Aku rasa, dari hari sabtu, ahad dan hari ini, tiap-tiap hari ada isu GSTT yang keluar kat surat khabar. Nampak gaya, isu GSTT ni menjadi semakin panas dari hari ke hari. Selak surat khabar, berita tentang guru, pelajar dan GSTT menjadi bahan cerita yang dulunya suam menjadi panas. Baca artikel ini yang aku ambil dari Berita Harian hari ini. Apa pendapat korang?
SETIAP kali penggal persekolahan bermula, isu yuran dan ketidakcukupan guru, termasuk membabitkan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan mendominasi perbualan di kalangan ibu bapa dan guru. Bagaimanapun, kali ini isu yuran ditangani Kementerian Pelajaran dengan baik, termasuk menge-luarkan ‘nasihat’ kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya mematuhi pekeliling ditetapkan kerajaan, menyebabkan hampir dikatakan tiada langsung rungutan ibu bapa mengenai soal ini ketika mendaftar anak masing-masing di sekolah rendah atau menengah.
Bagaimanapun, kelemahan Kementerian Pelajaran menangani soal GSTT, termasuk membiarkan guru terbabit tidak tahu status masing-masing sama ada khidmat mereka diperlukan atau tidak di sekolah sebelumnya menyebabkan isu ini menjadi ‘besar’. Seharusnya, Jabatan Pelajaran negeri bertindak proaktif mengatasi soal ini, bukannya memberikan keutamaan menyelesaikan isu seminggu dua lagi sesi persekolahan mahu bermula.
Ketika 12,000 GSTT di seluruh negara tidak tahu status mereka, pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi bahawa seramai 1,614 GSTT akan disambung semula kontrak mereka pada 2011 adalah satu perkhabaran yang amat dinanti-nantikan.
Beliau berkata, kerajaan hanya menyambung kontrak GSTT yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut, selain dalam proses untuk menyerap GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).
Penjelasan beliau itu sekali gus menjelaskan bukan semua GSTT akan diambil berkhidmat semula, termasuk 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu disebabkan sebahagian besar daripada mereka hanya berkhidmat selama dua tahun.
Fungsi GSTT yang mahu menampung kekurangan guru di sesebuah sekolah tidak akan berjaya jika soal penempatan mereka tidak diuruskan dengan baik oleh Jabatan Pelajaran negeri. Malah, isu GSTT akan menjadi ‘duri dalam daging’ selagi soal penempatan ini tidak diselesaikan dengan jujur, baik pada peringkat pentadbir sekolah yang memohon khidmat GSTT dengan memberi alasan kekurangan guru, manakala pada peringkat jabatan pula, penempatan dibuat bukan mengambil kira soal keperluan yang mendesak di sesebuah sekolah, sebaliknya atas dasar ‘kenalan’.
Sama ada mahu mengakui atau tidak, kewujudan GSTT menimbulkan sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan, apatah lagi perguruan sudah dianggap satu kerjaya profesional. Seharusnya tidak wujud lagi ‘sandaran tidak terlatih’ dan jawatan sebegini tidak ada pada kerjaya lain bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan. Faktor kekurangan guru bukan lagi alasan sesuai ketika ini, apatah lagi keperluan terhadap sistem pendidikan yang amat tinggi serta kritikal dan sewajarnya usaha penambahbaikan dilakukan terhadap profesion ini. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 sudah berakhir dan sewajarnya pelan induk baru yang dirangka akan mengambil kira keperluan ‘sifar GSTT’.
Hakikatnya, soal pendidikan melingkari kehidupan seharian masyarakat di Malaysia. Isu berbangkit juga hampir sama – baik di sekolah kebangsaan atau sekolah menengah dan di sekolah jenis kebangsaan sama ada Tamil atau Cina.
Sedikit masa lalu, timbul ura-ura kemungkinan kerajaan menubuhkan satu badan atau jawatankuasa khas untuk menyelesaikan masalah dan isu berkaitan perkhidmatan perguruan yang kini melebihi 400,000 orang. Perkara ini dibangkitkan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman kepada pegawai tertinggi kesatuan itu selepas merasmikan konvensyen CUEPACS, akhir tahun lalu.
Walaupun tiada perkhabaran lanjut mengenainya, cadangan penubuhan satu badan atau jawatankuasa khas ini adalah rentetan daripada usaha kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru yang terpaksa melakukan kerja berlebihan, termasuk pentadbiran dan perkeranian hingga mengganggu tanggungjawab mendidik pada April 2010.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkannya, berkata cadangan itu berdasarkan aduan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), selain tugas mengajar, ada guru terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, bilik darjah, hal ehwal murid, pentadbiran dan perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.
Semua masalah ini ditimbulkan ketika khidmat 12,000 GSTT masih digunakan. Dengan pengurangan GSTT tahun ini, masalah ‘kerja berlebihan’ akan terus menjadi isu di sekolah, selain soal sekatan pelbagai tuntutan, termasuk perbatuan menghadiri mesyuarat dan kursus serta catuan perbelanjaan makanan dan minuman ketika berkursus.
Walau apapun kerenah pentadbiran yang timbul, kesetiaan guru terhadap kerajaan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Tindakan seorang bekas guru untuk menjadi calon PAS, Normala Sudirman, 38, menentang calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Labis pada 30 Januari ini, adalah kes terpencil.
Ini diakui sendiri Muhyiddin di Pagoh, baru-baru ini bahawa kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru, tetapi mahu mereka terus komited membantu melaksanakan dasar kerajaan ke arah pembangunan pendidikan negara. Malah, beliau mengakui peranan dan komitmen guru penting bagi membantu kerajaan mencapai empat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan sektor pendidikan.
Tidak dinafikan, ada guru bersimpati kepada perjuangan pembangkang, namun jumlah mereka tidak sebesar mana. Memang sedap mendengarnya tetapi tidak mungkin golongan guru terpedaya dengan janji imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 seorang setiap bulan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagi aku, aku cuma sarankan KPM buat sesuatu tentang isu GSTT ni. Selalu bagi maklum balas dan respon terhadap isu ini. Kedua, aku harap status GSTT yang diberhentikan pada tahun 2010, ditunjukkan atau dikhabarkan statusnya. Masih berhentikah atau tidak? Tidak ada surat berhenti seperti tahun-tahun lepas. Kawan aku kata, tahun 2009, semua GSTT yang diberhentikan, telah terima surat berhenti. Tapi pada tahun 2010, surat berhenti masih tak dapat-dapat. Bagitahu status mereka dan biarkan 12 ribu GSTT tersebut terima berita itu. Masih diserap atau tidak. Tidaklah mereka tertunggu-tunggu dari hari ke hari. Memang jawatan ini tidak tetap dan bersifat sementara, tetapi, biarlah diuruskan dengan baik dan teratur. Ini tidak, kejap kata lain, kejap kata lain. Dulu kata hampir sebahagian 12 ribu akan diserap semula, semalam, hanya 1 ribu lebih sahaja yang akan dipanggil semula. Tolak sana, tolak sini. Sapa-sapa pun tak suka kan?
Jadi, apa komen anda? Para GSTT?











cmne ni ek?masih terbelakah nasib gstt2 ni?masih menunggu keputusan….
sabarlah yati. Tunggu bulan februari ni. Mungkin peluang tu masih ada.
ohcikgu recently posted..Semak Penyata Gaji dan dapatkan laporan secara Online
Sy sejujurnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ohcikgu kerana sudi berkongsi rasa mengenai isu gstt ini…thanks a lot..sy sebagai seorang gstt….still lagi medapat rezeki untuk menyambung kontrak tetapi tak tau la sampai bila…entahla…serius…dah rasa tawar hati…tp tak baik putus asa kan…sekarang ni pun…dah mula apply keje lain…n ada la jugak menghadiri interview…dah mula rasa penat dgn menunggu buah yg tak tau bila nak jatuh…gstt ni ibarat digantung dgn kewajipan n harapan…tp…tahlar..ape pn…untuk rakan2 gstt…kita jgn lah putus asa…selagi ada peluang lain…kita grab jer…
sama-sama. kalau ada rezeki, grab ajer.
bab gstt nih, tak tahulah. bila nak setel agaknya..
ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kredit
Saya pula mahu bertanya betulkah GSTT ni ibarat duri dalam daging? adakah GSTT ni mengganggu periuk nasi orang lain? GSTT ni menghalang penempatan guru – guru tetap kah? Sebab kesian GSTT nie lebih banyak di kecam.
entahla. mungkin ya, mungkin tidak. bergantung pada situasi dan keadaan.
ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kredit
salam,
sy pn x hrp sgt pd gstt ni dh..since nov leps dh sy start apply keje lain..until now lum de rzki g..now tgu lak gstt…hye mampu berdoa if de rezeki ade la kot..but hope gstt ni x digelar duri dalam daging lg la…mostly gstt ni ikhlas wat keje yg diamanahkn…ktorg akan time je pe yg kpm putuskn tp gd news from them…tq..wassalam..
bunga. tak apa. tunggu bulan februari nih. Kalau ada berita baik, pasti ramai yang akan datang berkongsi disini nanti.
kita tunggu ajer nanti ye.

ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kredit
saye harap nasib kami gstt yg berkhidmat bwh 2 tahun dapat dibela.. sy x pasti samada kami masih dapat tempat sbg gstt @ x. diharap kpm dapat memberi jawapan secepat yg mungkin.
itu belum pasti. Tengoklah macam mana nanti.
Semoga kpm akan buat keputusan yang menggembirakan semua pihak.
ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kredit
duri dalam daging? hemm..hari-hari dengar cerita pasal gstt kat surat khabar..laku betul isu gstt ni rupanya..

rina recently posted..Why not we talk about Backlink
lakuuu..
biasalah. surat khabar..

ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kredit
salam..
g tinggi
ho guru..sllunya org akan amik job ni klu dah tak der keje lain huu.. apapun keje sbg guru merupakan satu tugasan yang berat harus d sanjun
tak semestinya. Ada banyak sebab dan faktor.
Ya, tugas guru bukannya mudah. Antara salah atu pekerjaan yang paling susah dan stress didunia ni.
ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kredit
Assalamualaikum dan salam sejahtera…terima kasih kepada oh cikgu di atas kesudian menyampaikan maklumat terkini mengenai permasalahan cikgu GSTT. Saya merupakan salah seorang GSTT yang berkhidmat baru 2 tahun dan saya begitu hampa kerana tidak dapat menyambung perkhidmatan pada tahun ini. Sedih dan haru-biru..
Saya telah memohon KPLI sebanyak 13 kali…tentu tak percaya kan…hampir sedozen buku teknik menjawab saya beli…10 kali mtest tempat berbeza…tapi tetap tidak mendatangkan hasil…tahun nie merupakan tahun terakhir saya untuk memohon KPLI kerana sudah mencapai umur maksima.. mungkin rezeki saya kat tempat lain…Namun begitu, sedikit tekilan dengan sistem pengambilan GSTT…tidak teratur, berserabut dan tidak cekap (maaf cakap tapi itu realiti….banyak kes malas nak cerita) di peringkat PPD. Harapan saya saya sebagai rakyat kepada segelintir pihak atasan..buatlah kerja dengan ikhlas, berintegriti,telus(jangan main kabel jer), jangan campurkan politik dalam pendidikan nanti rosak sistem pendidikan seperti sekarang(belajar politik takper)..tapi yang paling penting kerja niat beribadah…
Don, sama-sama. Saya cuma berkongsi pendapat dan berbincang dengan semua yang terlibat. Bab gstt dan kpli ni, memang dah panas. lAma dah panas. cuma tahun ni panasnya terlebih sikit..
ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kredit
Salam..saya amat bersetuju dengan En. Don.
Buka sekadar petempatan GSTT je kabel di gunakan.
Masalahnya smp ke peringkat pengambilan KPLI & DPLI.
Saya sudah 2 tahun menjadi GSTT sejak 2009. Apply KPLI dua kali juga dan saya dapat interview untuk ambilan Jan 2011 dalam bidang pengajian Bahasa Inggeris. Di sekolah ,saya mengajar Bahasa Inggeris. Tetapi disebabkan saya tidak mempunyai kabel, maka saya sudah jangkakan keputusan interview. Dan saya disarankan oleh seorang rakan baru saja mengikuti KPLI ambilan Jan 2011 untuk membuat rayuan dengan menggunakan kabel.
Sedangkan semasa interview saya tidak mempunyai kabel, inikan pula semasa ingin membuat rayuan?
Begitu juga di peringkat PPD,perlu mempunyai kabel untuk menyambung kontrak GSTT pada tahun ini. Saya juga tidak dapat menyambung kontrak waima pun sudah mengajar 2 tahun
Sedangkan yang baru mengajar setahun sebagai GSTT dapat menyambung kontrak.
Di manakah silapnya?
salam…
saya dah berkhidmat sebagai GSTT selama 3 tahun…sepanjang itu saya telah ditugaskan menjadi guru kelas, guru pengiring, guru kelab, senang citer, sama sahaja seperti tugas guru tetap yang lain….
KPLI, masih tiada rezeki begitu juga DPLI…saya juga antara yang diberhentikan pada bulan Oktober 2010…
Saya berharap pihak kementerian akan telus dalam meneliti Gstt yang layak untuk diserap, dan bukan bergantung pada kroni, saudara2….
tolonglah telus dan adil
ini bidang perguruan ….melibatkan masa depan anak2 bangsa kita.
scha. Ramai juga rupanya gstt ni di Malaysia nih. Ya, harap pihak kementerian akan buat sesuatu yang baik dan adil untuk para gstt. Insya-Allah, pasti ada berita baik untuk anda semua.
ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kredit
GSTT… banyak karenah dan birokrasi dalam menangani isu ini. Kalau kata tak perlu, kadang kala sesebuah sekolah tu terdesak memerlukan guru. Tapi yang tak best, bila habis madu sepah dibuang..
samdaddycool recently posted..Topangnya patah dua
bab madu sepah dibuang tu, susah nak cakap. Gstt ni memang terikat dengan syarat-syaratnya. Anytime boleh kena buang. Statusnya memang tak tetap. Nak buat macam mana. Masalahnya banyak. Cuma sukar diselesaikan.
ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kredit
emm..masih tak habis lagi isu nih. bilalah kpm nak kasi setel benda nih.
gstt yang masih tak dapat keje tu, try la cari keja lain. jangan harap pada yang satu ni aje.
datraveller recently posted..Budget Traveler&039s Trip To Phnom Penh
Memang takkan habis. Selagi isunya ada. Hehe..
ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kredit
aku cuma nak tanya pasal status bonus taun lepas yg masih tak diterima sesetengah bekas gstt termasuk saya. bukan kah semua gstt layak menerima bonus rm500 itu walaupun hanya bertugas sebulan sahaja. Sesiapa yg boleh menjawab persoalan ini amat saya hargai. Selalu nya,guru tetap tak suka gstt. kat tempat saya mengajar dulu ada sorang cikgu tu cakap gstt ni hiburan jer kat sekolah. agak terluka juga la kalau dianggap demikian.
ada yang dapat, ada yang tak. Saya tak tahu yang sebulan tu dapat atau tak.
GSTTmuda. Status bonus tu, payah nak cakap. Ada yang cerita, dia dapat. Ada juga yang tak dapat.Ada yang kena pulangkan balik, ada yang tidak. Jadi, cuma pihak kementerian aje yang leh jawab..
ohcikgu recently posted..Mengapa cikgu-cikgu suka pakai kad kredit
dah malas lah nak berharap pada GSTT nih… pergi mana2 sekolah ada yg suka n ada juga yg tidak…kalu dikutip pengalaman GSTT nih dah masuk 7 tahun…kalo dah jadi ckgu tetap..dah rasa beberapa kali kenaikan gaji….tapi aku tetap pasrah…menerima ketentuannya…KPLI dah lebih dari 10 kali memohon dan dah sampai ke peringkat intw serta menjadi calon guru simpanan…tapi sampai ke hari ni….masih GSTT…walaupun aku seorang GSTT kepuasan mendidik pelajar tetap aku rasa…bila mana ramai pelajar aku yg berjaya dan score ngan subjek yg aku ajar….dah beberapa kali jadi cikgu cemerlang peringkat skolah je lah…bila keputusan PMR pelajar untuk subjek aku ajar melonjak peratusannya….Kini aku bukan lagi GSTT tp terus memberi khidmat bakti sebagai pendidik d tuisyen centre…..
Pasal bonus tu…mmg selayaknya gstt dapat…dah ada pun pekeliling pasal tu…kalu kerani x buat maksudnya samada dia tak tahu ttg perkara ni atau malas nak buat kerja lebih…atas inisiatif kita yg berkehendakkan duit tu…kena selalu call dan tya…tak pun suruh diaorg rujuk PPD atau JPN….mcm sekolah kawan aku…kerani dia ‘tengin’ buat do know pasal bonus tu…at last org PPD yg call balik umtuk maklumkan perkara tu…kadang2 tak paham dengan sikap kerani sekolah…bak kata org..”ebih sudu dari kuahnya” namun tak semua yg macam tu…..
ohh..sebab kerani mungkin tak tahu atau malas buat kerja rupanya..
cikgu faezah recently posted..How You Protect Your Brain
mmg…..pekeliling hy dirujuk pd bhgn yg mreka b’kenan jer. Pekeliling bil 1 2007 ttg gstt dan gst dah jelaspn ttg lantikan dan kemudahan utk gstt. Antaranya perkara 6.2: pkhidmatan gstt adalah juga bdsrkan sebulan ke sebulan…..dan 6.3:gstt yg mengisi kekosongan scr hakiki dan mneruskn p’khidmatan hingga akhir sesi pskolhan, pkhidmatan mereka akn dilanjut hingga 31 dis thn bknaan. Namun masih ramai gstt yg tpaksa menjlnkan tugas perkeranian dan m’nyiapkan buku p’urusan sek. sepanjang cuti slps akhir sesi pskolahan. Kata mereka gstt dibyr gaji hari sehingga akhir bln 12. Jelas b’canggah dgn pekeliling. Tp demi kelangsungan gstt, kami hanya menjadi gol “yes boss!” Kalau tidk, conform x leh sbg kontrak
nasib saya sama mcm wani.time cuti sek hari tu kami gstt diwajibkan bertugas dengan membuat kerja2 perkeranian, mengemas dan memantau pelajar2 yang mengambil peperiksaan spm dan stpm.alasan mereka adalah kami dibayar gaji.tapi masalahnya adalah, guru tetap pun dibayar gaji semasa cuti sekolah.tapi mereka tidak disuruh untuk datang ke sekolah semasa cuti akhir persekolahan.apa salahnya, jika tugas ini dibuat secara bergilir-gilir dengan guru tetap.guru tetap sedap je goyang kaki kat rumah sampai 1 bulan lebih.kami gstt yang jadi pak turut.menurut ppd kami perlu mengikut arahan jika itu yang disuruh oleh pengetua.jika kami tidak mengikut arahan, kontrak kami mungkin tidak akan disambung pada tahun depan.kami gstt yang takut kerana kontrak tidak disambung,buatlah kerja tu.tup..tup tahun ni kontrak kami tidak disambung.kami terpaksa menganggur.kami cuba cari kerja lain, tapi belum rezeki kami agaknya.namun minat untuk mengajar masih belum padam dalam diri kami.
hmm, g interview pun kene kondem..sbb ex-guru sandaran… siap dorg suh trus je smbung jd cikgu (dorg xfhm status gru sndarn kot)..suke2 ati je suh smbung..kalo boleh smbung mmg la nak sgt… siap suggest2 suh wat tusyen..tah ape2… kalo semua majikan mcm ni, cmne nk atasi mslh pengangguran.. dah la ase mati akal, tibe2 je dh xsmbung kontrak… Oh, Tuhan…semoga ada keadilan untuk kami…
fuck u gov!
saya cikgu tetap..kat sekolah saya ramai cekgu cekgu gstt yang dok berulang2 datang…alhamdullilah semua bgaus2..sebab tue sekolah ambik balik kot…kat sini tadak beza pun cekgu gstt dgn ckgu tetap..kalau ada pun apa2 yang ikut circular la..kalau ada pun cuma yang tak paham konsep tue ..ingat dia GSTT tak tetap dia takmau kerja lebih..kalau bagi lebih ingat kena buli padahal semua dapat kerja sama,gaji sama..cuti takmau datang, meeting tak datang, ldp haram…. alasan depa cuma GSTT???? habis kena ingat la sebab apa rekod hangpa tue buruk kat ppd…pastue nak mengamuk pulak…
salam semua… cikgu wahed… tak semua gstt mcm tu… kami datang mengikut arahan… 2008 – 2010, kehadiran gstt untuk ldp adalah diwajibkan dan kami ikut…. tak ada apa2 alasan walaupun masa tu dari apa yang kami dengar (tak pasti sahih atau tak) gstt datang sbb nk tampung guru tetap yang tak hadir ldp. tapi utk 2011 kami tak wajib hadir dan klu hadir sekalipun, kehadiran tak dikira dalam senarai kehadiran. rasanya cikgu tetap pun, kalau tak diwajibkan, bukan semua akan hadir walaupun bukan semua tak hadir….