Em..nampaknya lagi 1-2 hari lagi sahaja kita akan menyambut hari bahagia iaitu Hari Raya AidilFitri untuk tahun 2011 ini. Nampaknya sambutan agak meriah juga seperti tahun-tahun lepas walaupun tanpa bunyi meriam buluh atau mercun bola. Bukan tak pernah dengar, cuma jarang-jarang sahaja. Hehe..
Mari layan video iklan Merdeka Raya yang dibuat khas dari Petronas untuk tatapan rakyat Malaysia. Iklan Raya dan Merdeka dari Petronas memang tidak pernah gagal membuatkan saya tersenyum.
#Sila klik “Close Ad” untuk melihat video ini.
Tangan. Ya..tangan.
Disini, saya menyusun sepuluh jari untuk memohon ampun dam maaf kepada semua pembaca Ohcikgu tak kiralah yang baru atau yang lama dan yang setiap datang ke blog ini setiap hari jika ada tersalah silap dari segi penulisan, percakapan, perkataan dan lain-lain sepanjang saya dan penulis saya yang lain sepanjang kami berkarya disini. Semoga kita semua mendapat rahmat dan taqwa daripadaNya untuk bulan ramadan yang barakah ini. Insya-Allah..
Ps: Huh..ada banyak juga kertas soalan nak kena tanda nih..











petronas punya iklan mmg best2
Khidhir recently posted..Domain CO.CC Hilang Daripada Google Search Engine