KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu diminta meneliti siapa sebenarnya Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum mengikut telunjuknya yang meminta rakyat supaya mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini.
Penganalisis politik berpendapat orang Melayu harus melihat kembali sejarah tindak tanduk Ambiga yang pernah menimbulkan kemarahan umat Islam terutamanya orang Melayu di negara ini sebelum secara membuta tuli mengikut kehendak dan telunjuknya.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001.
Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.
Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A).
Biarpun mendapat bantahan daripada orang Islam, namun Majlis Peguam yang diterajui oleh Ambiga tetap meneruskan forum tersebut.
Justeru penganalisis politik berpendapat bahawa tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan perlembagaan dan dengan itu orang Melayu terutamanya harus memikirkan semula hasrat untuk menyertai perhimpunan haram 9 Julai yang diketuai oleh Ambiga.
Penganalisis politik bebas dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datin Paduka Prof Dr Ramlah Adam berkata sebagai seorang peguam, Ambiga sudah tentu arif mengenai undang-undang dan perlembagaan negara.
“Ambiga tahu sekiranya penganjuran sesuatu perhimpunan tidak mendapat permit daripada pihak polis maka perhimpunan itu tidak boleh dilakukan. Kita tidak faham kenapa dia tetap juga mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak,” katanya kepada Bernama.
Tegasnya keperluan untuk menganjurkan perhimpunan haram itu juga tidak jelas kerana jika penganjur ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka boleh menggunakan saluran yang betul seperti membuat kenyataan di surat khabar dan media elektronik dan bukannya mengadakan demonstrasi haram.
Pemerhati politik dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Prof Datuk Dr Zainal Kling pula menyifatkan semua golongan yang terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram itu adalah tidak layak dan tidak patut menjadi pemimpin termasuk Ambiga.
Katanya, mereka terlampau mengikut parti politik tertentu yang memperjuangkan ideologi politik masing-masing sedangkan mereka sendiri pun tidak ‘bersih’.
“Mereka sebenarnya lebih baik melakukan tunjuk perasaan sebagai parti politik dan bukan sebagai NGO.
“Jadi orang akan faham maksud dan matlamat mereka (pemimpin politik)terutama orang awam tentang kacau bilau dalam parti masing-masing seperti PKR yang tidak bersih, DAP yang selalu bermaharajalela atau autokratik, dan PAS yang tidak mengikut atau sudah lari daripada perjuangan asal mereka,” katanya.
Zainal turut menyifatkan tujuan perhimpunan haram itu adalah semata-mata untuk melindungi ‘kekotoran’ yang sedang berlaku dalam parti pembangkang.
“Mereka sedang cuba melahirkan keadaan kacau bilau, huru hara dan anarki yang semua ini berniat memberi isyarat buruk di mata dunia dan mereka meniru taktik yang sedang dilakukan oleh negara yang menghadapi huru-hara,” katanya.
Rakyat patut mengambil iktibar dan memerhati perilaku serta taktik parti pembangkang yang menggunakan politik semata-mata untuk kepentingan kekuasaan mereka sendiri, katanya.
– BERNAMA
Ohcikgu: Tak mahu komen lebih-lebih. Kita sendiri sudah faham senario politik di Malaysia. Tak pernahnya selesai sampai bila-bila. Bagi saya, tak ada parti di muka bumi yang benar-benar bersih 100%. Pasti ada kotornya dimana-mana..
Ps: Siapa yang pergi perhimpunan BERSIH tu nanti. Bolehlah beritahu kat sini nanti macam manakah suasananya. Berjayakah, riuh ka atau bagaimana?











Macam2 kan cikgu skang ni…
Takmo lah student terpengaruh!
[...] Bacaan ringan yang lain berkenaan Ambiga >> Siapa sebenarnya Ambiga SreeneSavan? [...]
oh..dia ni ke yg buat cdgn perhimpunan tu..
isk..kalau dh namanya politik tu mana nk bersihnya kan..ada x pemimpin yg masih berjiwa rakyat?
Rina AVAIL a.k.a cik betty recently posted..Tarikh Harini Penting!
bersih ni buat jadik semak…nak pegi kenduri kendara sedara mara pun jadik kacau bilau dah…..malas nak komen lebeh2 jugak…hurmm
Hunny Kitty recently posted..:: Senarai Jalan Yang Di tutup Sempena BERSIH ::
makin menjadi2.. yang menjadi mangsa, orang melayu, rakyat jelata.. terikut sgt dgn fahaman yg teruk2 ni sebab ape.. politik-politik.. smpai bila mahu begini.. kalo ape2 jadi ari ni, esok lusa mungkin kita tak akan lagi hidup aman cenggini… aaaah,, ini ko punya pasal la ambiga.,.,
Semua rakyat nak aman tapi………… dalam aman, duit rakyat melayang……… tak leh nak pertikai………
sekurang2nya aman kalau nak di bndingkan dgn negara2 lain.org yg anjurkan prhimpnan tu tak dak akal,org2 yg ikut dmontrasi tu lagi tak dak akal,eluk2 duduk aman damai nak cari huru hara,bodoh ke gila ke ???.kalau nak tnjuk hero pegilah kat palestin,jadi benteng kat sana,sekurg2nya mati syahid… apa punya bodoh bangang,ikut telunjuk pemimpin2 yg dah rosak akhlak,macamni punya pengikut,kalau suruh makan tahi pun dia org makan rasanya…
kalau kita langsung tak nak menegakkan hak kita siapa lg yg kita boleh harapkan. nak berjuang tak semestinya kena pergi palestin. dlm malaysia harini pun byk yg tak mengikut ajaran Islam. dpn matalah kita nak betul kan. jgn gajah dpn mata tak nmpk semut kat seberang nmpak…kalau yg 1st lady aurat pun tak tutup tu ke yg kita sanjung2 kan sgt…lu pikirlah sendiri sape mkn tahi….
xde la nak sanjung pun 1st lady tu.. tp x jugak trasa nk ikut ambiga buat benda bodo myusahkn rakyat.. luar negara mmg ada buat demonstrasi tp dorg tu mentaliti no 1.. ikut praturan.. x mcm rakyat msia ni naik bas x bratur, mrokok tmpt larangan, masih mmotong wpun double line, langgar lampu merah.. kalo dah bhimpun ramai2 cmtu, ada je benda yg x elok dorg nak buat.. maklum la dah kena bakar ati masing2 jadi panas..
saudari yati…tuntutan BERSIH 2.0 nmpak ke gjah dpn mata? kkurgn dri sndri mmg xkn nmpk,tp kkurangn org lain,nmpak sgt..Kalau btol 8 tuntutan BERSIH 2.0 tu nk dilakukan..knpa ada pihak yg libatkan dgn hal politik?n 1 lg,sapa pemimpin BERSIH?adakah beliau nk memperjuangkan nasib orang Islam?
ambiga dengan khairy kena tahan dahh..haji awang hadi pun kena gak..
adoi…bkn isu ambiga skang.. mmg la dia jahat.. sbagai contoh kt jln raya,ad kayu yg mnghalang laluan..lalu org kafir lg jahat sngt ingin alihkan kayu tersebut..jd apa hukum kta klau tlong skali alihkn kayu itu.. dosa?haram?harus? sdangkan kta jga nk lalui laluan itu… pasal bersih,dia bkn wt rusuhan pn..p nk antr memorndm je..spaya adil…bkn p demokrasi suh ambiga jd PM ke apa.. spatuknya mmg xbgus wt perarakan..tp bla permohonan tdk lulus n xkn lulus oleh krajaan..so apa cra slain buat sperti ini..sbb issue permohonan ini sdah lma..bkn bru nie je..
tp ape guna wt perarakan?nk anta mmorandum smpai kne bwak 5000 org?berat sgt ke mmorandum 2?smpai ade ahli yg siap bwk botol2 berisi minyak..mcm ni ke caranya?keadaan jadi lebih bagus ke?kalau minta dgn cara elok,InsyaAllah dapat…jadi?dgn keadaan skrg,Malaysia lbih kuat perpaduan ke?rakyat lagi bersatu padu ke?
http://copypasteaboutislam.blogspot.com/2011/07/perancangan-ahli-penyembah-syaitan_03.html
wei…mana2 ahli politik xde yang jujur.. yang betul2 jujur segelintir je.. klu jujur sangat x boleh kaya beb.. belajar la terima kenyataan ini.. kalau sibuk sangat nak jaga org islam.. setelah 3 pasukan biru jaga, dekat di mana kedudukan ekonomi org islam kat malaysia ni??? quotation dgn proposal aku slalu kena pangkah. apa kes? apa kes tutup periuk nasi aku???
ambiga oh ambiga,sebenarnya ambiga ni bercita-cita nak jadi politician sebab tu dia sanggup berkompromi dengan pihak pemb…….,tapi sedih sekali orang melayu pun nak jadi barua si ambiga celaka ni…….AMBIGA NI PATUT DI BUANG NEGARA JE……..