Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan saya percaya disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:
- Elaun perumahan. Anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.
- Cost of living allowance (COLA). Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain – lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?
- Imbuhan tetap khidmat awam (Itka). Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.
- Kenaikan gaji setiap tahun. Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana – mana selain di sektor awam.
- Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan. Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.
- Cuti tahunan mengikut kelayakan. Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.
- Cuti bersalin. Usah risau – risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!
- Pinjaman perumahan. Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli ‘banglo’ idaman anda.
- Caruman KWSP atau pencen. Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua – duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..
- Bersara pada umur 58 tahun. Anda mengeluh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?
- Peluang kenaikan pangkat. Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..
- Peluang melanjutkan pelajaran. Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.
- Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa. Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di’support’ oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.
- Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga. Anda kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya
Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda. Lawati laman web tersebut sekarang.
Dapatkan disini: Panduan Kerja Kerajaan 2011
Ps: Best woo kerja kerajaan. Macam-macam dapat. Hehe..




sya pun org gomen…. setuju dgn kelebihan yg cikgu ckp tu
memang banyak klebihan orang keja government ni. Elaun sana-sini, cuti pun banyak dan mudah dapat..
Banyaknya kelebihan kerja dengan kerjaan. Ada beberapa kelebihan yang baru sahaja saya tahu sebentar tadi.
Hadi Rofiee recently posted..Saraf Vagus
Sememangnya banyak kelebihan kerja kerajaan ni,dulu orang x pandang kerja kerajaan,sekarang ni semakin menjadi rebutan
Dwenrasid (^__^) recently posted..Pelakon Ridzuan Hashim Berpelukan Dengan Seorang Gadis Muda
banyak kelebihan tiada berguna jika tidak dimunafaatkan sepenuhnya. pinjaman perumahan kerajaan adalah yang terbaik, termurah dan mudah jika cukup syaratnya. berkongsi ilmu dan pengalaman dengan saya jika anda kurang yakin….
Mmmm..memang betul la..keje gomen ni mmg best..dn majoritinya org Melayu la..psal tu Melayu marah sngat DAP nk kurangkan Kakitangan Awam….hari ni dlm Utusan Malaysia..ruangan komen…ada budak mintak Keje ngan Maybank…kelulusan Diploma ..di sebabkan tak pndai speaking Londonnn so dia tak dapat keje tu…mmm fikirkan
So yang mana dh dapat keje bersyukur dan saya menyeru kepada Guru yang bakal nak grade lakukan anjakkan paradigma dengan sanggup bekerja selama 8 jam mcm kakitangan Kerajaan yang lain…agar tidak timbul rasa irihati…giji kita dh banyak sangat..dan kita hanya pegang Diploma atau Ijazah dan ada antara kita yang tak pandai atau tak faham langsung berbahasa English…anak murid lagi pandai….so perlu bersyukur jangan bangga diri kerana elaun cola yang kita dapat anytime kerajaan boleh tarik so..berjimat dan berhemah….sbb mgkin kita rasa kita lagi bagus pada org luar sana tu tetapi kita tidak sedar yang kat luar sana tu lagi bagus pada kita dan mereka sntiasa perhatikan kita…..
kalau kita ke hospital berbuat baik lah dgn Jururawat dan ikut peraturan ..seperti bawa GL sbb saya dh pernah jumpa kes guru perasan …kalau x nak ikut procedure better prgi klinik Swasta..sanggup ker….Nurse kat luar gaji lagi tinggi pada kita…juz nasihat buat fresh Graduate yang bakal mengajar 2012 nanti…
Aree recently posted..Solitaire