Sambungan kepada Tips Menulis Blog cara Ohcikgu Part 1 dan Part 2. Anda boleh baca tips-tips lepas untuk siri ini dengan klik link-link tersebut.
11. Jangan melabur untuk blog anda tak tentu hala. Betul, duit anda akan mengalir macam air sungai yang deras. Saya tidak salahkan anda untuk beli macam-macam ebook atau panduan untuk menambah ilmu pengetahuan anda tentang blogging atau apa pun. Cuma, kawal perbelanjaan anda sama dengan apa yang anda buat dari blog anda. Berbanding membeli ebook-ebook tersebut dengan tanpa kawalan, lebih baik anda ikut kursus atau kelas menulis blog yang dianjurkan oleh otai-otai blogger atau Pro Blogger untuk dapat hasil yang lebih baik.

12. Jangan berhenti belajar. Pastikan anda sentiasa ada ruang untuk belajar benda baru. Ilmu itu tiada sempadannnya. Tapi anda yang selalunya meletakkan had atau sempadannya. JIka anda mahu lebih, belajarlah lebih dan sentiasa ambil tindakan. Bila dah belajar, buat tindakan dan selalu menambak-baik blog anda. Hasilkan artikel-artkel yang bermutu tinggi dan sentiasa memperbaiki kelemahan anda.
13. Jangan mudah untuk berputus asa. Ya, ini salah satu point yang saya tekankan dan tanam dalam hati saya. Saya ada banyak benda yang perlu dilakukan. Mengajar, bermain, bersukan, memicit emak saya, membeli nasi lemak, melancong tetapi saya tidak mudah putus asa dalam apa yang saya lakukan. Begitu juga dengan menulis blog. Jangan mudah putus asa jika artikel anda tidak mendapat seorang pembaca pun. Jangan kecewa jika artikel anda tidak dapat 1 komen langsung. Jangan menangis jika ada yang mengutuk style penulisan blog anda. Jangan mudah putus asa.

14. Tahu bila hendak berhenti. Ya, ini agak sensitif. Jika anda rasa anda sudah tidak enjoy atau gembira menulis blog. Berhentilah. Jika anda rasa anda memang jenis berputus asa dan kerjaya menulis blog ini hanya menyusahkan hidup anda, berhentilah. Tapi nasihat saya, sebelum berhenti, rujuk semula point nombor 13. Mana tahu, anda akan senyum kembali.
15. Jangan takut untuk mengambil risiko. Risiko sentiasa ada dimana-mana. Risiko juga yang pasti akan menakutkan ramai hati para blogger tempatan. Sebab itu, ramai yang putus asa dan ramai yang selesa ditakuk lama. Jika mahukan hasil dari blog anda, buat sesuatu. Jika mahukan kepuasan dan anda gembira ramai orang suka artikel anda, hasilkan lebih banyak artikel yang bermutu. Jika mahukan pulangan berbentuk wang, promosilah dan cuba buat duit dengan bersungguh-sungguh. Insya-Allah, anda akan dapat apa yang anda inginkan.











Tips yang berguna. terima kasih dengan tips tersebut.
5 tips yang menarik. Terima kasih cikgu.
Banyak masa ye cikgu nak tulis ini semua..
Sangat menarik. Dah baca 3 artikel yang cikgu tulis.
Ini yang macam nak buat satu blog ni.
http://edukasi.kompasiana.com/2011/11/13/mboko-rongo-mengucapkan-terima-kasih-semuanya-rip-13-november-2011/