Ya. Tak habis lagi isu tentang kes Safee Sali, ISL, PSSI dan kontrak 3 tahunnya. Nampaknya dari berita di surat khabar Berita Harian hari ini Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menasihati beliau agar buat keputusan tentang isu kontraknya.
Menurut Hamidin, FAM sentiasa memantau perkembangan terkini isu berkenaan selain mengadakan pertemuan dengan seorang pegawai tertinggi PSSI baru-baru ini.

“Saya dan Setiausaha Agung FAM (Datuk Azzuddin Ahmad) mengadakan perbincangan dengan pegawai PSSI itu untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai isu ini.
“Kami sebenarnya tidak mahu mencampuri urusan badan induk bola sepak mereka tetapi berharap PSSI dapat menyelesaikan isu ini dengan segera.
“Kami turut memberi ingatan dan nasihat kepada Safee supaya mengambil kira semua hal apa yang berlaku sebelum membuat keputusan kerana kontraknya bakal berakhir 31 Januari ini,” kata Hamidin di Bukit Jalil, semalam. – Berita Harian.
Ohcikgu: Safee, buatlah keputusan yang sewajarnya kerana sebagai pemain bola sepak profesioanl, bola sepak adalah kerjaya beliau. Pemilihan pasukan atau team yang hendak beliau wakili adalah penting. Ada mulut yang hendak disuap. Jadi, buatlah keputusan yang sewajarnya dalam isu ini. Kami semua tetap menyokong anda dalam apa jua keputusan yang diambil.
Ps: Kita tunggu dan lihat. Apakah keputusan Safee nanti.




kita hanya mampu berharap beliau tak silap pertimbangan
tehr recently posted..Siri Bercakap Dengan Ayah | Cikgu Yang Ajar
Harap2 Safee buat keputusan terbaik utk diri, keluarga dan juga negara. Nakkan sesuatu, kita mesti korbankan sesuatu yang lain. Mustahil untuk dapatkan semua…
shraqs recently posted..PayPal Tricks/Scam