Kempen Earth Hour 2011

Book cheap tour packages

Pernah tak anda semua dengar tentang kempen Earth Hour? Jika benar, pernah tak anda terlibat dalam usaha menjaga Bumi tercinta ini? Pada hari Earth Hour tu, kita dicadangkan untuk tutup semua peralatan letrik seperti laptop, TV, radio dan lain-lain peralatan yang menggunakan letrik. Bagi saya, tutup aje semua dalam tempoh beberapa minit tapi untuk peti sejuk, jangan tutup lama-lama, nanti layu dan busuk pula sayur-sayur dan berbau peti sejuk tu dengan bau daging kat dalam tu. Hehe..


Kempen Earth Hour ini mula menular sejak dulu lagi. Cuma kali ini, kempen ini dijalankan secara besar-besaran. Nampak lebih ketara pada tahun lepas kerana ramai blogger yang mengikuti kempen ini. Pendek kata, ramai blogger kat Malaysia nih tak online dan cuba untuk ikut kempen ini dengan sebaik mungkin. Banyak sambutan yang menggalakan. Rasanya, banyak yang dapat dijimatkan jika satu Bumi ini tidak menggunakan elektrik dalam tempoh beberapa minit.

Seperti yang kita tahu, Bumi ini hanya ada satu. Tak ada dua atau tiganya. Malah, dipercayai Bumi ini juga sudah tua dan sudah banyak pencemaran yang berlaku. Jadi, salah satu cara untuk memulihkan dan membantu Bumi tercinta kita inilah adalah melalui kempen-kempen seperti Earth Hour. Earth Hour 2011 ini mungkin adalah satu langkah kecil tetapi tidak mustahil untuk beri impak yang besar dalam kehidupan kita yang penuh dengan pencemaran, peperangan dan persengketaan. Jadi, mari kita sambut hari menyelamatkan bumi ini beramai-ramai sebagai satu sokongan kepada Bumi ini pada 26 Mac 2011. Biarpun Bumi tidak boleh bersuara, tetapi aku yakin, Bumi pasti terharu dengan usaha yang kita jalankan.

Boleh daftar untuk menyokong kempen Earth Hour disini: SOkong Kempen Earth Hour 2011


Baca juga artikel ini..

  • Tak ada artikel yang sesuai la..
This entry was posted in blog dan blogger, Recommended, Teknologi dan Internet and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge