kerana bersalin……..dan tahun nih msih ingin mencuba nasib dalam bidang yang minati….walaupun harapan untuk dipanggil masih kelam………namun saya pasrah..menunggu…menunggu dan terus menunggu……..semoga semua warga gstt yang belum dapat disambung kontrak jgn patah semangat……teruskan berjuang……

                            • At 2011.03.01 08:42, Pasrah said:

                              Sori..nak tanya…cikgu2 dah selesai posting ker untuk tahun ini???

                              • At 2011.03.03 08:55, sham said:

                                sebenarnya saudara dan saudari sekalian.. permasalaham gstt tahun ini sangat berkaitan dengan “peruntukan” kerajaan..sebab tu susah nak dapat. kalau ikutkan kekosongan guru.. banyak lagi sekolah x cukupnyer..

                                • At 2011.03.03 14:11, ween said:

                                  Salam semua
                                  Saya pernah jadi guru ssandaran tdk terlatih pada tahun 2008, selama setahun dan tdk disambung kontrak selepas itu..terkilan jugak…pada masa saya tidak ada lanjutan begini,sekarang baru ada…terlepas peluang saya…..

                                  • At 2011.03.03 14:11, ween said:

                                    rasanya ada lagi ke peluang utk saya..pls inform

                                    • At 2011.06.19 08:30, ladysnake said:

                                      ;-) kita kna tggu sma2 apa keputusannya..dn 22 n0vember ni adalah tarikh keramat bgi yg sdng menggu kputusan pggilan blik yg dserap masuk maktab.dlm b0rang yg saya juga ada isi baru2 ni,dmna 16hb mei tarikh tutp pghntrn..jdi saya agak lah kn, mgkin 22 n0vember ni baru lah kta tahu spa2 yg dpt. sbb, saya dpt hints yg umur mestilah x kurang dri 35thun smasa 22 n0vember 2011 dftar krusus.. :grin: …s0000~ :razz: d0nt be t00 eager t0 kn0w when are we being set as a real teacher..but? if i d0nt get it…my be its n0t my fate t0 b a teacher..i hd been a gstt t00 fr0m 2001 t0 2004..after that a guru ganti..2006 again i was a gstt teacher.i teach english..i had been t0 4 sch00l when i was still in teaching..until n0w my student are very pity that..y i am n0t teaching anym0re..as i say..they like the way i teach bcuz?~ i teach them the way they want t0 learn..heheheh…s0 cheer up k~ keikhlasan adalah penting dlm mendidik.. :mrgreen:

                                      (Required)
                                      (Required, will not be published)

                                      CommentLuv badge