Hari ini hari Ahad dan seperti yang kita tahu esok kita akan mula berpuasa dan saya harap saya akan dapat menjalani ibadah puasa ini dengan baik seperti tahun-tahun lepas. Semoga kita semua menjadi insan yang dikasihi dan disayangi oleh Allah dalam bulan ramadhan ini nanti.
Seperti yang kita semua tunggu, saya harap tahun ini saya dapat solat terawih penuh di masjid dan juga solat fardu yang lain. Memang cukup sukar untuk berjemaah di masjid, tetapi saya akan cuba penuhkan kerana ini juga salah satu azam yang sentiasa saya cuba upgrade dari masa ke semasa. Ada masanya saya terlepas juga untuk solat berjemaah di masjid. Ada sahaja kekangannya. Ada saja halangannya. Mungkin dalam bulan ini ianya boleh jadi pemangkin yang baik untuk saya berubah..
Apapun, bagi yang lelaki janganlah ada yang ponteng puasa macam dulu. Anda kena berubah. Anda ketua. Anda khalifah dimuka bumi Allah ini. Jadi janganlah tidak mematuhi rukun Islam kita yang cuma ada 5 sahaja. Bukan sepuluh. Cuma 5 sahaja. Itupun kita dah gundah-gulana. Cuba kalau kena patuhi 100 rukun Islam. Mesti ada yang merungut. Apapun..kita cuba ya wahai lelaki sekalian. 🙂
Ps: Insya-Allah. Saya cuba. Dan kepada semua, selamat berpuasa!! 😀
Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan bersua muka dengan bulan Ramadhan. Semoga bulan Ramadhan kali ni lebih baik dari yang lepas, bagi kita semua. 😉
Selamat berpuasa cikgu.. 😀
slmt menjalani ibadah puasa dgn sempurna…moga ramadhan kali ini lebih bermakna….:)