Rasa macam malu nak kongsi bayaran yang diterima dari salah satu syarikat pengiklanan tempatan yang ada di Malaysia ini. Tapi cikgu nak kongsikan cek yang baru sahaja cikgu dapat hasil daripada menulis blog. Hasilnya tidaklah seberapa, tetapi sudah cukup menggembirakan hati saya sebab berjaya buat duit dari blog ini.
Mungkin ada yang mendapat hasil yang lebih lumayan dan saya rasa ramai dikalangan cikgu-cikgu yang mempunyai blog mendapat pulangan yang lebih lumayan dari blog masing-masing.
Selain dari hasil pendapatan dari syarikat Nuffnang, saya juga mendapat hasil daripada menjual iklan diblog ini. Di ruang sidebar belah kanan saya. Terima kasih kepada mereka yang memberi kepercayaan untuk beriklan diblog ini dan saya sentiasa mengalu-alukan mereka yang mahu beriklan disini untuk masa yang akan datang.
Apa yang saya dapat hari ini cumalah satu cara untuk saya terus menulis diblog ini dan terima kasih kepada semua pembaca blog ini dan pengunjung yang tidak putus-putus hadir untuk menyokong kewujudan blog ini. Moga blog ini akan memberi lebih banyak manfaat pada semua orang yang datang ke sini. Insya-Allah..
Ps: Alhamdulillah, sikit pun sikitlah. Janji ada hasil, kan??












wahh, tahniah cikgu.
ada juga hasil menulis blog..
Adalah sikit-sikit. Hehe..

ohcikgu recently posted..Saya sayang mak saya
emm, bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Tp satu permulaan yg baik tu.. semoga terus bersemangat utk berblog..
Anyway, byk tagged tu..

Azuan recently posted..Buat Duit Dengan Blog
hohho..tu kira sikit aje tu. haha..

ohcikgu recently posted..Saiz Senjata Berkait Rapat Dengan Saiz Tubuh Badan?
emm, nnti banyak lagi tu….

Azuan recently posted..Buat Duit Dengan Blog
Tahniah, jauh lagi perjalanan saya.
muhammad fakhruddin recently posted..Negeri 5 Menara-Kisah Budak Pondok
Insya-Allah, anda pun boleh. Cuma jangan mudah putus asa.
ohcikgu recently posted..Saya sayang mak saya
tahniah ohcikgu. ada juga hasil daripada berblogging ni..
Sama-sama halim. Hehe..

ohcikgu recently posted..Saya sayang mak saya
Well done! But I noticed that there is some adult ads around your blog…
Ok, i will check out about that. Thanks for notify me about that.

ohcikgu recently posted..Saya sayang mak saya
cikguu..org kata..kalo duit yg dpt tu di buat banjer kwn2..insya Allah pasni rezeki blog ni lg murah kan…ehehe
hehe..nak dibelanja rupanya..

ohcikgu recently posted..Saiz Senjata Berkait Rapat Dengan Saiz Tubuh Badan?
cikgu lama tak letak iklan baru dapat duit. sy letak dekat sebulan belum dpt apa2 lagi. sedey.