MALAYSIA JUARA PIALA SULTAN JOHOR 2011.
Malaysia mencipta sejarah apabila muncul juara sulung pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Bawah 21 Tahun Piala Sultan Johor 2011 malam tadi. Gol kemenangan Malaysia diperoleh menerusi jaringan emas kapten pasukan, Muhammad Noor Faeez Ibrahim, sekali gus mengecewakan Australia 3-2 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru. Muhammad Noor Faeez melakukan jaringan tersebut menerusi pukulan sudut penalti yang menerjah bahagian kiri gol lawan.
Sebelum itu, perlawanan tersebut terpaksa diheret ke masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 selepas masa perlawanan sebenar tamat. Lebih manis, skuad projek 2013 negara yang sebelum ini tewas kepada Australia pada perlawanan pusingan awal iaitu 2-1 berjaya menebus kekalahan itu di hadapan kira-kira 5,000 penyokong.
Pada aksi tersebut, Australia terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi Dylan Wotherspoon tetapi anak didik Mohd. Dharma Abdullah berjaya menyamakan kedudukan pada minit kedudukan pada minit ke-42 menerusi jaringan padang Mohd. Fitri Saari.
Jaringan padang Jack Wallace pada minit ke-59 membuatkan pasukan lawan kembali di hadapan tetapi Malaysia berjaya bangkit menerusi pukul sudut penalti Muhammad Noor Faeez seminit sebelum wisel penamat dibunyikan sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Sumber: Kosmo
Ohcikgu:
Masa tengok Malaysia kalahkan India pada saingan separuh akhir hari tu, memang gembira habis sebaba Malaysia belasah India dekat 5-1 masa tu kalau tidak silap. Dan pada final Piala Sultan Johor 2011, nampaknya kejayaan memihak kepada pasukan Malaysia. Tahniah kepada pemain hoki Malaysia yang gigih dan berusaha keras untuk mendapat hasil seperti ni. Ini yang kita mahu. Berjuang dan menang. Kita tidak mahu kalah lagi.
Kini, bukan India kita belasah. Australia pun dah jadi lauk. Hoho..
Ps: Tahniah Malaysia. Tahniah skuad Hoki Malaysia. Tahniah!!





tahniah pada skuad projek bawah 23 tahun memang mantap.
congrat2. malaysia hebat

acapz recently posted..“Nyandroid” Ice Cream Sandwich Easter Egg Ditemui (Video)
sy ade kat stadium gak. heheh
punya lah meriah stadium pas msia wat golden goal uh. huuu
terbaek larh!!! malaysia boley….