Jika anda perasan, hari ahad yang lepas perjumpaan kali pertama Persatuan GSTT Malaysia telah diadakan dan ini ada sedikit makluman dan update dari mereka yang hadir dalam perjumpaan tersebut.

—————————-
HASIL PERJUMPAAN DAN MESYUARAT ( 8 MEI )
Salam,
Seperti yg kita semua maklum, perjumpaan dan mesyuarat pertama Persatuan GSTT Malaysia (PGM) telah berlangsung di Kampar, Perak. Terima kasih yg tak terhingga kpd semua peserta yg hadir. Terima kasih kerana anda memberi sokongan dan komitmen yg penuh kpd PGM walaupn t’paksa meredah p’jalanan yg jauh dan ada yg terpaksa membawa anak kecil bersama. InsyaAllah, perjuangan kita akan memberikan hasil yg lumayan utk kita semua. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan kpd pihak Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Kampar krn tlh menyumbangkan hidangan sarapan pagi kita dan sanggup membantu menjaga ketenteraman dan lalulintas dari awal pg hingga ke akhir majlis. Kerjasama pihak PDRM khususnya dr IPD Kampar juga amat kami hargai. Sangat seronok bekerjasama dengan mereka. Cekap, Komited, Berdisiplin dan Mesra. Alhamdulillah, dgn penglibatan dan kerjasama anda semua, mesyuarat penubuhan PGM dan menulis memorandom dapat dilaksanakan dalam keadaan aman, teratur, dan lancar spt dirancang.

Tentu GSTT yg tak dpt hadir tak sabar2 nak tau tentatif program kita semalam dan hasilnya. Ok! citer sikit lah yer……+- pkl 8 pg lg anggota RELA dah sampai dan mengambil tempat masing2. Lps tu pendaftaran. Masa pendaftaran, pihak PDRM sampai dan mereka terus bersama kita hingga selesai majlis. Majlis bermula +- pkl 10 pg. Dimulakan dgn nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa, ucapan pemangku pengerusi PGM. Lps tu rehat dan minum pg. Majlis diteruskan dgn mesyuarat penubuhan persatuan iaitu mula dgn ucapan pengerusi, mengesahkan nama dan alamat p’satuan, pembentangan udg2 tubuh PGM (ada 18 fasal) dan diakhiri dgn pelantikan AJK Penaja. Majlis berhenti rehat utk mkn t/hari & solat zuhur. Sambung semula dgn perbincangan isi kandungan, tarikh,dan cara memorandom nk dihantar ke KPM. Majlis ditutup dgn bacaan doa jg. Ha….itulah tentatifnya.
Hasil mesyuarat pula….dalam ucapan pemangku pengerusi dinyatakan tujuan utama perjumpaan adalah utk menubuhkan persatuan yg sah dicc udg2 demi menjaga kepentingan & kebajikan GSTT seluruh negara. PGM juga diharap dpt menjadi medium rasmi utk GSTT bersuara dan pada masa yg sama, pihak KPM diharap dpt menyalurkan maklumat yg tepat & berkesan kpd para GSTT melalui PGM. Jd, insyaAllah akan wujud interaksi 2 hala yg b’kesan antara warga GSTT dgn KPM.

Hasil mesyuarat penubuhan PGM: telah disahkan bahawa nama pertubuhan ialah Persatuan GSTT Malaysia (PGM) dgn m’gunakan alamat rasmi no 181 Kg Kota, Tualang Sekah, 31700 Malim Nawar, Perak. Udg2 tubuh tak payah citer la yer, pjg sgt. Tp antaranya yuran pendaftaran keahlian RM7 dan yuran tahunan RM3. Kemuadian diakhiri dgn pelantikan AJK Penaja (nanti akan dimasukkan dlm ruangan carta organisasi bhagian atas blog)
Ttg penulisan memorandom pula, satu kata sepakat tlh diputuskan utk menulis memorandom kpd KPM berbunyi……????……(ekslusif utk yg hadir sj) yg tak hadir boleh tau dari media semasa penyerahannya nanti. Tp tak perlu risau krn ayat dan tuntutan dlm memo t’sbt sgt menjaga sensitiviti dan tdk menyinggung mana2 pihak sama ada GSTT mahupn KPM. Tarikh penyerahan, insyaAllah dalam cuti sekolah bln 5 ni iaitu diserahkan oleh Jawatankuasa Penaja PGM. Bersama-sama memo tersebut akan disertakan borang statistik yg anda isi dlm blog ni. Jd sesiapa yg blm isi cpt2 la isi (sblm 26 Mei). Jgn risau ttg keselamatan dan jgn tkt kena black list nama oleh mana2 pihak krn kita turut mendapatkan nasihat drp pihak berwajib. Selagi kita bertindak mengikut landasan dan prosedur yg betul, kedudukan kita tdk akan t’jejas
Perkembangan lain, kami hampir menyiapkan semua dokumen yg diperlukan utk mendaftarkan PGM dgn ROS. Mungkin esok @ lusa pendaftaran akan dibuat. Kami juga akan mengusahakan utk membuka keahlian PGM secara on-line. Jd GSTT yg tak dpt hadir pd 8Mei lalu juga akan berpeluang menjadi ahli PGM. Kalau ditanya apa beza jd ahli @ tidak krn matlamat utama PGM utk jg kebajikan GSTT seluruh M’sia. Jawapannya: Antara ank angkat dgn ank sendiri, sudah pasti ank sendiri diberi lebih perhatian dan keutamaan. Oh ye….dlm ruangan galery kt atas akan dimasukkan beberapa gambar yg sempat dirakam sepanjang majlis t’sebut. Sorry, tak sempat ambil gambar banyak2, masing2 sibuk besmesyuarat dan banyak idea nk dikongsi
Sumber: Blog Rasmi Persatuan GSTT Malaysia
—————————-
Ohcikgu: Saya harap, pihak KPM dapat buat sesuatu tentang perkara ini. Jika tidak, ada banyak lagi surat-surat akan dihantar dan ditayangkan didada akhbar tentang isu GSTT yang sedang panas sejak awal tahun 2011 ini. Harap pihak kementerian dapat buat sesuatu tentang perkara ini dengan kadar yang segera. Jangan hanya sekadar berjanji tetapi tidak melaksanakannya dengan segera.
Ps: Antara Jus Nestle Bliss dan Susu Dutch Lady. Yang mana korang lebih suka??










