Berita gembira untuk 13000 GSTT – Notis Pemberhentian GSTT dibatalkan dan GSTT akan dipanggil semula

Book cheap tour packages

Rasanya ramai yang dah tahu berita gembira tentang GSTT. 13 ribu GSTT yang diberhentikan dulu akan disambung semula. Yehhh!! Pasti ini berita gembira yang ditunggu sejak 2 bulan lepas. Pelaksanaan yang ditunggu memang mengambil masa dan harap ianya akan berjalan dengan lancar. Berita yang keluar di surat khabar berita harian bertarikh 3 dan 4 MAc 2011 benar-benar memberikan pengkhabaran yang menggembirakan bagi semua GSTT dan mereka juga ada peluang untuk diserap dan juga mendapat kursus dalam cuti nanti. Aku harap ianya bukan sekadar cakap-cakap sahaja. Bukti kena ada. Kita tunggu dan lihat aje..


Keputusan dibuat selepas ambil kira rayuan: Muhyiddin
KINABATANGAN: Kerajaan mengumumkan menarik balik surat pemberhentian perkhidmatan kira-kira 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang diberikan tahun lalu.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rungutan dan rayuan serta kewajaran dalam mencari penyelesaian terbaik terhadap isu mereka, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran dan surat pemberitahuan akan dikeluarkan kepada semua GSTT terbabit dalam tempoh terdekat.
“Keputusan ini akan memberi peluang kepada mereka meneruskan perkhidmatan, sama ada mahu menjadi GSTT selama dua, tiga atau lima tahun.
“Arahan penarikan balik itu dikeluarkan kira-kira dua bulan lalu, cuma pelaksanaannya mengambil masa sedikit kerana ia turut membabitkan logistik dan penempatan semula.
“Bagaimanapun, saya meminta jika mereka dihantar ke tempat lain dan bukan di sekolah asal, mereka sanggup berkhidmat kerana mungkin di sekolah asal sudah diisi guru terlatih.
“Kementerian akan menempatkan mereka bagi mengisi kekosongan di sekolah yang menghadapi kekurangan guru,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Juara Rakyat Parlimen Kinabatangan di Dewan Kampung Simpang Entilibon di sini, semalam.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah.
Muhyiddin turut meminta Ketua Pengarah Pelajaran meneliti keperluan guru sementara yang masih diperlukan di sesetengah kawasan sebelum khidmat mereka dihentikan.
Katanya, walaupun guru terlatih yang baru keluar dari Institut Pendidikan Guru (IPG), guru sementara perlu dibela kerana mereka boleh ditempatkan di kawasan yang memerlukan khidmat mereka.
“Kita juga akan cuba memberi peluang kepada GSTT untuk mengikuti kursus lanjutan atau kursus dalam cuti supaya mereka boleh meningkatkan keupayaan,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri turut meminta semua pegawai pelajaran daerah membuat semakan dengan pegawai pelajaran negeri dan ibu pejabat sebelum mengambil guru sementara baru kerana boleh menggunakan khidmat GSTT sedia ada.

Boleh baca 2 berita itu disini: 13000 GSTT terus Tugas dan Notis pemberhentian 13000 GSTT dibatalkan


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in Dunia Guru, GSTT, Guru Malaysia and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

304 Comments

  • At 2011.04.03 14:25, noname said:

    Ciri2 org munafik itu ada tiga:
    (1) Bila bicara ia berdusta
    (2) Bila berjanji ia mengingkari
    (3) Bila dipercayai ia mengkhianati
    (Hadis Riwayat Muslim)

    • At 2011.04.03 17:00, akazuma said:

      emm.wahh, ciri-ciri yang sangat merbahaya.
      bahaya ni. bahaya..

    • At 2011.04.04 13:44, gstt09&10 said:

      bile nk kumpul sume gstt n wat memorandum?sy sokong je… silelah sape2 yang teror memulakannye dlu..huhuu…
      wat 1 emel ke tv3 ke?

      • At 2011.04.05 08:20, asma said:

        ape kate hantar ke fb nasi lemak kopi o tv9

      • At 2011.04.05 03:57, lia said:

        nk add fb but ramai sgt damia aliya.. yg mane 1 yea??

        • At 2011.04.06 09:03, juehana said:

          betulla. byk sgt damia aliya. tak caya taip kat find. byk btl…

        • At 2011.04.06 01:57, alina said:

          salam…….saya nk tanye ade sesiapa tahu info ttg gstt pendidikan khas negeri selangor dan k.l untuk tahun 2011 dh panggil interviu ke blum? boleh shared x?

          • At 2011.04.07 14:36, yati said:

            salam..

            ai alina…kalu kat area perak ni xde lg dgr gstt pend khas dipanggil intvw..alina gstt perdana ke pend khas?? saya ni dah jd xberapa nak mengharap sgt gstt ni….sedih…skrg tgh study selok belok nak buat bisness..tapi kalu ada rezki sambung syukur..

          • At 2011.04.07 15:26, wani said:

            Damia,
            bg tau la fb yg mana satu. nak add jgk!

            Yati,
            rasanya kt perak x ada intake gstt langsung lg thn ni. masa minggu cuti sek bln 3 ari tu br jpn hantar srt kt sek mintak maklumat pasal gstt lps. hubby akak tgk srt tu kt sek dia. tp langkah seterusnya x tau bila n ada langkah ke idak.

            • At 2011.04.08 03:35, penunggu lame said:

              fb:damia aliya, dia pakai tudung kuning..

              • At 2011.04.11 07:38, yati said:

                salam..

                wani..
                hmmm..yeke mcm tu akak?akak kat perak juga yer…setakat ni xde satu pun lg gstt kat perak yg kt dgr kena pgl or intvw…npknya memang janji kosong la agknya nie..sabor ajer la…

                gstt johor,
                la betuk ke brita ni????ish kalu betul memang tak masuk di akal,buat aper nak buang masa nak wat intvw lain utk jadi guru pula,ambil je la gstt yg sedia ada..ishh..karut betul idea org yg cadangkan benda ni.

              • At 2011.04.08 11:19, gstt johor said:

                ada dengo berita baru..mungkin kpm nak wat interview terbuka bagi mengisi kekosongan jawatan guru..tapi baru dengo desas desus dr org dlmn .tak sure lagi..kalau lah betul..aku memang heran dan tak puas hati ade gak..dr wat interview tu..baik laa die terus amik je gstt jadik guru tetap kan…ntahlah..

                • At 2011.04.13 05:00, ape nasib said:

                  jom kite semua berkumpul…..pastu tu bersiaran di ADUAN RAKYAT TV3……………………….
                  INI IKHTIAR KITA UNTUK BERJUANG……………….BIAR SEMUA TAHU KITA BELUM LAGI DIPANGGIL DAN TIADA TINDAKAN LAGI DARI PIHAK KERAJAAN(KPM)….MARI KITE SEMUA BERKUMPUL…..KITE SUMUA DAH DIANIA …..SEKSA…MENUNGGU……INILAH CARA TERBAIK…..INIKAH SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN……..

                  • At 2011.04.15 11:13, gstt09&10 said:

                    setuju2!!!… sape ketua nk betindak ni..rangka la bile n dimane nk bekumpul dulu..huhuu… pejam celik dh nk dkt stgh thn xbkrja..xbeduit… bosan menunggu…

                  • At 2011.04.13 08:09, alina said:

                    entahlah sampai bile nk tggu nih…………..dh nk stengah tahun………..saya agak xde dh kot….dh reda dn senyap sunyi dh……….dalam berita semasa pilihanraya kat sarawak jer……..kes video lucah answarlah……yg tu jer hangat…….. :mrgreen:

                    • At 2011.04.13 13:19, pengharap said:

                      ok jugak cadangan ape nasib sy setuju tapi nak berkumpul kat mane? dan bile?

                      • At 2011.04.13 16:48, ape nasib said:

                        KITE MESTI CEPAT BERTINDAK UNTUK AGAR SEMUA TAHU NASIB KITE BELUM TERBELA LAGI……………..BERI CADANGAN DI MANA KITE PATUT BERKUMPUL…………….

                        • At 2011.04.15 15:14, pengharap said:

                          kat sri pentas tv3, saye hanya bg cadangan tapi tak berani nak jadi pengarah projek

                          • At 2011.04.17 16:31, miss z said:

                            sy setuju kalo wat aduan tv3..tapi sape yg nak jadi ketua

                            • At 2011.04.20 07:22, lia said:

                              forum ni pn dh sunyi.. :?: :!: jgn laa sekadar hangat2 tahi ayam aje.. xde brita terbaru ker kgkwn..?? ekonomi semakin merudum ni.. aduih.. pening2…

                              • At 2011.04.20 23:56, wani said:

                                berdasarkan maklumat rasmi KPM, sehingga kini 6 148 orang GSTT telah dipanggil semula berkhidmat dan bakinya 7 036 orang lagi sedang diusahakan untuk dilantik semula (sumber: portal KPM- media “surat kepada pengarang” ).
                                Pendapat akak, kalau kita x bertindak sesuatu, mungkin baki yg 7k lebih ni akan tinggal mcm tu jer tanpa pembelaan dan menjadi mangsa kronisme. Seeloknya kita kumpulkan dulu warga GSTT dan baru bertindak. Contahnya kita beramai-ramai hantar memorandum bantahan kepada KPM sambil dihadiri pihak media. In case pihak media x datang, kita sediakan payung sebelum hujan- rekod sendiri detik penyerahan memorandum tu dan hantar video tu kpd mereka. tp nak buat semua tu kita kena bersemuka dulu. kena bincang mcm mana nak kumpulkan GSTT, dan apa kandungan memorandum tu.
                                Kalau kita terus pergi Sri Pentas boleh, bukan x boleh, tp lebih menampakkan kita bertindak sendirian bukan dengan komuniti. Sekali dia lantik balik org yg jd kepala, yg lainpun senyaplah. Terpaksa terima apa sj yg berlaku. Jadi tindakan kita kali ni mesti menampakkan penyatuan dan kesepakatan kita.
                                Sbg langkah pertama kita harini, mari kita contact balik kawan2 gstt kita x kira d mana mereka berada. Lpstu kita cari 1 tpt yg sesuai (dewan / balairaya) utk p’jumpaan p’tama. Perjumpaan kedua terus ke Putrajaya bersama memorandum kita.

                                • At 2011.04.21 01:14, akazuma said:

                                  satu cadangan yang baik.
                                  haa, ramai orang boleh ikut nih..

                                  • At 2011.04.24 09:00, fyza said:

                                    saya pun nak join sama… :x

                                  • At 2011.04.21 02:19, abdullah said:

                                    ok cadangan yang bagus….aku pun setuju kita wat memorandum hantar pada KPM..aku dah berkhidmat 4 tahun jd GSTT….

                                    • At 2011.04.21 03:19, abdullah said:

                                      kepada semua guru sandaran tidak terlatih di Malaysia,,,jika ingin terus menjadi guru…sila emailkan nama dan nombor telefon tuan/puan/cik ke alamat email ini…(dirahsiakan)…kita akan membuat perjumpaan untuk membincangkan isu tersebut…insyallah ada pihak yang ingin membantu…..

                                      abdullahibrahim88@yahoo.com

                                      ****sementara isu sedang hangat…

                                      • At 2011.04.21 03:23, wani said:

                                        k, kalo cam tu ptg ni akak jumpa ngan kwn gstt akak utk buat blog khusus utk kita n kami akan bincang ttg tempahan dewan, u all boleh cadang tarikh yg sesuai utk kita semua b’kumpul. Apa2 keputusan ttg pertemuan kami ptg ni akak akan inform kt cni. Tp kalau ada org lain sudi nak handle perjumpaan tu lebih dialu-alukan.

                                        • At 2011.04.22 00:25, wani said:

                                          Salam semua,
                                          seperti yg akak janji semalam, akak akan report kt cni hasil perbincangan akak n kwn2 akak semalam. Antaranya ialah:
                                          1) Kami dalam proses membina blog sendiri untuk persatuan kita supaya lebih senang utk kita berhubung dan menjalankan projek kita ni. InsyaAllah akan siap lbh kurang hari Isnin/Selasa (25/26 Apr). Kami akn bg tau blognya nanti.
                                          2) Kita akan menubuhkan Persatuan GSTT Malaysia dan akan didaftarkan dengan ROS. Bukan apa, kalau kita sebuah pertubuhan berdaftar kita akan jd lebih kuat dan kedudukan kita akan lebih terjamin. Lgpn setidak-tidaknya adalah satu organisasi yg jelas untuk kita memperjuangkan nasib kita. Perjumpaan kita nanti akan dimanfaatkan juga sbg mesyuarat penubuhan persatuan yg minitnya akan dihantar kepada ROS.
                                          3) Kami dah mengenal pasti tarikh dan tempat yg kami rasa sesuai. Tempatnya sama ada di Dewan Orang Ramai Kuala Dipang atau Dewan Majlis Daerah Kampar. Dua-dua tempat di kampar, Perak kerana dekat dgn tpt tinggal kami jd lbh senang utk kami berurusan. Lgpn org dari luar senang nak dtg ke tpt2 ni. Kami akan sediakan peta lokasi dewan dalam blog kita nanti. Selain tu, kami akan cuba dapatkan sponser untuk menampung kos sewa dewan, PA sistem dan makan minum kita. Cadangan tarikh pula sama ada 7/8 Mei (sabtu/ahad) sbb kita perlukan masa sekurang2nya 2 minggu utk contact blk kwn2 gstt kita. Jd anda boleh mengundi utk memilih = ada 7/8hb. Tarikh ttp undian hingga 1 Mei sahaja.
                                          Jadi kepada warga GSTT sekalian, tolong inform pd kwn2 kita ttg projek kita ni dan penyertaan tidak terhad kpd GSTT semenanjunag saja tp seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Semakin ramai kita, semakin kuat persatuan kita. Projek ni jugak bkn hanya utk gstt 2010 yg blm dilantik semula tp juga kpd yg sdg berkhidmat kerana nasib anda jg ibarat telur dihujng tanduk dan anda s’diri blm tentu diserap.
                                          Kwn2 semua, kalau dulu gol guru jd penggerak nasionalis negara, tak mampukah hari ini kita memperjuangkan sendiri nasib kita? Sekarang bkn lg masa utk kita meraih simpati krn waktunya sdh tiba utk kita bangkit berjuang demi kerjaya dan masa depan kita. Persatuan dan perjumpaan tu x akan terjadi sendiri kalau kita saling mengharapkan gstt lain akan hadir sedangkan kita hy menunggu dan berharap. Jd sama2lah kita usahakan utk memberi komitmen dan mengajak rkn gstt kita yg lain utk trs serta.

                                          • At 2011.04.22 02:43, ohcikgu said:

                                            ini yang terbaik dan wajar dilakuan sejak dulu lagi.

                                            kalau nak bantuan dari segi teknikal seperti hosting dan domain serta pengendalian blog, saya sedia membantu. Termasuklah dalam bidang promosi blog.

                                            • At 2011.04.24 13:40, qa said:

                                              sy stuju…sy nak join jugak phimpunan tue….mcmne nak tau btul2 exactly date nye..tkut sy tlepas….bukk blog n je eik..

                                            • At 2011.04.22 04:15, wani said:

                                              terima kasih kpd admin ohcikgu yg x jemu menyokong dan membantu kami sjk dulu lg

                                              • At 2011.04.22 07:11, alina said:

                                                salam……saya menyokong penuh usaha yg dilakukan wani….semoga kemenangan akan berpihak kpd kite…..apa2 informasi terbaru jgn lupe update dlm fb gstt group yer……

                                                • At 2011.04.22 13:27, Laman Facebook Kelab GSTT said:

                                                  Assalamualaikum..ingin menjemput anda ke laman website ini..Terima Kasih..

                                                  • At 2011.04.22 17:39, tumpg lalu said:

                                                    ada kwn bgtau dia ada g jpn 23mac coz dia dpt tau ad meting psl gstt di ptrajaya.jd dia p jpn hrp ad brita baik.tp last2 dia dbritau metg tu diadkn utk slmtkn statement yg dh di wat.bkn bncg cra nk tmptkn gstt. sdh + mrh :(

                                                    • At 2011.04.23 15:41, wani said:

                                                      semua dah tengok ke surat tawaran kdc utk gstt? Semalam saya tgk dalam portal kpm. tawaran mmg utk yg jd gstt 2 thn ke ats, tp hanya utk yg pernah dan sedang mengajar di SJKC/SJKC dan subjek yg dia offer bhs inggeris, cina, tamil, iban, kadazan…
                                                      apa maknanya tu???? fikir la sendiri! jd cepat2la sebarkan kpd kwn2 gstt seluruh m’sia ttg perjumpaan dan projek kita tu kalau anda rasa nak terus dlm bidang perguruan

                                                      • At 2011.04.24 14:01, qa said:

                                                        tpi yg tu utk sk kan..bukn smk ye..dah bkhidmat 2 thun ye….erm..mcm tak ade peluang je….sy sthun 5 bulan je….ade ke yg smk nye..susah nak ada yg smk nye..

                                                      • At 2011.04.23 16:15, pengharap said:

                                                        kite buat perjumpaan ngan tpm gak nak x?

                                                        • At 2011.04.23 16:46, wani said:

                                                          pengharap:
                                                          apa2pn boleh, yg penting kita jumpa, bentuk persatuan yg sah dan berdaftar serta sediakan memorandom tu dulu. harap kita semua boleh bg komitmen.

                                                          • At 2011.04.24 08:26, sakit hati said:

                                                            wani: mana nk tgk surat tawaran kdc tu?leh bg link dia x?
                                                            ermm tau x yg pemilihan tuk dpli kali ni katenye tgk result spm…so maknanya yg ade pglaman mengajar xamik kire nampaknye atau dorg dah anti dgn GSTT wallahualam…

                                                            p/s syarat tuk dpli tu merapu jek yg dpt ramai fresh gradute…n syarat tu hnya nk org RAMAI pi bli pin agaknye (kumpul duit bnyak2 tp rsnya2 ramai yg xikhlas nak bg sebb perlakuan cmni…RAMAI TERANIAYA).. kalu ikut logik kepala nih…org dah makin bijak berpk skrg so…fhm2 je lah…Gstt cam kambing hitam jek..sakit hati n angin betul….MUST DO SOMETHING..

                                                            • At 2011.04.24 14:05, qa said:

                                                              yke awk..ikut pada spm nye result eik…so kena yg top ke result nye..sian nye yg dah pgalaman..patut la..sy tak dpt medsi tu pun…

                                                              • At 2011.04.25 02:06, sakit hati said:

                                                                xtau lah tu sumber2 org lain jgk…huhu kalu nak tau ramai dah yg bising2 xpuas hati cuba tgk kt blog adha kat chat room…

                                                            • At 2011.04.24 08:33, sakit hati said:

                                                              bukan nak katelah….bnyk sgt permainan kate2 yg ditunjukkn yg xrealistik n xserupa bikin…sapa yg tak hangin..sabar tetap sabar tp lame2 lain jadinya berapi jgk hati ni…agaknye tu yg jd kt luar negara yg ramai pakat2 serang tu lah ni lah…mcm ni la gaknye…mula2 ckp boleh terima tp ckp tu ckp kosong jek apa makna suma tuh…??aku ni penyabar orgnya tp bila dh berbulan2 sbr berapi jgk…emm ade ke org xde perasaan MARAH? tak nomal lah org itu…

                                                              apapun didahului MAAF atas kate2 yg agak MARAH +GERAM ni pd2 yg xpuas hati…astagfirullahalazim….wassalam

                                                              • At 2011.04.24 08:57, fyza said:

                                                                betul tu…kitaorg pn gi jugak jpn n9..jawapan dorg senang jer…dorg tak tahu menahu pun..menteri yg umum sedangkan kekosongan takde pun kt n9 nie..sakit ati jer.. :x

                                                                • At 2011.04.25 22:30, yankumi said:

                                                                  nak betulkan ckit…sape kata kna top result spm baru dpt dpli?sy result tak ok..cukup2 mkn jer tapi dpt medsi. cuma tak pernah lepas exam medsi nie….syrat dpli kan dh tulis…nak mintak kos kena la relate dgn kelayakan…nie tidak…ada degree lain mintak kos yg tak kena…sbb tu la tak dpt. kita sume nak mencuba nasib kan?mna tau tiba2 dpt…..so jgn la kata yg buruk2 tentang dpli…..kita kna bersykur ada la dpli dgn kpli…ada lagi peluang kita nak cuba….jgn give up…..sy nie gstt dh 2thn…jadi ckgu ganti 1thn…tetap nak cuba jgak walaupun tahu tak kan lepas exam medsi…..psl gstt pulak, tlg la yakin dgn kerajaan….kerajaan dh berjanji…so sabar la…yg penting korang dh check nama korang dlm data kpm?pegawai ppd byk tempat ckp akan smbung gstt tapi mgkin lmbat skit….KITA SABAR OK…..sementara tu cari keja lain

                                                                  • At 2011.04.26 09:17, sakit hati said:

                                                                    bkn nak main ckp jek tp tu org2 yg bgtau…kalu xde angin cmana pokok nk bergoyg…..kalu betul xpe xdelah org sibuk2 nak mrh2 ingt suka ke camni…kite tgk n lihat je nati…hbstu ko degree ape n amik kos ape?nak tgk tahap related or tak related tuh…cuba bgtau skit…

                                                                    • At 2011.05.02 06:30, gstt09&10 said:

                                                                      bkn xnk crik kje lain cik adik oi..kalo dpt mmg elok sgt lah… tp dek exgstt org ragu2 nak amek..sekian mekaseh….

                                                                    • At 2011.04.26 09:21, yankumi said:

                                                                      kecian kat cik sakit hati nie…gara2 gstt hangin satu badan…..relax la beb….. :roll:

                                                                      • At 2011.04.27 23:39, sakit hati said:

                                                                        sorilah ade yg xpuas hati apa yg aku ckp. kt atas tu aku dah tls MAAF AWAL2 biasalah aku manusia biasa xlari dr rs sakit hati. so, itu yg aku rs terpulanglah…ermm biasalah kalu sesapa dpt akan ckp mcm ko yakumi oi. xpelah nati dah dpt intvw plak jgn bangga dr SUdah…

                                                                      • At 2011.04.26 11:51, wani said:

                                                                        Blog rasmi Persatuan GSTT Malaysia dah siap dan perjumpaan akan diadakan pada 8 Mei.
                                                                        Tujuan perjumpaan: untuk menulis memorandom kepada KPM menuntut janji terhadap GSTT ditunaikan sekaligus mesyuarat penubuhan persatuan secara rasmi akan diadakan.
                                                                        Jangan terus bermimpi disiang hari. Layari blog persatuan di http://www.persatuangsttmalaysia.com bagi mendapatkan maklumat lanjut

                                                                        minta tolong admin oh cikgu promote kan blog ni ye..

                                                                        t.kasih

                                                                        • At 2011.04.26 11:52, wani said:
                                                                          • At 2011.04.26 16:00, pengharap said:

                                                                            jom sume gstt gi perjumpaan ni, jgn byk ceghite, jgn byk bg alasan, kalo kite nak kite pi, kalo x nak terpulanglah, syukur sgt2x ad org dh sanggup mengadakannya, mai jgn x mai

                                                                            • 254 old comments are not displayed. Click to display all comments
                                                                            (Required)
                                                                            (Required, will not be published)

                                                                            CommentLuv badge