Lagi beberapa hari sahaja kita akan masuk ke tahun 2012. Nampak macam sekejap sahaja. Teringat masa belajar kat sekolah dulu. Teringin nak jadi pemain bola sepak negara. Cuba masuk pemilihan wakil sekolah. Tapi tak dapat. Dapat jadi simpanan aje. Itupun jarang diturunkan. Apakan daya, ada pemain yang lebih hebat berbanding saya. Terima sajalah. Lagipun, posisi saya tu ada ramai pemain yang lebih layak. HUhu..
Dan tak lama lagi akan ada juga Piala AFC 2012. Kali ini, Kelantan dan Terengganu terbabit dalam siri Piala AFC 2012 ini. Harap mereka akan berjaya sekurangnya masuk ke pusingan separuh akhir Piala AFC nanti. Tidakpun, sekurangnya satu pasukan akan ke final. Itu harapan kita agar dapat berjaya dalam Piala AFC ini nanti. Selangor tak masuk pula. Sabar ajelah. HUhu..
Apapun, ini kelab-kelab atau kumpulan yang terlibat dalam group dalam Piala AFC 2012 yang akan datang. Agak-agak, boleh tak skuad negeri kita berjaya bawa balik Piala AFC ni?

Ps: Setuju atau tidak bila saya katakan banyak peningkatan telah berlaku dalam pasukan Bola Sepak Negara? Setuju tak saya katakan bahawa sudah ramai orang BANGGA memakai jersi Harimau Muda?











Harap2 dapatla kan.
shraqs recently posted..Wujudkan Suasana Pembelajaran Yang Seronok
sokong kelantan

nak bawa balik piala nampak payah juga tu
harap2 lepas peringkat kumpulan ni
tehr recently posted..Wallet
Tak mustahil untuk kita menang…