Juara Maharaja Lawak 2011 adalah SEPAH!!

Book cheap tour packages

Keputusan terkini pada penentuan Juara Maharaja Lawak 2011 telah pun diketahui dan saya yakin anda pun sudah tahu siapakah juaranya..

Tempat pertama: Sepah
Tempat kedua: Jozan
Tempat ketiga: Nabil
Tempat keempat: Jambu

Persembahan pertama mereka memang mendahului peserta-peserta lain. Sketsa mereka tentang 2 orang perompak yang cuba merompak rumah ustazah tetapi akhirnya, dinasihati oleh ustazah tersebut. Siapa ada nyanyi lagu lagi ustazah tu. Hehe..

Persembahan kedua mereka pula memang sangat berjaya. Kemunculan Dafi menggamatkan suasana. Persembahan ini adalah kesinambungan sketsa lawak muzikal yang mereka bawa pada minggu bertemakan muzikal dulu.

Persembahan pertama tak berapa menjadi. Kisah pasal hang tuah dan pencuri. Malam ini aje, banyak betul cerita pasal pencuri dan perompakk. Persembahan kedua mereka bagi saya kurang menarik. Walaupun berbeza, tetapi memang ketara sangat yang mereka agak kurang menyanyi pada malam ini..lagu Hafiz itu juga yang rasa macam hidup sikit. Awan Nano-nano..


jambu

Saya agak kecewa pada persembahan pertama Jambu. Langsung tak berapa menarik. Tetapi persembahan kedua iaitu persembahan muzikal, bagi saya persembahan mereka tidak kalah dengan persembahan Sepah. Dari segi ranking persembahan muzikal, Sepah, Jambu, Jozan dan Nabil. Tapi mungkin kerana tidak ramai yang mengundi mereka, Jambu cuma mampu berada pada tangga ke 4 dan membawa balik RM50 ribu. Tak apalah, 25 ribu seorang. Zila bakarin tu, bolehlah bawa belanja piza nanti ye..

Nabil. Tak perlu nak kata apa-apa.Dengan berjaya mengondol tempat ketiga, beliau bawa balik sorang RM150 ribu tu. Kumpulan Sepah sendiri walaupun dapat RM350 ribu, tapi tetap kena bahagi tiga. Jadi, dalam cerita ni, Nabil sebenarnya dah jadi Maharaja Lawak dalam kelasnya sendiri. Lawak pada persembahan muzikal Nabil agak menjadi. Cuma terlalu panjang. Kalau pendek, mungkin Nabil boleh pintas Jozan.

Tahniah kepada kumpulan Sepah kerana berjaya menjadi Juara Maharaja Lawak kali ini. Tahniah dan harap mereka akan lebih berjaya pada masa-masa yang akan datang. Bolehlah melancong ke Arab Saudi ke, melawat bandar Seoul ke..cuci mata kat Paris ke..duit banyak tu. RM350 ribu! Bahagi tiga, sorang dapat seratus ribu lebih tu tauuu..

Ps: Maaf. Tak dapat kongsikan video penuh Maharaja lawak Final. Tak ada video youtube dari Guatv kerana pihak youtube telah ban Guatv punya akaun youtube kerana pihak Astro tak bagi. Jadi, kita takkan dapat video seperti minggu-minggu sudahh..

Update terkini: Anda sudah boleh tonton video Final Maharaja Lawak 2011 ini disini.


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in Contest dan Pertandingan, Isu semasa dan berita semasa, Recommended and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge