(Terkini)Tiada tindakan proaktif berkaitan isu penempatan GSTT

Book cheap tour packages

TIGA bulan berlalu selepas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan ‘berita baik’ mengenai khidmat 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang sudah berkhidmat tiga tahun berturut-turut disambung, namun penyelesaian isu ini belum ‘nampak cahaya di hujung terowong’.

Pengumuman Muhyiddin pada 3 Mac lalu pada sidang media selepas menghadiri Program Juara Rakyat dan Majlis Penyampaian Dividen Ladang Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas, Tongod di Sabah, nampaknya ibarat ‘angin lalu’ sekadar singgah sipi-sipi di telinga pegawai yang dipertanggungjawabkan, khususnya di Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Saban hari e-mel bhsurat@bharian.com.my akan menerima keluhan guru, antaranya berhubung bebanan kerja perkeranian, kenaikan pangkat dan kelemahan pentadbiran sekolah. Bagaimanapun, surat ‘kemarahan’ GSTT berhubung sikap pegawai JPN ketika ditanya mengenai kedudukan mereka, termasuk jawapan ‘belum menerima surat siaran atau waran lantikan GSTT daripada Kementerian Pelajaran’ mengatasi e-mel yang diterima sejak sebulan dua ini.

Muhyiddin sebelum ini menjelaskan kerajaan sudah meneliti perkara itu dengan terperinci dan meminta Ketua Pengarah Pelajaran mengambil tindakan segera.

Jika arahan beliau sudah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, kita tidak nampak kenapa alasan standard belum menerima surat siaran atau waran lantikan GSTT yang digunakan kakitangan JPN di seluruh negara bagi menjawab pertanyaan GSTT terus digunakan.

Dua surat pembaca yang diterima melalui e-mel – masing-masing satu dari Ipoh, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyebut JPN dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) memberi alasan ‘belum menerima waran lantikan’, manakala ‘JPN Wilayah tidak mendapat hitam-putih mengenainya’.
Pada masa sama, tiada kenyataan lanjut mengenai nasib GSTT yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran, selepas pengumuman dibuat Muhyiddin, sekali gus memberi tekanan kepada GSTT yang sudah berkeluarga mengenai masa depan mereka, apatah lagi kalau suami dan isteri, kedua-duanya GSTT.

Malah, kebanyakan GSTT yang sudah berkeluarga menyatakan kesediaan untuk ditempatkan di mana-mana kawasan yang memerlukan khidmat mereka di seluruh negara, hanya menunggu surat daripada JPN mengenai kawasan penempatan mereka.


Tekanan ini turut dirasai GSTT bujang, khususnya yang sudah membeli kenderaan untuk kemudahan pengangkutan ketika berkhidmat dulu, selain membawa pelajar untuk menyertai pelbagai pertandingan dan kejohanan sukan peringkat sekolah, zon dan daerah.

Akibat ‘digantung tidak bertali’ oleh kementerian, sudah ada kes guru berkenaan terpaksa menjual semula kereta kerana gagal menjelaskan bayaran bulanan kepada institusi kewangan.

Hakikatnya, kekurangan guru di Wilayah Persekutuan sebenarnya meruncing, khususnya guru Bahasa Melayu dan Sejarah. Disebabkan penumpuan berlebihan kepada penyediaan guru Sains dan Matematik di sekolah, akhirnya berlaku lambakan guru yang mengajar kedua-dua subjek ini di Kuala Lumpur.

Tidak dinafikan ada GSTT yang ditawarkan tempat di sekolah sejak April lalu, namun kebanyakan GSTT yang diambil bukan daripada mereka yang mengajar di sekolah asal, sebaliknya dari sekolah lain. Bukankah pengetua sekolah asal ada mencadangkan GSTT yang berkhidmat sebelumnya disambung perkhidmatan di sekolah berkenaan? Inilah antara persoalan yang perlu dijawab JPN berhubung soal ketelusan dalam pengambilan semula GSTT.

Isu GSTT sebenarnya bukanlah rumit untuk diselesaikan. Timbalan Perdana Menteri sudah membuka jalan penyelesaian ke atas isu penempatan guru tidak terlatih ini. Bagaimanapun, pengumuman Muhyiddin tidak disambut dengan tindakan proaktif baik pada peringkat kementerian mahupun jabatan.

Jika persoalan 13,000 GSTT pun tidak dapat ditangani dengan berkesan, apatah lagi pelbagai masalah membabitkan lebih 350,000 guru di seluruh negara. Tidak hairanlah banyak persoalan tertunggak, antaranya beban tugas berlebihan guru masih tidak dapat diselesaikan kementerian berkenaan.

Sumber: Berita Harian
——————————–

Ohcikgu: Saya yakin lebih banyak email akan keluar di Berita Harian dan akhbar lain. Malah, saya yakin ramai GSTT yang masih berharap agar isu mereka diselesaikan dengan cara baik dalam masa yang sesingkat mungkin. Jadi, harap penubuhanan Persatuan GSTT Malaysia pada hari ahad yang lepas dapat memberi sedikit sinar agak kebajikan para GSTT diseluruh Malaysia akan dibayar secepat mungkin.

Ps: Bukan sahaja GSTT macam nak amok, tetapi Po dari Kung Fu Panda pun nak amok gak. Hehe..


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in Dunia Guru, GSTT and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Comments

  • At 2011.05.14 12:51, leman gstt said:

    entahlah. nampak macam dipermainkan, nampak macam dikotak katikkan. Tapi harap ada penyelesaian untuk isu ini.

    • At 2011.05.14 23:22, ohcikgu said:

      leman, entahlah. Dari apa yang dilihat, begitulah. Tapi saya yakin, ada sebabnya benda ni jadi lambat. Kita tunggu dan lihat sahajalah.
      ohcikgu recently posted..Jom Cabar diri dalam Rexona Men Adventure ChallengeMy Profile

      • At 2011.11.02 13:26, farisya said:

        maaf ye. saya kurang setuju dengan pendapat saudara leman. meskipun dahulu ade kenyataan untuk menyambung kontrak GSTT namun kerajaan harus memikirkan penempatan untuk graduan ISMP. pengambilan ISMP setiap tahun semakin meningkat. menurut kenyataan salah sebuah naib canselori IPTA, pengambilan dibuat berdasarkan unjuran yang diberi oleh KPM. jadi, jika kontrak GSTT disambung, di mana pula nasib graduan ISMP yang benar2 telah dilatih dalam bidang ini?

    • At 2011.05.14 15:06, valencear said:

      setuju dgn pendapat leman, blm dpt kata putus lg berkenaan isu GSTT ni..hopefully ada jalan penyelesaian nanti. Just want to know bout GSTT yang dah berkhidmat ni, bagaimana dengan tahun depan adakah mereka akan disambung kontrak juga ke? Asal jgn tamatkan suda huhuu

      • At 2011.05.14 23:24, ohcikgu said:

        GSTT yang baru memang takkan diambil lagi. GSTT lama, tak tahu pula jika tahun depan akan dipanggil atau tidak. Kena tunggu dan lihat. Saya sendiri pun tak pasti dan memang kebanyakkan sekolah dah tak gunakan gstt sebab memang ramai posting baru kat setiap sekolah sekarang ini.
        ohcikgu recently posted..Jom Cabar diri dalam Rexona Men Adventure ChallengeMy Profile

      • At 2011.05.29 12:07, Nurul said:

        Salam, pada bulan berapa ye permohonan untuk guru sandaran ini akan dibuka lagi? saya terlepas untuk memohon yang telah tamat bulan mei lepas. Harap boleh membantu. Terima Kasih

        • At 2011.06.05 07:08, nina said:

          salam. alangkah bahagianya seandainya GSTT dapat di ambil bertugas semula.. dah 6 bulan dari pemberitahuan penyambungan tugas 13000 GSTT. bantulah kami.Pengalaman yg ada pada GSTT dlm bidang perguruan tidak boleh di guna pakai dlm bidang kerja lain.

          • At 2011.08.02 02:22, saya said:

            Bukankah semasa ttangan kontrak dulu GSTT telah maklum stAtus sebenar.. kenapa skang nak persoalkan hak? sangat tidak adil pada guru baru yg terpaksa menunggu untuk posting…

            • At 2011.11.02 13:22, farisya said:

              saya setuju dgn kenyataan anda. harap GSTT akan menyemak kembali kontrak yang telah ditanda tangani dahulu. pengambilan anda (GSTT) adalah sementara. jadi, memang wajar andai penyambungan kontrak GSTT ditunda atau dimansuhkan kerajaan. kerajaan seharusnya lebih peka akan nasib graduan ISMP yang benar2 menceburi bidang pendidikan ini. tindakan pengambilan GSTT bagaikan mensia-siakan 4tahun tempoh pengajian graduan ISMP dan bakal graduan dalam bidang pendidikan.

            (Required)
            (Required, will not be published)

            CommentLuv badge