Penyerahan Memorandum kepada TPM/Menteri Pelajaran Malaysia dan Perkembangan Proses Penyerapan GSTT

Book cheap tour packages

PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA TPM/ MENTERI PELAJARAN MALAYSIA dan PERKEMBANGAN PROSES PENYERAPAN GSTT

Pada 1 Julai 2011, bertempat di Hotel Legend, Taiping, Perak, TPM/ Menteri Pelajaran Malaysia (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah diwakili Pegawai Khasnya, Dato’ Nadim telah menerima memorandum yang diserahkan oleh Persatuan GSTT Malaysia (PGM). Majlis penyerahan memorandum ini telah disaksikan dan diatur oleh SU Politik Menteri Besar Perak, Dato’ Ismail Bin Saffian. Turut hadir ialah Exco Pelajaran Negeri Perak. Berikut adalah petikan surat iringan memorandum tersebut:

Yang Amat Berhormat Tan Sri,

MENUNTUT TAN SRI HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MUHAMMAD YASSIN SELAKU TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PELAJARAN MALAYSIA MELALUI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM) MELAKSANAKAN SEGALA JANJI TERHADAP GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH (GSTT) SELURUH MALAYSIA DENGAN SEGERA DAN TELUS

Kami daripada Persatuan GSTT Malaysia Malaysia (PGM)menuntut Tan Sri Hj. Muhyiddin Bin Hj Muhammad Yassin melalui KPM melaksanakan segala janji terhadap GSTT dengan segera dan telus.

PGM menyuarakan tuntutan ini memandangkan TPM/ Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan penarikan balik notis pemberhentian 13 000 GSTT 2010 seluruh Malaysia pada 3 Mac 2011. Namun hingga kini (lebih daripada setengah tahun), tidak sampai separuh GSTT dilantik semula. Pada masa yang sama, lantikan GSTT 2011 ada di antaranya adalah lantikan baru sedangkan GSTT lama yang antaranya telah menjadi GSTT selama 9 tahun tidak pula dilantik. Lebih malang lagi bagi GSTT di sesetengah negeri seperti di Perak terutamanya di sekolah menengah belum menerima sebarang surat pelantikan semula daripada JPN mahupun KPM walaupun arahan tersebut telah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Terbaru Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi telah berjanji bahawa 13 000 GSTT seluruh negara akan diberi kursus selama 18 bulan untuk diserap sebagai GST dalam masa terdekat. PGM menuntut agar semua janji ini dilaksanakan dengan segera dan telus. Jangan lagi mempermainkan GSTT. Segala janji Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin haruslah ditunaikan tanpa alasan oleh KPM kerana:

a) Bagi menjamin masa depan dan kerjaya GSTT, dan demi masa depan pendidikan negara. Sebelum ini timbul banyak kritikan daripada pelbagai pihak terhadap keupayaan guru KPLI kerana tempoh praktikal yang singkat. Sewajarnya pihak KPM menggunakan pengalaman GSTT yang sememangnya mempunyai minat yang mendalam sebagai guru dan pendidik serta telah melalui tempoh praktikal bertahun-tahun, malah ada yang telah mencapai 9 tahun perkhidmatan.

b) Sepanjang menjadi GSTT juga, kami telah diberi kepercayaan untuk memikul pelbagai tugas penting di sekolah seperti Ketua Panitia, Ketua Penasihat Persatuan, dan Ketua Jurulatih. Pada masa yang sama, tempoh perkhidmatan yang lama juga membolehkan GSTT memahami gelagat dan situasi murid dan menjadikan pengurusan bilik darjah lebih teratur dan kondusif untuk P&P

c) KPM mahupun JPN tidak sepatutnya memberikan alasan tiada kekosongan untuk GSTT di sekolah-sekolah kerana Pelan Induk Pembangunan (PIPP) mensasarkan bilangan kelas nisbah guru ialah 1:1.7 dan sehingga kini kebanyakan sekolah masih menggunakan 1:1.5. Adakah pihak KPM telah melupakan PIPP yang telah diperkenalkan mereka sendiri ? Atau adakah PIPP itu sebenarnya hanyalah retorik semata-mata? Selain itu, GSTT juga tidak pernah memilih untuk ditempatkan di mana-mana sekolah di seluruh negara. Kami berpegang kepada ucapan Y.A.B TPM/ Menteri Pelajaran Malaysia yang disiarkan pada 4/3/2011 bahawa GSTT diminta sanggup dihantar ke tempat lain dan bukan di sekolah asal kerana mungkin di sekolah asal telah diisi guru terlatih


d) Pertambahan defisit negara juga tidak sepatutnya dikaitkan dengan isu GSTT. Hal ini kerana GSTT telah bertahun-tahun berkhidmat, kenapa baru sekarang timbul soal pertambahan defisit? Malahan sepatutnya penyerapan GSTT ke jawatan tetap dapat membantu mengurangkan defisit jika diuruskan dengan betul dan telus. KPLI/ DPLI patut dimansuhkan sehingga isu GSTT selesai. Tindakan ini boleh menghapuskan kos untuk membayar elaun pelajar KPLI/ DPLI kerana melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) atau Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP), GSTT hanya dibayar gaji mereka seperti biasa tanpa menerima sebarang elaun atau bayaran berkenaan KDC/KDP. Sementara itu, bagi menyambut “transformasi pendidikan negara” yang menekankan pendidikan teknik dan vokasional, KPM juga boleh memberikan latihan iktisas melalui KDC/KDP kepada GSTT yang mempunyai Ijazah dalam bidang-bidang teknik dan vokasional serta telah bertahun-tahun mengajar subjek tersebut di sekolah.

Sebagai menyambut slogan kerajaan, Gagasan 1 Malaysia: Rakyar didahulukan, pencapaian diutamakan, kerajaan harus mengambil kira kesan negatif jika janji terhadap GSTT ini tidak ditunaikan. Antaranya ialah:

a) GSTT yang diberhentikan kontrak mengalami kemerosotan nilai ekonomi kerana mereka sukar mendapatkan pekerjaan lain memandangkan mereka hanya mempunyai pengalaman kerja sebagai guru. Tambahan pula kebanyakan majikan tidak mahu mengambil bekas GSTT 2010 bekerja dengan mereka kerana beranggapan GSTT akan dipanggil berkhidmat dalam masa terdekat seperti yang dijanjikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keadaan ini menyebabkan GSTT sukar meneruskan kehidupan harian dengan bebanan hutang dan komitmen yang semakin bertambah. Seperti orang lain yang telah lama bekerja, GSTT juga mananggung liabiliti yang besar seperti ansuran kereta, rumah, kos sara hidup rumah tangga dan juga hutang PTPTN. Lebih memeritkan lagi ada di antara GSTT yang ditamatkan kontrak ini telah kematian suami dan terpaksa menyara 5 orang anak.

Rehat jap. Minum air teh boh kejap. Okkk..Sambung balik..

b) Dalam kesukaran GSTT meneruskan hidup selepas ditamatkan kontrak, wujud pula golongan yang mengambil peluang dan kesempatan ke atas mereka. PGM menerima banyak rungutan daripada GSTT seluruh negara bahawa mereka perlu membayar RM 200 seorang untuk mendapatkan tawaran mengajar di sekolah swasta. Kami sangat bimbang jika ia melibatkan sendikit penipuan dan semakin berleluasa serta agresif, misalnya jika melibatkan sendikit pelacuran dan pengedaran dadah.

c) PGM juga bimbang jika janji terhadap GSTT tidak ditunaikan, akan menyebabkab terhakisnya kepercayaan yang kami pupuk terhadap kerajaan yang memerintah. Sudah pasti keadaan ini akan diterjemahkan dalam pilihanraya. Sangat rugi jika pucuk pimpinan yang banyak berjasa dan berkebolehan seperti dalam pemerintahan negara kita pada hari ini terpaksa ditukar hanya kerana rasa tidak puas hati sesama kita akibat janji yang tidak ditunaikan

BERIKUT PULA ADALAH PERKEMBANGAN TENTANG PENYERAPAN GSTT:

Sebelum sessi penyerahan memorandum dilaksanakan, pihak PGM telah diberi penerangan tentang perkembangan proses penyerapan lebih kurang 13 000 GSTT 2010 di seluruh Malaysia. Menurut Pegawai Khas TPM, kerajaan di tahap akhir menyiapkan kertas kerja penyerapan tersebut yang sepatutnya siap pada 1 Julai 2011. Proses ini memakan masa kerana ia melibatkan kesemua lebih kurang 13 000 GSTT yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berbeza (SPM/ STPM/ DIPLOMA/IJAZAH). Beliau akan mendapatkan kepastian daripada KSU secepat mungkin dan satu majlis taklimat kepada wakil GSTT dari setiap negeri di Malaysia akan diadakan minggu depan. Pihak PGM akan dihubungi untuk tujuan tersebut

Sumber: Blog Persatuan GSTT Malaysia

Ps: Memang agak panjang nak baca semua ni. Tapi untuk semua para GSTT anda patut baca benda ini dan fikirkan sedalamnya untuk membuat keputusan anda. Yang paling tepat.


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in Dunia Guru, GSTT, Guru Malaysia, Isu Semasa, Pendidikan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

13 Comments

  • At 2011.07.06 03:21, wani said:

    thanks oh cikgu

    • At 2011.07.06 06:23, iza said:

      semoga ada perkembangan positif dengan adanya pihak2 yg membantu follow up. saya memang mengharapkan jalan ini saje lah impian menjadi guru tercapai

      • At 2011.07.06 12:58, valencear said:

        nak tanya kalau ada proses penyerapan gstt, kena ada mtest & interview ke? kalau mcm tu x semua la gstt yang akan diberi peluang kursus ni kan..please rep..thanks ;-)

        • At 2011.07.06 15:52, wani said:

          segalanya akan terjawab dlm taklimat oleh KSU kpd wakil gstt setiap negeri minggu depan. selalu lah ke blog persatuan untuk mengetahui perkembangannya.
          http://www.persatuangsttmalaysia.blogspot.com

          • At 2011.07.07 02:51, valencear said:

            mudah-mudahan proses serapan gstt ni menjadi kenyataan. bukan senang nak serap semua 13000 gstt ni..harap-harap x perlu ada test & interview huhuu..penat sangat bertaun2 test tp xda rezeki pun..biarlah gstt diberi peluang untuk kali ni ;-(

            • At 2011.07.13 14:56, yati said:

              salam..

              TERIMA KASIH SESANGAT untuk PGM atas usaha kalian..sememangnya saya sentiasa menyokong dan mengikuti perkembangan PGM.saya berharap segala usaha kalian akan memberi manfaat kepada kami semua. Seperti juga valencear,saya juga berharap tiada lagi mtest or intvw.Sudah berkurun saya melalui mtest tetapi masih tidak mendapat tempat walaupun sudah bebuku-buku saya membuat latih tubi.Memang memenatkan..apa yg agak merunsingkan saya apakan gstt pendidikan khas seperti saya turut diambil perhatian or hanya gstt perdana sahaja yang akan diberi tempat?Mohon sesiapa sudi memberikan penjelasan….thanks.

              • At 2011.07.31 04:56, eisya said:

                sy gstt 2008-2009 di kelantan sampai skrg xdpt smbg..hya gstt yg tmt kntrk 2010 je ke yg akn dpt serap ke smua dpt?

                • At 2011.07.31 08:32, ohcikgu said:

                  kelebihan pada gstt yang masih mengajar dan gstt cfs. Rasanya anda masih juga layak diserap jika masih ada kekosongan. Advantage lebih kepada gstt 2010 kerana isu ini naik kerana isu 13 ribu gstt diberhentikan pada tahun tersebut.

                  • At 2011.08.02 03:56, eisya said:

                    gstt utk thn 2010 sbyk 13000 ke?ramainyerr…jpn or kpm yg pilh?

                • At 2011.09.08 03:42, Qistina said:

                  Salam, saya nak tanya tentang gstt yang tidak tahu menahu langsung tentang perlunya mengisi maklumat dalam didik dalam beberapa bulan yang lepas, adakah mereka berpeluang untuk diserap memandangkan desas desus mengatakan hanya yang mengisi maklumat dalam didik saja yang berpeluang dan akan diserap. Adakah berita ini benar? Harap ohcikgu dapat berikan penjelasan. Terima kasih.

                  • At 2011.09.08 04:35, ohcikgu said:

                    sebenarnya, saya juga ada dengar ura-ura begitu. Tapi kita tak tahu sejauh mana benar atau tidak kesahihan berita itu. Isu didik dan eims tu..saya memang kurang pasti dan tidak berani memandai-mandai dalam isu ini. Bab diserap ni, masih lagi misteri. Semuanya atas budi bicara kpm. Kita tunggu dan lihat sahaja dulu.

                  • At 2011.09.15 14:02, nik zahira said:

                    thanks…arapnya doa kita semua akan termakbul

                    • At 2011.09.15 18:05, dg41 said:

                      tanpa mtest dan temuduga…

                      Sekolah akan dibanjiri guru-guru yang gagal mtest terutamanya insak.. pengalaman menjadi ukuran gstt diserap tetap..

                      (Required)
                      (Required, will not be published)

                      CommentLuv badge