Dari apa yang dibincangkan di Facebook GSTT dan juga diforum Cari, para GSTT tersebut membuat cadangan dan rancangan untuk membuat perjumpaan kali pertama antara GSTT dan Ex-GSTT yang berada di Semenanjung untuk membincangkan tentang nasib dan hala tuju Guru Sandaran. Jadi, mungkin ada sesuatu yang baik dan baru dapat diperolehi dari perjumpaan ini.

Jika ada antara anda yang berminat untuk hadir ke perjumpaan ini, bolehlah datang pada hari tersebut iaitu pada hari Ahad ini, 19 Mac 2011 bertempat di restauran McD (tingkat atas) , CM, Kuala Lumpur.
Ini laman facebook GSTT tersebut. Boleh baca dan ambil tahu apa yang patut dan berbincang tentang GSTT disana : Group GSTT
Tapi perjumpaan ini bergantung pada bilangan yang hadir. Jika terlalu sedikit, mungkin ianya akan dibatalkan. Jika ramai, mungkin perjumpaan ini akan diadakan. Jadi, kepada para GSTT yang dekat dengan KL, bolehlah hadir untuk tunjuk sokongan anda dan berbincang tentang hala tuju GSTT dalam bidang pendidikan nanti. Mungkin ura-ura untuk adanya GSTT mod KDC akan benar-benar terlaksana hasil dari usaha ini.
Sesiapa yang berminat untuk hadir dalam Perjumpaan GSTT dan Ex-GSTT Semenanjung ini, boleh juga bagitau diruang komen dan saya akan bagi nama pada group GSTT di Facebook itu jika anda berminat untuk hadir. Ini yang saya mampu bantu untuk para GSTT yang begitu cintakan bidang perguruan.
Dari Ohcikgu, jika sebelum ini anda berkobar-kobar tentang isu GSTT ini, inilah peluang anda untuk membuktikan apa yang anda cakap sebelum ini. Insya-Allah, ada sinar menanti anda hasil dari usaha-usaha ini.
Ps: Usaha itu wajib. Hasilnya, kita tawakkal dan berdoa agar diperkenankan. Insya-Allah..











kalau ada kesempatan, saya datang.
Insya-Allah. Harap-harap jawatan gstt ni ada kdc.
haa, sape-sape yang berkenaan bolehlah datang.
masa ni la korang nak bincang apa yang patut.
merahkatak recently posted..My best journey at Kinabalu Mount!
ada sesiapa yang ikut?
sape lagi yang pergi perjumpaan ni ohcikgu?
ahad ni ker perjumpaan?
Kena ajak kawan la nak pergi. Tak berani pergi sorang-sorang.
huhu..
nk jmpa jugak..tp shah bukannay cikgu… erkk..
boley x?
sjiehan.com recently posted..Guru menjadi pendidik atau pengajar
boleh aje kot. hehe..
wahh, rajinnya nak gi perjumpaan ni. nak jumpa siapa?
wahh
perjumpaan yang bagus.
untuk gstt aje ker?