Ok. Hari ini nak cerita pasal GSTT. Kawan yang cerita. Dia suruh kongsi kat blog Ohcikgu.com ini. Maklumlah, dia peminat setia blog ini sampai sanggup langgan atau subscribe blog ini dan juga like Fanpage Ohcikgu.com.
Ceritanya macam ini..
2 hari yang lepas, kawan saya yang bernama Safee (bukan nama sebenar) telah mendapat panggilan dari orang JPN. Orang JPN tu mengatakan bahawa kawan saya si Safee ini telah dapat tawaran untuk menjadi GSTT. Lantikan semula katanya. GSTT (Contract for service). So, masih dalam kontrak la. Tapi samada kawan saya ini dapat KDC atau tidak seperti yang diura-urakan bahawa akan ada GSTT-KDC untuk tahun 2011-2012 ini, itu saya kurang pasti. Tapi saya yakin akan ada berdasarkan situasi semasa sekarang.
Kawan saya ini dulunya GSTT di Pahang. Jadi, dia mungkin akan ditempatkan di sekolah-sekolah area Pahang. Beliau akan ambil surat lantikan tersebut di Kuantan. Dalam jam 8.30 pagi. Jadi, kawan saya kena bertolak awallah dari Jerantut. Mahu 2-3 jam juga nak pergi ke sana. Nak cari tempat lagi. Memang ambil masa. Jadi, masa itulah kawan saya akan bertanya tentang status GSTT ini dan juga tentang isu penyerapan GSTT dalam jawatan tetap dan mengikuti KDC (kursus dalam cuti). Samada wujud atau sandiwara semata-mata.
Jadi, kita tunggu dan lihat. Samada ada isu baru bila kawan saya balik dari perjumpaan tersebut. Rasanya majoriti GSTT yang dari 13 ribu itu akan dipanggil semula. Macam mana GSTT di Selangor? Penang dan Perak? Ada apa-apa isu yang saya terlepas pandang?
Oh ya. Dengarnya, kawan saya itu akan diserap ke sekolah rendah. Bukan sekolah menengah. Sudah 2 tahun kawan saya itu bertugas sebagai GSTT di sekolah menengah. Mungkin ini akan jadi pengalaman baru beliau. Semoga kawan saya, si Safee itu akan menjadi guru tetap nanti..
Ps: Semoga mereka akan diserap. Dah lama bertugas. Ada yang sampai 5-6 tahun masih pegang GSTT. Tapi tak ada peluang untuk diserap ke guru tetap atau mengikuti KDC..











Kebanyakkanya akan diserap. Saya tak berani kata semua, tapi sebahagian besar akan diserap. Itupun jika KPM nak serap. Kalau diorang tak nak..kita tak boleh buat apa.
Tapi memandangkan diorang dah kata dan tulis dalam surat khabar yang 13 ribu GSTT ni akan diserap, jadi mereka kena kotakan janji tersebut..jadi, sila tunggu dan lihat.

ohcikgu recently posted..13 ribu GSTT ditawarkan sebagai guru tetap akhirnya – Apa itu GSTT CFS (Contract For Service)?
harap-harap begitulah. Takkan nak tarik balik. Malu besar lah nanti.

ohcikgu recently posted..13 ribu GSTT ditawarkan sebagai guru tetap akhirnya – Apa itu GSTT CFS (Contract For Service)?
memang tak diberitahu. Kawan saya pun kata macam tu. TAPi dalam surat khabar dan juga berita..dia cerita lain. Katanya semua akan diserap. Jadi, kita tunggu dan lihat..
Yap, jika anda tak sign contract, memang takkan diserap jika ada berlaku serapan GSTT ke jawatan tetap. Kiranya masih 50-50..tunggu dan lihat. Yang penting, mesti pernah berkhidmat pada tahun 2010. Even diberhentikan pun takpe pada tahun itu. Janji tahun 2010..
ohcikgu recently posted..13 ribu GSTT ditawarkan sebagai guru tetap akhirnya – Apa itu GSTT CFS (Contract For Service)?
untuk tahun 2012, saya rasa masih 50-50. sebab gstt CFS adalah kontrak. Kontrak anda adalah 25 julai hingga 31 disember 2011 bukan? Jika ada tawaran renew, ambil. Sebab mereka akan serap dari gstt yang sedang berkhidmat dan juga gstt CFS. Jadi, jika anda terkeluar dari sistem, sukar untuk diserap dan latihan dengarnya akan diambil secara berperingkat mulai hujung tahun ini. Mungkin november paling awal.
Bab serap atau tidak, memang susah nak cakap. Tapi potensi masih 50-50. Oleh sebab dah masuk TV dan kelaur surat khabar, KPM tak leh undur dahh. Bagi pendapat saya, nak tak nak..mereka akan serap juga sebahagian besar GSTT ke jawatan tetap selepas menerima latihan dari IPG atau KDC.
anda mahu berhenti atau tidak. Anda kena buat keputusannya.

ohcikgu recently posted..13 ribu GSTT ditawarkan sebagai guru tetap akhirnya – Apa itu GSTT CFS (Contract For Service)?
saya dah menolak tawaran GSTT cfs tu sbb saya bertanya sendiri dengan pegawai pengambilan GSTT kl unit sekolah menengah, bahagian pengambilan GSTT cfs dengan pengambilan GSTT serapan adalah berlainan bahagian (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Bahagian Pendidikan Guru). Tiada kaitan antara satu sama lain. Jadi kepada yang tolak tawaran, peluang untuk diserap masih ada melalui online KPLI GSTT tempoh hari. Saranan pegawai itu juga meminta saya terus berkhidmat dengan pekerjaan sekarang memandangkan status GSTT pada tahun 2012 tiada kesudahannya. Jadi berpegang kepada kata-kata pegawai tersebut serta percaya rezeki kurniaan Allah tidak pernah putus, saya bertekad untuk melepaskan tawaran GSTT cfs dan terus berkhidmat sebagai guru disebuah sekolah swasta..hati kembali ceria bila memandang wajah anak2 didikku yang bakal menduduki SPM just beberapa bulan sahaja lagi.
ada kosong x guru kt sekolah awak… sy gstt 2011,skrang guru ganti,,, lepas nie nk jdi ckgu swasta lak… tlg sy
jika mahu diserap, terima jawatan tu. Jawatan anda tidak akan terjejas sebab GSTT CFS ni macam guru kontrak. Kita dah ikat kontrak dengan mereka. Jika ada guru masuk, mereka tak boleh buang GSTT. Tapi mereka boleh buang GSTT jika GSTT tidak mencapai tahap yang dikehendaki atau gstt tersebut bermasalah. Kalau setakat ada guru baru posting masuk ke sekolah, pihak sekolah tak boleh buang GSTT CFS sebab kita contract dengan KPM dan JPN. Bukan dengan pihak sekolah..
kalau gstt cfs yang ada ijazah, gajinya tinggi. RM2331.00. Tapi kalau spm..memang rendah rasanya dalam RM1200++ lebih kot. Yang diploma mungkin RM1500-RM1700 ke atas..
Cuma kalau ambil tawaran CFS ni, peluang untuk diserap adalah tinggi. Adakah anda masih berkhidmat sebagai gstt atau tidak?
ohcikgu recently posted..13 ribu GSTT ditawarkan sebagai guru tetap akhirnya – Apa itu GSTT CFS (Contract For Service)?
kawan saya kata, mereka akan col. Jadi, telefon tu..jangan tukar nombor handphone dan jangan letak handset merata. Kang diorang call, anda tak angkat pula. Siapa yang rugi??

ohcikgu recently posted..13 ribu GSTT ditawarkan sebagai guru tetap akhirnya – Apa itu GSTT CFS (Contract For Service)?
terima kasih ohcikgu..saya rasa akan terima tawaran ini biarpun kehilangan EPF dan RM 2oo lebih (kenaikan setiap tahun)..tapi pelik nape CFS ini ditawarkan juga pada GSTT yg dah dpt tawaran mengajar..kesian juga bg GSTT yg tak mengajar lagi kerana saya dgr tawaran ini terhad..
saya tak suruh faizal. Saya mencadangkan berdasarkan apa yang kawan-kawan gstt cfs beritahu.
Sebab dengarnya gstt yang sedang mengajar dan yang dapat tawaran gstt CFS ini kebarangkalian untuk diserap memang tinggi. Tapi tetap 50-50 bergantung pada KPM dan JPN. Bab epf dan elaun sana-sini tu..kita tetap boleh kumpul. Sabar aje dalam setahun dua ini. Kalau lepas ini diserap..kiranya dah selamat bila ada kerja tetap bukan?
Gstt yang diberhentikan dan tak dapat tawaran gstt cfs ni boleh buat rayuran untuk dapatkan jawatan gstt cfs sementara masih panas ni. Dan even mereka tak dapat gstt cfs..mereka tetap ada peluang untuk diserap. Cuma mungkin tidaklah semua. Sebahagian besar mungkin. Sebab dalam paper dan tv kata 13 ribu. Itu bermaksud semua bukan? Mungkin ianya akan dilaksanakan secara berperingkat.
Dan dengarnya, latihan atau KDC itu akan dilaksanan secara berperingkat bermula pada hujung tahun ini, awal November mungkin. Jadi, kita tunggu dan lihat sahaja. Insya-Allah, jika ada rezeki anda semua akan dapat.

ohcikgu recently posted..13 ribu GSTT ditawarkan sebagai guru tetap akhirnya – Apa itu GSTT CFS (Contract For Service)?
oh cikgu,
kawan saya dari awal tahun dah berkhidmat then suddnly die diterminate bulan ogos ni..hari tu kate gstt yang mengajar xkan terminate & tunggu proses penyerapan tu tapi ada gak yang kene terminate baru-baru ni..bimbang jugak kalau macam ni..
Kiranya dia masuk dalam kategori ke 3 la tu. Antara gstt yang tercicir. Cuba suruh dia apply untuk gstt cfs. Masih dibuka lagi rasanya untuk rayuan. Itupun kalau ada kekosongan disekolah didaerah kawan awak tu. Dari apa yang saya faham, walaupun kawan awak tu tercicir, dia tetap ada potensi untuk diserap. Tapi bergantung pada KPM, JPN dan PPD juga. Sebab memang nak cari sekolah yang masih kosong tu..bukan senang. Banyak sekolah yang dah penuh dengan cikgu.
ohcikgu recently posted..Upgrade azam dalam bulan ramadhan kali..
adakah pengalaman sebagai guru ganti dapat membantu..?????
Bagi kawasan saya di bawah pentadbiran JPWP, 100% tawaran GSTT cfs dibuka kepada GSTT yang tercicir pada awal tahun 2011 serta tidak semua GSTT yang sedang berkhidmat. Menurut pihak terlibat, pengambilan ini adalah merupakan PELUANG bekerja semula kepada mereka2 GSTT yang tercicir.(KERAJAAN INGIN MENUNAIKAN JANJI kepada GSTT yang tercicir tempoh hari).
Yap, itu yang saya faham dan cuba sampaikan. Mungkin ada yang kurang faham.

ohcikgu recently posted..Lirik lagu dan video asal Aishiteru – Koko Ni Iru Yo oleh SoulJa feat Aoyama Thelma
pengalaman memang akan membantu dalam pelajaran. Tapi untuk lantikan gstt cfs ni, mungkin tak ada kaitan langsung. Kena tengok syarat yang wajib ada sebelum diterima ke gstt cfs.
ohcikgu recently posted..Lirik lagu dan video asal Aishiteru – Koko Ni Iru Yo oleh SoulJa feat Aoyama Thelma
Assalammualaikum…
Saya telah menjadi guru ganti pada tahun 2008(2 bulan), guru gstt selama 2 thun pada 2009 dan 2010 di Negeri Sembilan. Namun, pada tahun ini(2011), kontrak saya tidak disambung. Apakah saya berpeluang untk tawaran gstt cfs ni? Kalau melihat komen pada En.Faizal(Negeri Sembilan) di atas, dia telah pun mendapat tawaran gstt cfs ini. Adakah saya harus ke JPNS Negeri Sembilan untuk membuat rayuan? Atau pun, apakah tindakan yang paling sesuai yang patut saya lakukan?
Waalaikumalam. Anda tak dapat tawaran gstt cfs? Kalau belum, saya cadangkan anda buat rayuan. Buat surat dan hantar ke JPN Negeri Sembilan. Jika masih ada kekosongan, saya rasa anda boleh dapat gstt cfs nih. Itupun jika anda mahu diserap cuma senarai yang awal mungkin akan diserap lebih awal secara berperingkat.
Sekarang ni erma kerja sebagai apa?
ohcikgu recently posted..(Terkini) GSTT CFS sudah confrm untuk diserap pada hujung Disember 2011
Saya memang mahu diserap. Memang itulah yang saya amat-amat harapkan. Setakat ini, saya memang x dapat apa2 panggilan dari JPN Negeri Sembilan untuk tawaran gstt cfs ni. Kalau saya buat surat rayuan, bahagian manakah kt JPN itu, saya harus hantar surat rayuan tu? Bahagian unit sekolah menengah ke?
bahagian JPN negeri. Mungkin pada bahagian sekolah menengah kalau tak silap saya. Cuba call dulu.

ohcikgu recently posted..Lirik lagu dan video asal Aishiteru – Koko Ni Iru Yo oleh SoulJa feat Aoyama Thelma
ohcikgu,
kalau berkhidmat mula julai-dis 2009, jun-dis 2010, feb- sekarang kira brapa tahun tu? ade yang kate kalau berkhidmat 6 bulan dikira 1 tahun. musykil pulak..tolong jelaskan ye
Nak tahu, apa beza gstt CFS dan gstt COS???
valancear sedang berkhidmat kan. Jadi, saya rasa tidak ada masalah.

ohcikgu recently posted..Lirik lagu dan video asal Aishiteru – Koko Ni Iru Yo oleh SoulJa feat Aoyama Thelma
Valencear,
Perkiraan tahun perkhidmatan gstt tidak mengikut bulan, ianyanya terus refer pada tahun berkhidmat, walaupun pada tahun tersebut hanya berkhidmat selama 2 bulan, ianya tetap dikira setahun. Refer pada perkhidmatan anda, anda dikira sudah berkhidmat selama 2 tahun..(=
Sumber, JPWP.
thanks dodianazz! moga2 dapat rezeki kita semua untuk diserap tahun ni…
Yap, itu yang saya cuba beritahu. Hehe..
tapi ramai juga yang silap faham.
Apa ya kelebihan GSTT CFS berbanding GSTT COS?
kelebihan?
1. tidak akan diberhentikan walaupun ada cikgu posting baru di sekolah yang sama.
2. tidak ada caruman kwsp.
3. tidak ada gaji. tapi ada elaun. Jumlah elaun RM2331.00 untuk yang ada ijazah.
4. kebanyakkan gstt cfs dihantar ke sekolah rendah. dan sebahagian kecil sahaja dihantar ke sekolah menengah.
5. berpotensi besar untuk diserap ke jawatan tetap.
Itu dari pandangan saya. Mungkin orang lain ada pandangan masing-masing.

ohcikgu recently posted..Lirik lagu dan video asal Aishiteru – Koko Ni Iru Yo oleh SoulJa feat Aoyama Thelma
Kenapa tiada mencarumkan kwsp ??
Ikut akta KWSP 1991, semua pekerja haruslah dicarumkan kwsp kecuali bukan warga negara dan pegawai kerajaan yang memilih skim pencen. Sekiranya enggan berbuat sedemikian tindakan mahkamah akan dikenakan. Sila rujuk berita “157 Majikan Tidak Mencarum KWSP Didenda RM172,410″ melalui (http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/5/24/mstar_berita/20100524163901).
dari apa yang saya faham, gstt cfs ini hanya jawatan kontrak. Bukan macam gstt yang biasa. Jadi, bila jawatan gstt ini dikontrakkan, gstt ini cuma diberi elaun. Bukan GAJI. Jadi, sebab itu katanya mereka tak dapat KWSP. Dan kontrak ini cuma sampai 31 disember 2011.
Jadi, elaun memang tak boleh nak dicarum. Kalau gaji, itu lain cerita.

ohcikgu recently posted..Bagaimana mengira Keuntungan Bisnes Coklat?
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 tahun 2003
7.4 Ketua Jabatan hendaklah menghubungi KWSP untuk memperolehi maklumat kadar faedah KWSP caruman majikan bagi tempoh kontrak dan faedah ini hendaklah ditolak daripada ganjaran kontrak.
Adakan Pekeliling ini telah dipindakan ????
Minta saudara saudari yang berpengetahuan tentang hal ini memberikan penjelasan supaya Nak Tanya boleh memperolehi suatu ilmu baru. Terima kasih.
tak dipinda.
cuma dari apa yang saya tahu, elaun memang tak dicarum. Gaji memang akan dicarum. Gstt cfs memang diberi elaun sebanyak RM2331.00. Mereka bukan dapat gaji tetapi elaun. Sebab tu juga mereka tak ada elaun cola dan elaun yang lain.
ohcikgu recently posted..Bagaimana mengira Keuntungan Bisnes Coklat?
Alhamdulillah…rezeki bulan Ramadhan…saya baru check nama saya kat web JPNS (Negeri Sembilan), nama saya ada dalam senarai untuk guru gstt CFS tu….syukur sangat2….Terima kasih, Ya Allah…Pada sesiapa yang tinggal Negeri Sembilan, boleh la try check nama kt web JPNS…taklimat 10 ogos ni…sebab rasanya, mmg JPNS x call bagi tau…kita kena check sendiri…
Tahniah Erma. Berkat bulan ramadhan mungkin. Jadi, sesiapa yang berkenaan di negeri sembilan. Bolehlah semak nama anda. Boleh bagi website JPNS? Nanti saya boleh kongsikan dalam post baru dalam blog ini.

ohcikgu recently posted..Lirik lagu dan video asal Aishiteru – Koko Ni Iru Yo oleh SoulJa feat Aoyama Thelma
Alhamdulillah…surat tentang taklimat CFS ni pun dah sampai hari jumaat hari tu (5 ogos 2011)…
Portal Rasmi Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan
http://www.jpnns.gov.my/
Boleh check nama kat bahagian ini:
Bahagian Terkini:
Utk SEK/UMUM: Taklimat & Penyerahan Surat Pelantikan Semula Guru GSTT Di Sekolah-Sekolah DiBawah KPM Secara Contract for Service |
terima kasih. Dah check dah.

ohcikgu recently posted..Bagaimana mengira Keuntungan Bisnes Coklat?
assalamualaikum w.b.t semalam 7.8.2011 taklimat gstt CFS seluruh negeri trganu telah diadakan.yg hadir dan tpilih setakat ini hanya 28 org. insyallah kata dr ‘mereka’ yg bkenaan ,gstt CFS ini akan mnjalani kursus bulan NOV nnti..mana2 gstt yg bkhidmat 2 thun berturut mulai 2010 & 2009 atau 2008,sila semak nama anda di JPNT
28 orang sahaja? Emm..sekurangnya ada gstt cfs yang dilantik.

ohcikgu recently posted..10 Soalan lazim pembeli baru bullion Perak(Silver)
assalamualaikum w.b.t
bagaimana pula status gstt yg telah berkhidmat pada 2010 dan sedang berkhidmat pada 2011
Adakah second intake untuk GSTT CFS ni akan dilaksanakan untuk tahun akan datang
Atau terpaksa melalui proses seperti sedia ada (KPLI & DPLI)
Terima Kasih
Pada pendapat saya gstt yang sedang berkhidmat dan gstt cfs ada peluang untuk diserap. Peluang lebih kepada mereka berbanding orang lain. Jadi, tak perlu risau tentang status tu. Buat kerja dengan baik sahaja. Yang diserap nanti bukan gstt cfs sahaja, tetapi gstt yang sedang berkhidmat dan juga dari 13 ribu orang gstt yang diberhentikan tu.
ohcikgu recently posted..10 Soalan lazim pembeli baru bullion Perak(Silver)
assalamualaikum w.b.t
adakah gstt cfs berpotensi tinggi untuk diserap berbanding gstt?? adakah gstt pendidikan khas berpotensi untuk diserap juga?
terima kasih..
dua-dua berpotensi untuk diserap.
gstt pendidikan khas juga akan diserap tetapi mengikut saluran yang berbeza.
ohcikgu recently posted..Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Wembley: Milik Lee Chong Wei atau Lin Dan?
salam,
nak tanya apa beza gstt cos dengan guru kontrak? sebab dalam surat tawaran yang awal tahun berkhidmat ari tu x tulis apepun cuma tawaran sementara gstt je.. macam keliru pulak tetiba ada istilah guru kontrak ni tu yg x pasti..tolong jelaskan ohcikgu..thanks
guru kontrak biasa tak sama dengan gstt cos atau gstt cfs.
dalam contract gstt biasa atau gstt cfs, memang tak tulis apa-apa pasal diserap. Tapi berpandukan pada surat khabar dan berita di tv, mereka ada cerita tentang hal diserap ini. Jadi, kita berpandukan pada tv dan surat khabar sekarang jika kes diserap ini.
ohcikgu recently posted..Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Wembley: Milik Lee Chong Wei atau Lin Dan?
Assalamualaikum…
nak tanye..gstt utk sek. ren. ade x?sy da mengajar baru setahun di sek. men..sy ade apply gstt yg lps tp xdpt..mybe baru setahun kot..tp ade jgk yg mengajar setahun yg da dpt..JPN ckp mgkin kena amk kursus pada november nnt utk sek. ren..btl ke?sdgkn gstt yg lain smua da start mengajar…
confuse betul pasal kes2 pnyrapan ni. betulkah bulan disember ni kena ikut kursus?
Slm…sy mohon pandangan semua..sy merupakan seorang gstt brmula dr bln mac 2011 hingga disember 2011..sy telah ditawarkan CFS…tapi sy tidak yakin menerimanya kerana saya tidak mahu menjadi guru tetap…sy lebih selesa dengan kontrak…persoalannya bolehkah sy menolak CFS tersebut?
Penempatan GSTT kini boleh disemak di http://apps.moe.gov.my/abpg/gstt_tawar/
saya nak tanya mcm mana yer dah tau keputusan dpt kat ipg raja melewar ,tp sekarg tgh mengandung dpt x pegi ni.sy tunggu nak diserap punyalah lama jd berilah peluang sy menabur budi,dah tel ipg san dia suruh tanya kpm sbb ini perkara baru di buat oleh kpm jd camner ni sedih sgt
sy, tel kpm dr td utk tanya masalah sy tp x angkat2 jg,pening kepala betul sesiapa yg blh bg jawapan tlg sy