Cabaran untuk GSTT 2011 – Kenakan syarat penempatan serupa bagi pemohon GSTT, KPLI, DPLI

Book cheap tour packages

Ok. Surat ini datangnya dari SANG ALGOLJO, Merlimau, Melaka. Ada satu cabaran untuk para-para GSTT, pemohon KPLI dan DPLI. Tercabarkah anda dengan cabaran Sang Algoljo ini?

SAYA ingin mengemukakan pendapat berhubung isu pengambilan guru. Sebagai ibu bapa dan masyarakat sudah tentu kita ingin insan yang terbaik untuk mendidik anak kita.

Isu pelajar bidang pendidikan di institut pengajian tinggi swasta (IPTS) yang tidak dapat menjadi guru tetap harus diberi perhatian terlebih dulu. Begitu juga kesukaran penempatan pelajar bidang pendidikan institut pengajian tinggi awam (IPTA) dewasa ini.
Mungkin pemohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) yang tidak mendapat cemerlang dalam Purata Gred Kumulatif (CGPA) mereka disyaratkan agar mempunyai pengalaman dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya tiga tahun.


Mengambil kira syarat untuk memohon masuk ke Institut Pendidikan Guru ketika ini, sekurang-kurangnya tiga subjek cemerlang dan tiga subjek kepujian diperlukan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Syarat ini juga perlu dikenakan kepada pemohon Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), KPLI dan DPLI agar kualiti mereka setara.

Saya bersetuju jika pengambilan program GSTT, DPLI dan KPLI ini untuk menyeimbangkan peratusan gender dalam bidang pendidikan. Bilangan guru lelaki yang sedikit boleh menyebabkan kesukaran dalam beberapa bidang tugas seperti penjagaan sistem siar raya, padang, inventori barang dan sebagainya.

Penempatan GSTT, DPLI dan KPLI yang baru ini dicadangkan di kawasan pedalaman. Beri peluang pula kepada guru yang sudah bertahun di pedalaman yang memohon ditukarkan ke tempat asal mereka.

Kerap kali kita mendengar GSTT sudah lama mengajar dan berpengalaman, mampu mengajar guru baru, mendapat pujian pengetua dan sebagainya. Ini masanya menguji siapa guru sejati, tinggalkan ibu bapa, suami, isteri dan anak kerana cita-cita menjadi pendidik berdedikasi.

Ps: Ok. Itu sahaja. Apakah pendapat korang tentang cadangan yang dihantar oleh Sang Algoljo kepada Berita Harian?


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in DPLI, GSTT, KPLI, KPM dan JPN, Pendapatan dan Pekerjaan, Pendidikan, Recommended and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Comments

  • At 2011.03.17 10:22, rina said:

    rasanya tak ada masalah bagi gstt lelaki. Yang perempuan ni mungkin susah sikit. Yang dah kahwin, takkan nak duk jauh dengan laki kan? Kalau jauh sangat ke pedalaman, takkan gstt ni sanggup..lainlah kalau dapat kdc sekali..
    rina recently posted..Why not we talk about BacklinkMy Profile

    • At 2011.03.17 20:26, shuhadah said:

      saya rasa semua ok ajer. Tapi saya tahu ada gstt yang pempuan lom tentu sanggup naik sampan gi sekolah dengan hanya jawatan gstt..

      betul tak?

      • At 2011.03.18 13:36, aaa said:

        bagi saya…kalau pompuan gstt di tempatkan di kawasan pedalaman tak ada masalah….dah biasa dah…pasal naik sampan…meredah hutan…tak ada masalah…membesar kat pedalaman juga…..situasi kehidupan kawasan pedalaman ni dah faham sangat….bertugas sebelum ni pun kat kawasan pedalaman….tak taulah bagi mereka yg membesar kat bandar….mungkin masalah kot…sebab pedalaman ni serba kekurangan…dan mungkin juga masalah bg gstt pompuan yg dah berkahwin…..

        • At 2011.03.18 23:25, aina said:

          macam aaa kata, tak semua perempuan akan pegi ke kawasan pedalaman. Kalau sampai kena naik sampan tu..lagila. Kena plak kalau jenis yang banyak peel dan meragamnya. Bagi yang dah berkahwin pun, memang masalah punya. Si Suami belum tentu akan bagi..

          • At 2011.04.06 16:35, fiza said:

            emm mgkin btul pendapat yg diberikan oleh sang algoljo tu…..msg2 ada pandangan yg berbeza…setiap manusia xsama dari segi IQ mahupun EQ serta sahsiah diri…saya pun pernah jd gstt dan guru kontrak..sy berkhidmat di kawasan pedalaman…soal lelaki,pmpuan,graduan pendidikan atau tidak bukan soalnya..yg penting hati kerana di situlah terdetiknya niat serta keikhlasan setiap perlakuan kita..berkhidmat di pedalaman banyak mengajar sy erti kehidupan..sy bertuah sbb dapat merasa kehidupan seperti yg pernah dilalui oleh mak abah serta nenek moyang dahulu..naek bot,jalan kaki ke sekolah,mandi sungai dan mkn makanan dalam hutan…sehingga saat ini walaupun dh hampir dua tahun sy berkhidmat di bandar sebagai guru di private school, sy masih merindukan saat2 d pedalaman..sy bangga menceritakan pengalaman sy kepada semua anak murid sy skang..hehe..rezeki ditetapkan oleh Allah,kita sebagai manusia hny perlu berusaha, berdoa dan tawakal sahaja…jika rezeki tersebut bukan milik kita, kita cuba cari peluang lain..bukan mencari kesilapan n kelemahan org lain…Allah maha adil…siapa usaha lebih,dia yang akan memperoleh keuntungan…bkn semua graduan bkn pendidikan tidak pandai mengajar dan bukan semua graduan pendidikan boleh mengajar..kita hny manusia biasa..

            • At 2011.07.04 07:19, TokAli said:

              saingan makin tinggi untuk mendapat tempat dalam bidang pendidikan sekarang ni
              TokAli recently posted..Gossip Artis Malaysia | Berita Artis MalaysiaMy Profile

              • At 2011.08.07 17:08, MsDemon said:

                Kalo sekadar gstt biasa jer and tak ditawarkan kdc buat ape la korang nak susah2 nak ajar pedalaman..cari jer keja lain.. :mrgreen:

                • At 2011.12.08 19:13, ita said:

                  tentu ramai yang ase keberatan tapi bila dah menjadi tanggungjawab akan berusaha jg untuk ‘sanggup’ kan. alah bisa tegal biasa tp klu skadar gstt biasa jer, yang pastinya akan ditamatkan bila2 masa jer perkhidmatannya….asa mcm tak berbaloi tp tidak semestinya itu begitu kan. tapi….nak jd seorang pendidik, masalah mcm tu tak perlu dijadikan alasan apatah lagi halagan.

                  • At 2011.12.09 04:55, titi said:

                    kita dh jd guru sandaran dlm msa 2 tahun kn,kita dpt ambil kursus utk diserap ke jawatan tetap,brpa tahun kursus tu?

                    (Required)
                    (Required, will not be published)

                    CommentLuv badge