Perjumpaan kali pertama Persatuan GSTT Malaysia 2011

Book cheap tour packages

Okeh. Masuk terus ke tajuk utama. Ada usaha untuk membuat Persatuan GSTT Malaysia buat julung-julung kalinya dan mereka akan membuat perjumpaan kali pertama untuk semua GSTT dan bekas GSTT di Malaysia untuk membincangkan hala tuju dan misi GSTT sekaligus menyelesaikan masalah 13 ribu orang GSTT yang dilaporkan beberapa bulan lepas.

Walaupun dengar cerita dah hampir 6 ribu orang GSTT sudah dipanggil semula, namun masih ada 7 ribu orang GSTT yang masih belum dipanggil dan masih menunggu panggilan setiap hari untuk mengisi kekosongan guru di semua sekolah di Malaysia.

Ini merupakan butiran berkenaan perjumpaan pertama Persatuan GSTT Malaysia yang akan diadakan.

TARIKH : 8 MEI 2011 (AHAD)
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SEMINAR, Rumah Rehat Kampar, Kampar, Perak

KEHADIRAN : Terbuka kepada SEMUA GSTT DAN BEKAS GSTT (berkhidmat tahun 2010) di seluruh negara. ( KEHADIRAN ANDA SEMUA SANGAT DIALU-ALUKAN, SILA SMS KEHADIRAN ANDA DENGAN MENYERTAKAN NAMA & ALAMAT KE NO.H/P : 010-9001003)


Berikut adalah peta lokasi ke Rumah Rehat Kampar. Anda boleh datang dengan kenderaan sendiri, bas mahupun dengan keretapi/ ETS. Bagi yang datang dengan kenderaan sendiri, anda boleh melalui Tapah/ Teluk Intan atau lebih senang jika melalui lebuhraya dan keluar melalui tol Simpang Pulai/ Tol Gopeng. Mereka yang menaiki keretapi/ ETS pula boleh turun di Stesen Keretapi Kampar dan menghubungi kami jika menghadapi kesulitan ke lokasi (Wani 010-9001003/ Aisyah 017-5102505/ Azlina 012-5040620).

Download disini peta tersebut: Rumah Rehat Kampar ( Sila klik kanan dan save as peta tersebut. Peta tersebut berformat gambar

Ini pesanan daripada admin blog Persatuan GSTT Malaysia:

Ayuhlah rakan-rakan GSTT, jangan hanya terus menunggu dan berharap. Kita mesti mulakan langkah kita dengan penuh semangat untuk membela nasib dan masa depan kita. Perjumpaan, Persatuan dan Memorandom ini tidak akan terjadi jika kita hanya mengharapkan GSTT lain akan hadir dan memberi komitmen sedangkan kita hanya menunggu kalau-kalau ada nasib. Jika dulu golongan guru penggerak nasionalis negara, sudah pasti hari ini kita juga mampu memperjuangkan masa depan kita. Sama-samalah kita hadir dan memberi komitmen untuk menjayakan projek kita ini. War-warkan juga kepada rakan-rakan GSTT lain di seluruh negara untuk turut serta. Moga langkah kita ini diberkati Allah. >> Blog Persatuan GSTT Malaysia

Ps: Saya dari pihak ohcikgu menyokong tujuan murni agar semua GSTT dapat berjaya dalam projek mereka. Jadi, pada semua GSTT, satukan hati anda dan berganding bahu agar misi ini akan terlaksana dengan jayanya.


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in GSTT, Guru Malaysia and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Comments

  • At 2011.04.27 07:52, Aween said:

    Bestnye kalo dpt join tp on that date,aween xde di Malaysia..sob3x..da 2 thn jadi GSTT,tetibe diberhentikan,tentulah rase sedey yg teramat sgt.Mmg minat nak jadi ckgu..Kwn² doakan semoga Aween lulus ujian MEdSI sabtu ni.Amin.. :smile:

  • At 2011.04.27 09:28, wani said:

    Terima kasih kpd admin oh cikgu atas bantuan anda

  • At 2011.05.03 09:43, yati said:

    salam..

    saya benar2 ingin attend majlis ini.tapi sekarang saya berada si kg kerana nenek saya sakit…kalu tak saya pasti ikut serta kerana saya berada si kawasan berhampiran…saya sokong tindakan persatuan gstt ini..

    • At 2011.05.09 05:04, apa ni said:

      aku dtg xda sapa pn….yang ada perjumpaan bekas2 tentera…bior betoi nie…????

      (Required)
      (Required, will not be published)

      CommentLuv badge