Mulai hari ini, saya akan kongsikan beberapa tips tentang menulis blog, penulisan blog, cara buat duit dengan blog, SEO dan sama waktu dengannya. Mungkin tidak banyak tips yang membantu sebab mungkin ada ramai yang lebih tahu dan mungkin tips itu sudah basi. Tapi saya tetap harap ianya akan membantu blogger-blogger semua tentang penulisan blog berdasarkan pengalaman saya.
1. Passionate. Maksudnya ghairah untuk menulis blog. Setiap artikel anda penuh dengan keghairahan anda. Pendek kata, nafsu anda untuk menulis blog mengatasi segalanya. Anda mahu artikel anda dibaca, jadi anda perlu buat orang lain juga bernafsu untuk membaca blog anda. Jadi, setiap orang kena ada passionate masa nak menulis blog. Ini penting.
2. Dapatkan domain anda sendiri. Contohnya macam domain untuk blog ini. Saya pilih ohcikgu.com. Janji mudah diingat dan senang untuk pelawat hafal nama blog anda yang unik. Jangan terlalu panjang. Sebab ia akan menyusahkan rakan-rakan baru anda untuk mengingat nama domain anda.

3. Update blog anda selalu. Maksudnya, selalu update blog anda dengan artikel-artikel baru. Tulislah macam-macam artikel yang boleh menarik perhatian pembaca anda. Insya-Allah, mereka ada datang semula untuk baca isu-isu baru dan berbangkit diblog anda jika penyampaian anda betul-betul membuatkan mereka bernafsu dan ghairah membacanya. Ini ada kaitan dengan point nombor 1 tadi. Cadangan saya, update blog anda sekurangnya 1 artikel setiap hari. Itu kira-kira yang cukup mudah dan saya yakin ramai yang boleh mengikutinya.
4. Treat your blog like regular business. Haa, ini satu point yang saya curi dari satu blog. Dah lupa nama blog tu tapi saya tetap ingat tips ini kerana ianya benar-benar memberi kesan kepada saya dan blog-blog saya. Ya, anda kena bagi layanan blog anda sama seperti perniagaan yang lain. Bagi blog, artikel-artikel anda adalah produk anda dan anda perlu bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang anda mahu. Jika anda mahu trafik, anda perlu belajar banyak perkara tentang promosi dan jika anda mahu banyak follower, anda perlu buat blog anda cukup menarik untuk diikuti oleh pembaca blog anda.
5. Buat duit dengan blog dengan pelbagai sumber. Bagi yang berminat untuk buat duit dengan blog, jangan hanya stick dengan satu program sahaja. Anda boleh buat duit dengan blog melalui pelbagai sumber. Jika di Malaysia, anda sudah boleh cuba program-program buat duit seperti Advertlets, Innity, ManggaAd, ChurpChurp, Nuffnang, Says.my dan banyak lagi. Pendek kata, anda perlu cuba jika mahu dapat sesuatu hasil dari blog anda.
Ok. Cukup 5 tips hari ini. Kita akan sambung lagi 5 tips pada artikel-artikel yang akan datang. Harap tips menulis blog cara Ohcikgu.com ini akan dapat membantu anda untuk menulis blog dengan lebih baik. Hehe..











saya adalah pembaca blog oh cikgu yang tegar… saya suka entry ini.. x sabar nak baca sambungannya. boleh saya kenal dengan admin? sbb sy admin blog kami cikgu blogger, tapi kadang-kadang tu sampai tak terurus blog tu. tak sempat update, dengan blog saya lagi. tak menang tangan pula. boleh la bagi tips ye.. heee…

cik mas recently posted..Aku Mempunyai Tanggungjawab Yang Besar Terhadap Kanak-Kanak Penghuni Syurga
cik mas, terima kasih kerana menjadi pembaca blog ohcikgu yang tegar. Terharu rasanya bila ada orang tulis macam tu.
Nak kenal admin? Sila baca kat ruang about tu. Hehe..
Yang mana satu blog untuk cikgublogger tu??
ohcikgu recently posted..25 Tips Menulis Blog cara Ohcikgucom Part 2
saya juga pembaca blog ini yang tegar juga. Cuma saya jarang komen. Selalunya baca aje. Nampak banyak isu tentang guru. Harap lebih banyak tips pasal menulis blog. Mesti ramai yang nak baca.
Terima kasih Sulaimen. Lepas ni, rajin-rajinlah mengomen ye. Hehe..
ohcikgu recently posted..25 Tips Menulis Blog cara Ohcikgucom Part 2
salam.. 1st singgah disini. tips dari blog ohcikgu akan saya jadi panduan. tq kerana berkongsi.
penulisblog recently posted..Hakikat Seorang Blogger Baru
anda boleh cuba buat duit dgn blog dengan clixadx – http://www.clixadx.com