Tadi sempat singgah blog rasmi Persatuan GSTT Malaysia. Rupanya ada berita terbaru. Pada semua yang berkaitan terutamanya para GSTT, anda harus baca artikel ini:
————————
Pada 19 Mei 2011 lalu Persatuan GSTT Malaysia (PGM) yang diwakili AJK penaja persatuan telah berjaya menyerahkan memorandum ke Pejabat Menteri Besar Perak. Y.A.B Datuk Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir telah diwakili oleh Setiausaha Politiknya. Memorandum tersebut menuntut campurtangan segera Y.A.B Datuk Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dalam isu GSTT Perak yang belum dilantik semula. Kami sangat berterima kasih kepada wakil Y.A.B Datuk Zambry Bin Abdul Kadir atas kesudian beliau menerima kunjungan wakil PGM. Latar belakang beliau sebagai bekas guru dan pendidik membuatkan beliau sangat memahami permasalahan dan cadangan yang diutarakan berkenaan isu GSTT. Justeru beliau telah menelefon Setiausaha Sulit Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin di depan kami pada masa itu juga bagi mendapatkan kepastian. Menurut maklumat yang kami terima, GSTT akan dipanggil secara berperingkat mengikut keperluan. Walaubagaimanapun, beliau berjanji akan mengajukan perkara tersebut kepada Y.A.B Datuk Seri Dr Zambry Bin Abdul Kadir dan seboleh-bolehnya akan berusaha membantu kita.
Untuk GSTT di negeri-negeri lain, kami tetap tidak melupakan anda. Seperti perancangan kita, pihak PGM akan menghantar memorandum ke KPM pada masa cuti persekolahan ini. Namun tarikh sebenar bergantung kepada temujanji yang akan kami aturkan. Jadi, anda masih boleh menghantar cadangan anda kepada pihak PGM untuk diutarakan semasa penyerahannya di Putrajaya nanti.No telefon dan email kami ada dalam bahagian kedudukan organisasi di ruangan atas blog. Percayalah, PGM tidak mungkin wujud tanpa kerjasama dan komitmen anda. Perjuangan kami untuk kita semua, bukan untuk kepentingan peribadi. Kami menyerahkan memorandum ke Pejabat Menteri Besar Perak terlebih dahulu kerana Perak satu-satunya negeri yang belum ada pengambilan GSTT dan kerana kesudian pihak Pejabat Menteri Besar Perak untuk turut membantu.
Satu lagi berita gembira yang ingin kami kongsi bersama, Persatuan GSTT Malaysia (PGM) telah mendapat kelulusan rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Hal ini bermakna PGM sekarang telah tersenarai sebagai persatuan peringkat kebangsaan yang sah di sisi undang-undang dan sangat menyenangkan kita untuk menjalankan perancangan dan aktiviti dengan lebih lancar dan berkesan. Sehubungan itu, InsyaAllah kami akan membuka keahlian secara on-line pada minggu depan iaitu setelah urusan dengan bank selesai.
Sumber: Blog Rasmi Persatuan GSTT Malaysia
————————
Ohcikgu: Kalau anda semua ada baca surat khabar berita harian hari Jumaat yang lepas, memang saya yakin ada para GSTT yang makin hati dengan statement itu. Bagi saya, satu persoalan sahaja. Bila dah berjanji, kita harus tepati. Jika tak sanggup, jangan berjanji atau buat statement seakan-akan berjanji. Dan jangan suka memberi harapan yang tidak pasti. Kalau tidak, inilah yang akan terjadi..
Ps: Emm..apa itu FREEDOM? http://bit.ly/jSfpLs











nak buat macam mana, tetapi janji harus ditepati
zik recently posted..Imam muda 2- 2011 minggu ke5 hedonisme
Salam.
Ni ramai yang cuma berjanji manis di bibir jer. kalau tak tidak timbulah masalah ni kan?
Sabahan Bloggers Club recently posted..Mrsays Hosting and Domain Giveaway
Baik korang cari keje lain jek. Cuba la fikir secara logik. tkkn la 13000 orang dia nak serap camtu jek. Diharap korang bersabar. Cari je keje lain. Janji halal. Tentang janji tu takpe la. Nanti korang dakwa la dia kat akhirat. Dunia ni bukan selamanya. Kalo dah 13000 dakwa dia, memang tak masuk syurga la dia.. Anggap je takde rezeki. Korang dah tau memang mereka ni tak tepati janji buat ape percaya lagi sama mereka. Byk lagi perkara yg mereka tak tepati janji lagi. So korang patut balas dlm PRU nanti.
Kalo orang Asli pun boleh buat kerajaan ikut ckp mereka, mengapa korang yg terpelajar tidak? Bukan pasal ni je mereka tak tepati janji malah byk perkara lagi.
sya dah tiga tahun berkhidmat tapi xterpilih pun sebagai gstt cfs…. xpaham macam mane lah cara pemilihan,,,