KUALA LUMPUR 2 Ogos – Seramai 972 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan mengikuti latihan perguruan selama 18 bulan di institusi-institusi pengajian tinggi awam pada Disember ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata, 2,821 orang lagi akan mengikuti latihan di institusi-institusi pengajian guru (IPG) bagi ambilan Januari 2012.
Guru-guru tersebut merupakan mereka yang layak dilantik semula secara ”contract of service” daripada sejumlah 7,258 orang GSTT yang belum dilantik.
“Bagi yang mengikuti kursus di IPG, mereka yang mempunyai ijazah akan mengikuti latihan 18 bulan dan yang tidak berijazah akan mengikuti latihan 66 bulan iaitu Program Ijazah Sarjana Muda Pendidkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, kedudukan baki 3,465 orang daripada kumpulan guru tersebut akan ditentukan selepas mereka disahkan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Katanya, ada di antara mereka yang masih berpeluang untuk dilantik semula atau dipilih mengikuti latihan perguruan selepas semakan semula ke atas maklumat mereka selesai dijalankan.
“Bagi yang dikenal pasti tidak layak dilantik semula, semakan ke atas rekod mereka dan pengesahan akan dibuat sebelum akhir Ogos 2011.
“Bagi mereka yang dilantik semula, penempatan tidak akan terhad kepada lokasi, sekolah atau opsyen asal,” katanya.
Muhyiddin berkata, penempatan akan dibuat bagi memenuhi dan menyokong pelaksanaan dasar khususnya dasar baru kementerian seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). –
Sumber: Bernama dan Utusan
Ohcikgu:
1. OK, ini dah nampak confirm sangat dah. Gstt yang sedang berkhidmat dna gstt CFS ni memang nampak macam dah pasti akan diserap. Mereka akan dapat kdc dekat IPG dan juga pengajian tinggi.
2. INi satu usaha yang saya boleh kata mustahil tapi telah menjadi kenyataan.
3. Bagi gstt yang 1 tahun sahaja, itu payah nak cakap jika anda tidak dapat tawaran ini. Sebab antara syaratnya adalah mesti 2 tahun dan ke atas. Jadi, jika semua gstt tak kiralah 3 bulan ke 6 bulan ke 1 tahun ke..payah nak serap semua. Kekosongan bukan ada pada setiap masa. Bila yang 2 tahun ke atas ni dapat tawaran emas ini, ini sendiri sudah dikatakan keajaiban. Jadi, yang tak dapat tak perlulah marah-marah atau kecewa.
3. Sekali lagi, tahniah pada semua gstt yang bakal diserap.
Ps: Dalam 1-2 bulan ni, memang banyak berita tentang Gstt ek..











apa2pn tggu ujg thn la dpt hitam putih cos ke cfs ke sume sama asal seimbang n ckup syarat yg dtetapkan…apa2 pn boleh jd itu kptsan kpn n jpn. so kita tggu n berdoa byk2 insyaallah…
Yap. Semuanya hujung tahun nanti. Barulah anda-anda semua pada waktu itu boleh buat keputusan. Semoga berita gembira menanti anda semua..

ohcikgu recently posted..Ada cikgu-cikgu yang berniaga pada bulan Ramadan kali ini?
itulah yang sebaiknya. Doa, usaha dan tawakal.

ohcikgu recently posted..Ada cikgu-cikgu yang berniaga pada bulan Ramadan kali ini?
Dalam taklimat memang diorang takkan cakap pasal diserap sebab memang disuruh cakap begitu. Tapi dekat surat khabar dan television, lain pula cakapnya. Jadi, kita berpaksikan pada surat khabar dan television..yang tu, ada cakap pasal diserap..
ohcikgu recently posted..Ada cikgu-cikgu yang berniaga pada bulan Ramadan kali ini?
assalamualaikum w.b.t
sekiranya cfs berpotensi besar akan diserap,bagaimana pula dgn gstt yang sedang berkhidmat?
gstt cfs dan gstt yang sedang berkhidmat mempunyai potensi yang sama untuk diserap. Sebenarnya, dari apa yang saya tahu, gstt yang sedang berkhidmat mempungai potensi yang lebih besar diserap berbanding gstt cfs.
owh…harap2 semua diserap…apa2 pon gstt pen.khas masih lagi belum ada apa2 berita gembira sepertimana gstt aliran perdana..:(
gstt pendidikan khas lain agendanya. tak sama dengan gstt biasa ni..diorang ada kdc sendiri. dengar cerita kdc diorang kene hold kejap. tak tahu sampai bila..
owh..baru faham..thanks
tetapi apabila gstt pen.khas dipanggil untuk mengisi borang kdc-kpli aliran perdana baru2 ini..adakah masih lagi berpotensi diserap?
Yang itu saya kurang pasti. Gstt pendidikan khas ada salurannya tersendiri untuk diserap. Berbeza dengan gstt biasa dan gstt cfs.
ohcikgu recently posted..Pengalaman saya berniaga pada bulan Ramadan
Yap, harap-harap begitulah. Biarlah kes gstt ini setel dalam tahun ini juga. Kalau berlarutan lama-lama, memang tak best.

ohcikgu recently posted..Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Wembley: Milik Lee Chong Wei atau Lin Dan?
btol ckp gstt bera…harap2 semua diserap..dah lama dah menanti…
Mudah-mudahannya bergitulah.

ohcikgu recently posted..Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Wembley: Milik Lee Chong Wei atau Lin Dan?
hmm..sy plak nga confius ngan gstt cfs nie..sy skrg gstt biase tp dpt gak twaran gstt cfs..adakah wajar sy menukar kontrak dari gstt biase ke gstt cfs???yg mane lebih baik?gstt cfs atau gstt biase??
qistina filzah recently posted..Berbuka Puasa di Johan Tomyam Senawang =)
Saya tahu ramai yang gstt biasa, tetapi dapat gak tawaran gstt cfs. Dari taklimat kawan saya tu, diorang kata, gstt yang biasa tak payah dah ambil gstt cfs. Sebab yang diserap nanti antaranya terdiri dari gstt biasa dan gstt cfs. Tak perlu tukar contrat katanya.
Bab mana lebih baik. Itu saya tak tahu. gstt cfs atau gstt biasa ada kelebihan masing-masing. Yang penting, dua-duanya ada potensi untuk diserap. Bab wajar untuk tukar atau tak, better tanya JPN.
ohcikgu recently posted..Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Wembley: Milik Lee Chong Wei atau Lin Dan?
oh x perasan ya pe dalam berita tu tulis…dalam berita tulis contract of services…bukan cfs…pls alert…sy dh check n tgok betul2 dlm berita tu…
CFS tu merujuk kepada Contract for Services la. Kita panggil dia sebagai Gstt CFS. Bukan 1 aje berita contract of service tu merujuk kepada Gstt CFS. Cuba baca semua berita yang pernah dikeluarkan kat surat khabar. sebab bila baca berita tersebut, dia merujuk kepada kes yang diberhentikan tu. Cuba baca…dia tak merujuk pun kepada gstt yang tak diberhentikan. Jadi, gstt cfs la yang diberitahu dalam surat khabar tu. Itu pada pandangan saya la.
kalau gstt cos, mereka tak diberhentikan, betul tak? gstt cfs ni, mereka yang dah diberhentikan dan ditawarkan semula.
Tapi kalau kes untuk diserap ni, pada pandangan saya, ianya merujuk kepada gstt cos dan juga gstt cfs. Dua-dua gstt ini ada potensi untuk diserap.
ohcikgu recently posted..Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Wembley: Milik Lee Chong Wei atau Lin Dan?
s
saya tertarik dengan semua komen @ luahan hati kawan2 semua…memang ramai yang terkilan apabila ada GSTT yang perna berkhidmat 2thn tapi tidak disambung kontrak..ada juga yang perna menggalas tugas sebagai GSTT tetapi baru 1tahun kerana kontrak yang telah ditamatkan ujung tahun lalu dan MEMPUNYAI IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN tapi belum dipostingkan menjadi guru tetap sehingga kini..Bukankah GSTT ini yang terlebih dahulu PALING LAYAK diserap berbanding GSTT yang baru berkhidmat 2/3 tahun….SIAPAKAH YANG AKAN MEMBELA NASIB GSTT SEPERTI INI???? BUKAN LEBIH BAIK KAH JIKA GSTT YANG BEKAL DISERAP INI DINILAI DARI SEGI TAHAP PENDIDIKAN YANG MEREKA ADA…MENGAPA MASIH ADA GRADUAN PENDIDIKAN YANG BERTUNGKUS LUMUS BELAJAR SELAMA 3/4 TAHUN DI IPTA/IPTS DAN MEMBELANJAKAN WANG YANG BANYAK UNTUK MEMBAYAR YURAN PENGAJIAN TETAPI MASIH BELUM DIPOSTINGKAN SEDANGKAN RAMAI GSTT YANG CUMA BERKHIDMAT 2 TAHUN BOLEH DISERAP….DIHARAPKAN AGAR ISU GSTT DISERAP INI DIKAJI SEMULA UNTUK MEMBELA NASIB GRADUAN PENDIDIKAN YANG BELUM MENDAPAT PENEMPATAN.
Saya cuma nak cakap satu benda aje, dalam isu perguruan ni, baik gstt ker, cfs ke, guru ganti ke, guru kontrak ke, guru tetap ke, guru besar ke, pengetua ke dan ppd sekalipun..bab nak berlaku adil ni memang SUKAR. Susah nak berlaku adil. Pihak kpm, jpn dan ppd dah cuba yang terbaik dan susah nak puaskan hati semua orang. Sebab ada banyak masalah yang perlu disetelkan untuk menyelesaikan masalah semua orang.
Bagi saya, bila kerajaan mention tentang isu gstt ini, ianya adalah langkah terbaik untuk mensifarkan gstt. Jadi, lepas tahun 2011-2012 ini, sudah tidak ada gstt yang diperlukan. Sebab yang layak akan diserap. Dan kpm sudah boleh tutup buku untuk jawatan gstt ini. Selesai 1 masalah yang selama ini membelenggu mereka. Jadi, apalah salahnya 1 tahun ni kpm setelkan masalah gstt dan pada tahun seterusnya, setelkan masalah yang lain. Nak selesaikan semua masalah bukan ambil masa 1-2 tahun, kekadang lama dan lambat kerana pelbagai masalah, kekangan dan karenah..
Harap boleh faham. Saya bukan mewakili sesiapa. Tapi jika kita berfikir secara logik, memang payah nak puaskan hati semua orang dan tunaikan janji. Jadi, kalau masih tak ada kerja, cubalah mula cari kerja lain. Masih belum terlambat.

ohcikgu recently posted..Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Wembley: Milik Lee Chong Wei atau Lin Dan?
Salam, saya nak share kat cni kot-kot ada yang perasan kenapa CFS gajinya tidak sama dengan GSTT sebelum ini? Kami cuma dberi bayaran bulanan saja tanpa elaun ITKA dan COLA seperti tahun2 lepas. Harap mendapat penjelasan
sebab CFS bukan kakitangan kerajaan. Gstt cfs hanya jawatan yang dikontrakkan. Jadi, tak ada epf, elaun cola ke apa semua. Sebab tu dia bagi elaun sahaja. Tapi jumlah elaun dan gaji gstt biasa tak jauh beza. Lebih kurang aje kan?

ohcikgu recently posted..Perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia di Wembley: Milik Lee Chong Wei atau Lin Dan?
Sy kurang arif mengenai jawatan gstt cfs n gstt cos…kerana terdapat g juga gstt cos yg dpt tawaran gstt cfs….
memang ramai gstt cos yang dapat tawaran gstt cfs. Dari taklimat yang kawan saya cakap, wakil yang beri taklimat sendiri kata yang gstt cos tak perlu terima tawaran gstt cfs sebab dari segi kelebihan, gstt cos ada kelebihan jika diserap nanti berbanding gstt cfs. Sebab tu ramai gstt cos stay dengan kedudukan mereka dan tidak ambil gstt cos punya tawaran.

ohcikgu recently posted..Cikgu perempuan mudah kena samun?
KAWAN SAYA XDAPAT DISERAP KERANA SAYA GSTT CFS (CONTRACT FOR SERVICE)…DIE BARU JER MULA MENGAJAR 1 OGOS YG LALU….
PERSOALANNYA, KALO BETUL DIE XLAYAK, KENAPA DI BERI HARAPAN DENGAN MENGAJAR SEMULA? SAYA FAHAM DARI BERITA TU SEJUMLAH GSTT YG TIDAK LAYAK….KALO DAH TAU DR AWAL MEREKA XLAYAK, XPERLU LANTIK SEMULA…..TERUS TERANG JER XLAYAK…..KESIAN DENGAN MEREKA…….
dari mana awak tahu dia tak dapat diserap? Sampai hari ini, tak ada siapa tahu siapa yang diserap dan siapa yang tak diserap. Kita cuma tahu yang gstt cfs dan gstt yang sedang mengajar ada potensi untuk diserap. Itu sahaja. Hebat juga awak ye, awak boleh tahu siapa yang diserap dan tidak..

ohcikgu recently posted..Cikgu perempuan mudah kena samun?
bukan saya hebat dpt tau sape yg dpt or x….
saya cuma bercakap dr ape yg kawan saya cakap pada saya…..n dari sume bite yang saya baca mengenai pembahagian jumlah yg mereka dah asing2kan…kalo maklumat dan pemahaman saya salah, saya minta maaf…memang pun saya tau sume akan ditentukan ujung taun ni….tujuan saya di atas tu, saya sgt berharap bukan potensi tp sumenyer layak masuk….saya faham perasaan semua gstt yg ada cni tu krn saya pun bekas gstt yg pernah bertaun2 menanti saat2 ini…..
saya doakan semuanya dapat dan tiada yg xdpt kerana kalo ada yang xdapat diserap ujung taun nnt sedangkan mereka dilantik semula, perasaan kecewa tu lg hebat dari yang sebelum2 ni kerana harapan yang menggunung yg penah saya juga harapkan…..
tapi semua bergantung pada rezeki gak kan….xpe la…ape2 pun saya harap sume dpt termasuk la kawan saya ni…… peace no war! hehehehe….
harap perjumpaan wakil 20 orang gstt di putrajaya isnin 22 ogos ni berjaya memberi impak positif.
mudah-mudahan begitu.

ohcikgu recently posted..Cikgu perempuan mudah kena samun?
TAKLIMAT PROSES PENYERAPAN GSTT
http://persatuangsttmalaysia.blogspot.com/
Menurut Bahagian Pengurusan Sekolah Harian – Penempatan guru lepasan KPLI dan DPLI dibekukan sementara sehingga Januari 2012 untuk memberi laluan kepada gstt berkhidmat. Pelatih keluaran KPLI dan DPLI kini menganggur atas tindakan ini. Ada di antara mereka bekerja sambilan untuk menampung perbelanjaan. Dimanakah hak mereka. Ramai gstt masih tidak bersyukur diberikan nikmat ini dengan merungut berkaitan CFS dan COS.
itulah, kekadang penat cakap. Belajar bersyukur. Tak kiralah dapat atau tak. Kalau kita tak dapat, ada rakan kita yang dapat. Patut bersyukur sebab peluang ni sekali aje seumur hidup. Dah takkan ada kes macam ni lagi dahh..gstt lepas ni memang terkubur sudah. Inilah tahun-tahun terakhir untuk gstt..
Jadi, belajarlah bersyukur. Tak perlu nak kata kerajaan itu berlaku adil atau tidak. Memang susah nak berlaku adil untuk semua orang. Bukan tak boleh. Cuma sukar dan mengambil masa..
ohcikgu recently posted..Ada cikgu yang mahu jadi Pakar Coklat dan Usahawan Coklat Hand Made?
hmmm nasib la kann.. Mungkin masa dpt kpli or dpli hari tu..eksyen ngan kwn2 yg tak dpt kot..:)..apa2 Allah lagi Besar perancanganNya…kite sebagai hambaNya..jangan riak..takbur..kiter sentiasa berdoa dan sentiasa berusaha menjadi hambaNya yg bersyukur dan bertaqwa..insyaAllah dpermudahkan segala urusan dgn tanpa dengki kepada hamba2 Allah yg diberi nikmat terlebih dulu.. Wallahuaklam…
takdelah sampai begitu. tak semua, sebahagian kecil aje kot..
apapun, kena banyak bersabar dan kena belajar terima keputusan yang dikeluarkan..

ohcikgu recently posted..Bagaimana mengira Keuntungan Bisnes Coklat?
salam..haha sy punye kes lagi ‘best’! ngajo dah 2 tahun, tak dpt cfs ,cos pun tk dpt.. tapi nama sy layak utk permohonan kpli-gstt…pening2. konfius. cikgu rase kes sy cane? adakah sy layak utk diserap? sedangkan nati sy kena lalui mtest cam biase. lagi satu, mereka2 tu nati kene duk mtest gak ke atau terus diserap?pastu sy dah tanye dah kt jpn nape sy tak tersenarai utk cfs. peg. tu kate ni keje kpm. sy dah buat surat rayuan dah..diammm je. sepi tanpa berita.
haha..bag kpli-gstt ni, saya kurang faham. Jadi, tak tahu nak cakap apa. hehe..
Yang kes gstt sekarang ni, tak ada mtest takde interview dan takde medsi. Jika diserap, akan dipanggil buat latihan. Habis latihan..mereka akan dihantar ke sekolah. Macam itu aje..
Bab surat rayuan tu, follow uplah selalu. Insya-Allah, jika ada rezeki. Adalah. Kalau takde, apa mampu saya cakap, bersabar..

ohcikgu recently posted..Bagaimana mengira Keuntungan Bisnes Coklat?
wahh..ada banyak kes rupanya..
memang banyaakkk kesnya..

ohcikgu recently posted..Bagaimana mengira Keuntungan Bisnes Coklat?
Heehehhe…kdg2 keluh resah jugak bila pikirkan nasib diri ni….sekarang ni tinggal sy sorang jer gstt(COS) kat sekolah n dah ada Gstt (CFS) masuk…byk sgt ura2 yg cakap mengenai kelebihan n kekurangan jenis kontrak masing2..ape pn…tawakal je la…n bersyukur je dgn ape yg ada…takleh berharap tinggi sgt..kalau ada rezeki adalah…kena doa byk2:)…sy rasa ada sbbnya kerajaan ambil balik gstt cfs ni…takkan la takder tujuan langsung..ape pn…kita juz wait n see jer…insyaAllah…kerajaan akan menunaikan janjinya….tu kejer dorang…bkn kejer kita…
P/s : Baru jer dpt barangan 1 malaysia pree…Datuk Nong Chik yg rasmikan…trima kasih kerajaan:)
Yap, mesti ada sebabnya. Yang dapat tu, kerjalah elok-elok. Yang tak dapat tu, bawa bersabar ye..jangan gaduh-gaduh, jangan marah-marah..

ohcikgu recently posted..Bagaimana mengira Keuntungan Bisnes Coklat?
salam. nak tye..saya dah check nama tapi tak tersenarai..dah 5 tahun ngajar. 2002 hingga 2005, 2006 sambung belajar hingga 2010. tahun ni jadi gstt semula. adakah sebab tahun lepas saya tak jadi gstt jadi permohonan saya tidak berjaya? redho tapi sedih tetap ada..macam sia-sia pengalaman mengajar yang dah lama…
amboi saudara mat yie.. sedap mulut ko kata lepasan kpli and dpli berlagak.. kalo ngko bagus..apasal ko tak dapat kpli or dpli??kenapa nak meraih simpati kerajaan dengan jadi gstt pastu merungut sana sini pasal kontrak and minta diserapkan..
Sabar-sabar..rezeki orang lain-lain. Mungkin rezeki dia gstt-kpli..bukan di kpli or dpli..
Mungkin rezeki anda di kpli. rezeki di di gstt-kpli.

ohcikgu recently posted..Bagaimana mengira Keuntungan Bisnes Coklat?
maksudnya gstt cfs yang mengandung masih lagi boleh menerima tawaran serap ni ker..saya dapat info dr org kpm diaorg ckp masa dapat tawaran gstt tu mengandung terus tawaran ditarik balik..betul ker?
relaks jgn gado2…
betul tu. betul..

ohcikgu recently posted..Bagaimana mengira Keuntungan Bisnes Coklat?
salam,
HASIL TAKLIMAT KPM DENGAN WAKIL PGM telah dikemaskini dalam blog PGM:
http://www.persatuangsttmalaysia.blogspot.com
salam,
ada satu kemusykilan setelah sy baca hasil perbincangan dengan kpm itu..dimaklumkan bahawa GSTT Pend. Khas tidak termasuk dalam program yang mungkin akan dilaksanakan pada Dis 2011 o Jan 2012 nanti..soalannya ialah GSTT P.Khas itu ialah guru2 gstt yang mmg dilantik menyandang GSTT P.Khas ke? macam mana plak kalu GSTT CFS tetapi di beri tugas mengajar m/p P.Khas?? adakah guru GSTT CFS ini dalam kelompok yang sama yang mungkin di serap o berbeza…???
Ya. Guru gstt pendidikan khas ada salurannya tersendiri. Jika guru gstt pendidikan khas ini ditawarkan kdc, mereka akan terus mengajar m/p pendidikan khas. Untuk dapat gstt pendidikan khas, mereka ada temuduganya yang tersendiri. Tak sama dengan gstt yang biasa ni.
Saya rasa, gstt cfs tidak dalam kelompok yang sama. Berbeza. Gstt pendidikan khas dan gstt cfs, mempunyai saluran yang berbeza untuk diserap. Gstt cfs hanya untuk tahun ini sahaja berpeluang untuk diserap. Tahun-tahun akan datang sudah tak ada.
ohcikgu recently posted..(Gambar) Produa Myvi Extreme 1.5L yang comel.