Noramfaizul Mohd Nor – Jurukamera Bernama TV mati ditembak di Somalia

KUALA LUMPUR – Jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terbunuh dalam insiden tembakan di Mogadishu, ibu negara Somalia, disifatkan sebagai seorang profesional tulen yang tidak mementingkan diri dan sanggup melakukan pengorbanan berani dalam melaksanakan tugas.

Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman berkata: “Pemergiannya akan dicatat dalam sejarah Bernama sebagai seorang profesional yang tulen dalam memenuhi tugas dan memperjuangkan nilai-nilai kemanusiaan tulen.

Sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, katanya, Bernama akan menghulurkan segala bantuan yang mungkin untuk meringankan kesedihan yang dialami oleh keluarganya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3.

Allahyarham merupakan sebahagian daripada 55 anggota sukarelawan yeng mengikuti misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dalam membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia.

Sementara itu, Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong berkata Bernama kehilangan rakan sekerja yang rajin dan tidak pernah mengabaikan tugasnya.

“Ini adalah satu kehilangan besar kepada Bernama kerana Faizul (Noramfaizul) adalah seorang yang komited dan tidak pernah mengabaikan tugasnya, beliau juga menunjukkan sikap profesional ketika bertugas.

“Saya selalu kerap bertemu dengan Allahyarham di lobi pejabat, dan sering bertegur sapa dan beliau saya lihat ada seorang yang peramah,” katanya semasa ditemui ketika menziarah keluarga Allahyarham di Taman Serdang Raya, dekat sini, Jumaat malam.

Yong berkata pihaknya sedang berbincang dengan Jabatan Perdana Menteri dan Wisma Putra mengenai prosedur membawa balik jenazah Allahyarham.

Bernama juga akan memberikan semua bantuan yang diperlukan oleh keluarga Allahyarham selepas ini,” katanya. – BERNAMA

Ohcikgu: Ini kali pertama saya dengar kisah kematian jurukamera dari negara kita dinegara luar. Lagi-lagi di Somalia. Saya harap tidak ada lagi jurukamera kita yang meninggal diluar sana apabila menjalankan tugas walaupun saya tahu tugas itu sangat merbahaya. Saya juga berharap tidak ada lagi sesiapa yang takut untuk bertugas dinegara seperti Somalia apabila kes seperti ni berlaku. Anggap ini sebagai fitrah. Kematian ada dimana-mana sahaja. Cuma kita tak tahu bila, masa dan dimana. Kita berserah seadanya.

Ps: Al-fatihah kepada beliau. Semoga roh Noramfaizul Mohd Nor dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.




About cikgu malaysia

Pemilik blog Ohcikgu.com. Blog popular untuk semua cikgu-cikgu malaysia. Terutamanya untuk cikgu-cikgu perempuan yang comel-comel. Semoga semua tulisan didalam blog ini akan menghiburkan anda.
This entry was posted in Isu semasa dan berita semasa and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

10 Comments

  • At 2011.09.03 13:26, dnoBiz said:

    Takziah kepada keluarga dan AlFatihah kepada arwah.
    Ps : Sebenarnya aku kagum dan bangga dengan beliau

    • At 2011.09.03 13:27, dnoBiz said:

      Lupa nak cakap..
      Harap kejadian ini tak membantut semangat sukarelawan dan juga wartawan untuk terus membantu mereka yang memerlukan
      dnoBiz recently posted..Misi Kemanusiaan Somalia – Wartawan kita Mati DitembakMy Profile

      • At 2011.09.04 02:54, muhammad fakhruddin said:

        Takziah kepada keluarga beliau. Al-Fatihah untuk Allahyarham.

        Walaupun sekadar menjadi petugas media, merekalah yang melaporkan berita sebenar dan mengelakkan kita terus diperdaya dengan dakyah media Barat.
        muhammad fakhruddin recently posted..Mesti Tonton Syawal Merdeka IniMy Profile

        • At 2011.09.04 03:14, ahmad kamil said:

          Semoga roh arwah ditempatkan dalam roh orang yang beriman.

          Al-Fatihah.
          ahmad kamil recently posted..Rukun Iman memantapkan IntergritiMy Profile

          • At 2011.09.04 03:16, puanbee said:

            perkataan paling tepat dah ajalnya begitu ..arwah bertuah ,..satu malaysia doakan pemergiannya
            puanbee recently posted..WordPress theme magazine style di puanbee.comMy Profile

            • At 2011.09.04 03:48, zik said:

              ada perkataan yang disebut sebelum beliau meninggal dunia

              “Kau ambil dulu duit ini untuk beli kasut, manalah tahu kalau-kalau aku tertembak dekat sana ke, dah tak sempat nak beli,” itulah antara ungkapan terakhir yang diucapkan Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor kepada sahabat baiknya, Mohd Farhan Omar, 31, pada malam terakhir mereka berjumpa iaitu sehari sebelum beliau berangkat ke Somalia. cr to bharian on9..
              zik recently posted..Apa itu elektrolik dan kepentinganyaMy Profile

              • At 2011.09.04 05:08, ProfHariz said:

                Al-fatihah.. Jenazah dah smpai ke malaysia…
                ProfHariz recently posted..Tragedi Aidilfitri Kisah Menyayat Hati 2011My Profile

                • At 2011.09.04 06:39, neo said:

                  Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan roh orang yang beriman.

                  Al-Fatihah.
                  neo recently posted..Kejamnya Dunia BlogMy Profile

                  • At 2011.09.04 11:46, tehr said:

                    mereka sangat berani dan bersemangat
                    takziah kepada keluarga allahyarham
                    tehr recently posted..Jadual PMR 2011My Profile

                    • At 2011.09.05 01:09, W.R said:

                      al-fatihah….moga roh beliau sentiasa disisi org yang beriman
                      W.R recently posted..Tetapkan Sasaran Bounce RateMy Profile

                      (Required)
                      (Required, will not be published)

                      CommentLuv badge