1. Sape tak kenal Cikgu Shida? Kalau tak kenal atau tak pernah dengar, sah-sah la korang ni tak mengikut perkembangan semasa. Baik dalam tv atau internet. Mesti pernah dengar punya. Takkan Cikgu Suraya aje yang korang kenal. Grrr..
2. Video-video miming Cikgu Shida ni memang sudah jadi kontroversi dan fenomena baru. Jika dulu ada fenomena Mawi AF, fenomena Nabil Raja Lawak dan fenomenan Dr. Romzey. Kini kita ada fenomena Cikgu Shida dari Parit. Serius, memang tergelak tengok video-video miming beliau.




3. Setelah disiasat, sekolah Cikgu Shida adalah Sekolah Kebangsaan Pulau Padang. Kiranya sekolah rendah la. Bukan sekolah menengah. Sekolah beliau kat Perak dan sudah tentu rumah cikgu ni kat Perak. Jadi, tempat cikgu ni miming semua kat rumah beliau yang dikatakannya dibelakang sungai Perak. Sape orang perak? Leh la pergi melawat rumah cikgu Shida ni. Hehe..
4. Cikgu Shida pernah mendapat tawaran interview dari Kosmo, undangan dari Siti Nurhaliza, terlibat dalam rancangan FBI oleh Faizal Ismail di TV9 dan banyak keluar surat khabar. Pendek kata, dah tahap artis cikgu Shida nih. Artis-artis lain mesti jeles punya.

5. Cikgu Shida masih single dan available. Nama penuh beliau adalah Roshida Binti Abd Aziz. Lahir pada 21 April 1972. Umur dia adalah dalam kurang 38 tahun. Erkk, aku ingat 25 tahun. Biar betul..
6. Macam-macam lagu dah jadi mangsa miming Cikgu Shida. Dari lagu Anuar Zain, Lagu Siti dan sampai lagu kalau berpacaran tu pun kena gak. Pendek cerita, ramai yang terhibur dan tak kurang juga yang menyampah.
7. Dia kreatif. Dari segi editing, make up dan segalanya dia buat sendiri. Pendek cerita, dia unik dan berbakat dalam hobi yang dia minat. Tak hairan orang hairan dan pelik tengok cikgu Shida ni. Lagipun, tak semua cikgu-cikgu sekolah yang tahu nak upload video atau buat miming kat internet.
8. Cikgu Shida ni pun ada blog. Ni link ke blog cikgu Shida. Punyalah panjang. Susah nak ingat link ni: http://cikshidadariparitmimingartvideos.blogspot.com/
9. Cikgu SHida pun ada akaun Facebook. Leh like kalau mahu : Facebook Cikgu Shida

Ps: Dalam search engine Google dan Yahoo. Antara cikgu-cikgu yang terkenal dan popular dengan kata kunci “cikgu” adalah cikgu Shida. Tak sampai 2 bulan. Tapi keyword Cikgu Shida ni dah cukup kuat kat search engine. Fuhh..Takde ke Astro ker, Hotlink ke, Celcom ke nak jadikan Cikgu Shida ni sebagai jurucakap atau artis diorang? Huhu..











wakakak!!
cikgu shida ni memang bikin lawak panas ajerrrr
ok apa tu, sekurang-kurangnya dia berani. Cuma memang ada benda-benda yang tak patut kita follow..yang bagus tu, itu takpe.
ohcikgu recently posted..Cikgu merogol- Cikgu merotan- Pelajar pintar bunuh diri
sempat tengok cikgu shida kat rancangan FBI hari tu sekali ngan Paku & Belacan. elok la tu dipasangkan dengan Paku hehe
Amirez recently posted..Review Hantu Kak Limah Balik Rumah
hehe..paku dengan belacan tu macam nak tak nak aje cakap.
cikgu shida nampak sopan ajer masa kat FBI tu. haha..kat video..aktif kan mainnn..
ohcikgu recently posted..Cikgu merogol- Cikgu merotan- Pelajar pintar bunuh diri
yang pasti dia ni kepala gila-gila sket.
kreatif. Tapi umur dia dah 38 tahun. Biar bonaarrr
debtrunner recently posted..Did you use your Credit card for Good Thing
Mungkin dia ada sebab tersendiri jadi macam tu. Itu hal dia. Janji dia happy dan dia tak kacau orang. Aah, umur dia 38 tahun. Tapi aku macam tak berapa percaya. Wehh, betul ker??
ohcikgu recently posted..Cikgu merogol- Cikgu merotan- Pelajar pintar bunuh diri
wahh, memang gempak la cikgu shida ni.
berani gilerrrr
cikgufaezah recently posted..Headache always attack me everyday
hehe. memang dia sangat berani.
siapa tak kenal cikgu shida yang berani sekarang? Sila angkat tangan!
ohcikgu recently posted..Cikgu merogol- Cikgu merotan- Pelajar pintar bunuh diri
cikgu yang sempoi , pantas dan cepat dia nama dia naik…
zik recently posted..Manfaat rumput laut- sejarahnya
tapi dia memang takde niat nak naik. Aku tertanya-tanya, siapa orang pertama yang share video youtube dia kat blog masing-masing..
ohcikgu recently posted..Cikgu merogol- Cikgu merotan- Pelajar pintar bunuh diri
mesti best kan jadi student cikgu ni…

nabilah_2908 recently posted..APA KATA SURVEY
hehe
itu kena tanya student dia. Tapi rasa macam best aje dapat cikgu happening macam nih..
ohcikgu recently posted..Cikgu merogol- Cikgu merotan- Pelajar pintar bunuh diri
kan,.. hihihi
mesti setiap kali gi sekolah, pelajar-pelajar kat sekolah cikgu shida nih tengok dia..biasalah..cikgu popularr..
hehe..
agaknya la kot.

ohcikgu recently posted..Cikgu merogol- Cikgu merotan- Pelajar pintar bunuh diri
hape la nak jadi dengan cikgu-cikgu sekarang. macam takde fekdah aje buat benda macam tu. Bukan tak ada cara lain..
dah tu yang dia rasa berfaedah. Nak buat macam mana. Takkan kita nak larang. Dah ramai yang larang, dia buat juga. Mungkin itu cara dia nak happy.
ohcikgu recently posted..Cikgu merogol- Cikgu merotan- Pelajar pintar bunuh diri
dengar kata dia jadi macam tu sebab putus tunang dulu. ye ker?
rina recently posted..Why not we talk about Backlink
cikgu ni memang bikin panas artis malaysiaaje. mesti ramai artis tak suka dia nih..
nasri ali recently posted..Government Related- Debt Ceiling- Problem Bank List- Fixing Dodd …
bikin panaz punya cikgu!single lagi ke?nak ngorat dia boleh tak?ini no fon pakcik,0133459876.hihi
menusukhati recently posted..Mak jah Empangop!
hehe. cikgu ni saje je.. kdg tu release tension wat la macam2. terpulang pada penerimaan orang kan…

mommy nana recently posted..Buffered Earning Sudah Senyap
Tapi yang respect tuh..perangai gila2 dia pun..still tudung tak buang …caya lah!!!..
Cikgu ni best and lain dari yang lain. Mesti budak2 pun rapat dengan cikgu. Gud luck cikgu!
Baguih cikgu shida..idea kreatif betoi…kalu bawak murid2 cuti ke langkawi jgn lupa helo2..ada special diskaun..he..he..www.langkawibiliksewamurah.portalpilihan.com..pada cikgu2 lain pun jemput mai no….
cikgu shida memang terbaikk..
tak tahu malu..kreatif, beraniii..
cam na nak kontek dia ha….
cer gi tahu
best klu dapat cikgu mcm nie time skolah dulu…
selamat tinggal dunia,urusan seri paduka baginda,kini dah kembali..
hantu kak shida pulang ke parit,torres ketawa kerana tgok video kak shida,csi miami,nak ambik kak shida berlakon kt sana..selamat maju jaya,selamat hari guru…anak bukit,alor setar,kedah.
cikgu oh cikgu?? sape ekkk cikgu shida nie? eden tak baper nak kenal laa…
Kalau aku dapat cikgu macam nih time sekolah rendah dulu wow cool giler. Mesti tergelak anak aku tengok kalo tangkap gambar kelas dulu mcm gambar kat atas tu huhuhu. too bad got bad teachers during primary dulu.
itu cara dia berkarya…apapun tabik kat cikgu shida ni, berani membuat pembaharuan
Nadia @ ShahAlamCity recently posted..Shopping Hari Raya Di SACC Mall Shah Alam
cikgu badut…memang pandai wat miming…
Salam, aku tak fahamlah kenapa ramai sangat yang marah kat Cikgu Shidah ni? Dia cuma ingin berkongsi bakat yang ada padanya. Aku sangat hargai bakat yang dia ada. Dia bukan setakat boleh miming, menari dan berlakon, tapi dia juga ada bakat untuk jadi jurusolek. Di samping itu, dia juga mempunyai kemahiran untuk ambil video dan mengeditnya. Cuba kau orang perhatikan video Kalau berpacaran. Hasil kerjanya hebat walaupun dia hanya seorang guru bahasa Inggeris.Cuba lihat dari sudut yang positif.
Rohaya Hussin recently posted..Expo Bulan Disember 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC )
btul,.. ,.. n dy sngat confident,.. ckgu bdak skolah rendah lg,.. kannn
cikgu yang selamba.,,..
La aq igtkan org mna la cikgu shida ni,rpanya org skampung aq jgak.Parit,Layang2 Kiri,Layang2 Kanan Daerah Perak Tengah kt situ la kwasan tmpat tggal cikgu shida ni.Bukankah cikgu shida ni m’gajar kt skool pasir gajah,layang2 kiri 2?Silap info ka apa ni?Apa2 pn cikgu shida t’baik.Rmai jgak org t’nama b’asal dari situ.Contohnya zarina zainuddin bpak dia asal dari kg.selat lyg2 kiri.Tpi zarina zainuddin klahiran n9 klau x slap aq la.Lpas 2 abg 3 pupu aq wahid senario asal org lyg2 kanan,dia satu moyang dgn aq.Dan x silap aq lgi sorang ni bkan calang2 orgnya dia mrupakan ktua kastam malaysia pn sma asal org lyg2 kiri jgak.Kira hbat jgak la pnangan org asal daerah kuala kgsar&daerah perak tengah.Kite bakor je,kite bakor.Hahaha…