Safee Sali tak berkenan kontrak 3 tahun.

Book cheap tour packages

Nampaknya isu demi isu tentang Safee Sali semakin panas. Sejak Pelita Jaya dikatakan haram disisi FIFA dan kebarangkalian untuk Safee tidak dapat mewakili negara jika terus bersama dengan Pelita Jaya, nampaknya semuanya masih menjadi tanda tanya buat rakyat Malaysia.

Kini, isu kontrak Safee bersama Safee Sali pula timbul. Mengapa isu ini timbul? Safee tidak sangka yang Pelita Jaya mahu mengikat kontraknya selama 3 tahun. Bagi beliau, itu terlalu lama..

****************

Menurut beliau, Pelita Jaya sebelum ini pernah melahirkan hasrat untuk mengikat Safee sekurang-kurangnya selama tiga musim lagi.

“Tiga tahun lama sangatlah, Safee khuatir ia tidak membantu meningkatkan corak permainannya jika kekal di kelab yang sama untuk tempoh yang agak lama.

safeesali

“Jika diikutkan, Safee hanya mahu kontrak lanjutan selama setahun sahaja, jadi saya akan berlepas ke sana pukul 1 petang esok (hari ini) dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) bagi mengadakan perbincangan lanjut dengan Pelita Jaya,” katanya kepada Kosmo!


Menurut Zakaria, perbincangan itu dijangka berlarutan selama beberapa hari sebelum mendapat kata putus berhubung masa depan Safee.

“Mereka (Pelita Jaya) mahu tiga tahun, Safee pula hanya mahu setahun.

“Jadi kita tengok dahulu macam mana, harap perkembangannya positif dan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu akan saya maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya. Sumber – Kosmo Online

Ohcikgu:

1. Jadi, berbincanglah elok-elok. Memang nampaknya Pelita Jaya memandang tinggi ke atas bakat dan kehebatan Safee Sali. Yelah, sejak Safee masuk, nampak ketara pasukan Pelita Jaya meningkat dan Safee Sali berjaya menjadi ketua pasukan tersebut walaupun baru setahun bersama Pelita Jaya. Jika Safee Sali masih muda dalam lingkungan umur 23-24 tahun, mungkin beliau tidak kesah. Tapi umur beliau bakal menjangkau 30an. Jadi, mungkin bagi beliau, beliau tidak mahu sukar untuk pergi pasukan lain bila dah berumur 30 tahun nanti. Jika mahu berpindah, biarlah dalam masa terdekat ini.

2. Dan salah satu sebab lagi mungkin disebabkan kes FIFA. Jika tak dapat ubah apa-apa, memang ternyata Safee tak bolehlah mewakili Malaysia dalam perlawanan antarabangsa nanti. Kuranglah seorang penyerang berbisa Malaysia yang boleh disandarkan harapan. Oleh itu, saya harap Safee Sali dan pengurusnya dapat berbincang sebaik-baiknya dalam isu kontrak bersama Pelita Jaya ini.

Ps: Rindu nak main bola dengan kawan-kawan lama. Bilalah ada peluang agaknya..


Baca juga artikel ini..

This entry was posted in Sukan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

17 Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge