Dari berita yang saya baca di Kosmo, saya dapat tuliskan 4 point utama tentang kejohanan super siri Badminton terbuka Korea 2012 ini. Ada berita gembira dan ada berita yang kurang memberangsangkan. Saya yakin ramai yang sudah tahu Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong tewas pada pusingan kedua terbuka korea ini.
1. Pasangan bergu emas negara dan juga bergu lelaki No. 1 negara terpaksa balik terlebih awal pada Kejohanan Siri Super Terbuka Korea semalam. Mereka tewas kepada beregu dari Taiwan, Chieh Min Fang-Sheng Mu Lee 21-13, 20-22, 22-24 pada aksi pusingan kedua. Mungkin memang bukan rezeki mereka lagi kali ini.

2. Mengiringi kekalahan mereka ialah beregu wanita No. 1 negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty yang tunduk kepada pasangan ‘import’ Singapura, Shinta Mulia Sari-Yao Lei 26-28, 8-21. Namun, pada saingan pusingan pertama kelmarin, Eei Hui-Pei Tty mencipta kejutan apabila menundukkan pilihan keenam dari Taiwan, Wen Hsing Cheng-Yu Chin Chien dengan keputusan 21-16, 21-13.
3. Walaubagaimanapun, Lee Chong Wei tidak ada masalah untuk mudah melepasi halangan pusingan kedua semalam, sekali gus menempah tempat ke pusingan suku akhir. Pemain kelahiran Pulau Pinang itu, menewaskan pencabar dari Korea Selatan, Shon Wan Ho 13-21, 21-14, 21-15.

4. Turut melangkah ke suku akhir ialah pemain No. 2 dunia Lin Dan dari China selepas menewaskan pemain tuan rumah, Hyun Il Lee 11-21, 21-12, 21-10. Lin Dan sejak akhir-akhir ni selalu terpaksa bermain 3 set macam Chong Wei. Mungkin ramai yang sudah tahu kelemahan Chong Wei dan Lin Dan. Sebab tu boleh menang sekurangnya 1 set.
Sumber: Kosmo
Ps: Huhu, bergu lelaki dan perempuan tersingkir. Nampaknya kita cuma masih mengharapkan Chong Wei sahaja untuk jadi peserta tunggal ke final untuk Badminton Super Siri Terbuka Korea 2012 ini..




Tahniah utk Datuk Chong Wei..
i hate lin dan.. action bagai.. ku siku nanti.. har3
nurmisnan recently posted..Penawar untuk penyakit sesak nafas
hehe..siku aje..
takut dia balas dengan smash aje. hehe..
ohcikgu recently posted..Dua jaringan Effa Owana menjadikan Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2011.
tahniah pada Lee Chong Wei, mungkin dah ubah stratergi baru
apaajanews recently posted..DAH CAKAP JANGAN MAIN GAME NI
Yap, mudah-mudahan chong wei ada trik dan strategi baru untuk menghadapi lin dan.


ohcikgu recently posted..Dua jaringan Effa Owana menjadikan Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2011.
terus sokong LCW..harap dia dpt main dgn baik kali ni.
kimmie recently posted..Hotel Ais
mudah-mudahan.

kalau tak..geram gak kalau asyik kalah dengan lin dan aje.
ohcikgu recently posted..Dua jaringan Effa Owana menjadikan Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2011.
kiat dan boon heong da tak ley pakai.. harapkan gaya je la…main macam apa tah.
sukacuka recently posted..Peniaga melayu, hari ini buka kedai esok tutup terus
diorang dah tua dahh..

harap pada pemain muda, semuanya masih tak cukup power lagi..
ohcikgu recently posted..Dua jaringan Effa Owana menjadikan Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2011.
Harap2 kalau chong wei jumpa lin dan boleh menang lah kali ni ..
b3njy recently posted..APA ? NUR AMALINA PECAH REKOD LAGI ?
kalau kita asyik nak mengharapkan chong wei susah juga tu …
b3njy recently posted..APA ? NUR AMALINA PECAH REKOD LAGI ?
masalahnya..ramai pemain muda yang masih tak cukup power lagi..
ohcikgu recently posted..Dua jaringan Effa Owana menjadikan Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2011.
Benjy rasa baik chong wei tu berlatih badminton dengan Jet Li baru hebat pergerakan2 dia …. cam kung fu OOooo
b3njy recently posted..APA ? NUR AMALINA PECAH REKOD LAGI ?
Iskk..isk..isk..tumbangnya satu regu harapan negara…

yas recently posted..Bergambar Di Atas Gunung Kjeragbolten – Batu Tergantung
harap diorang boleh bangkit.

hemm…
ohcikgu recently posted..Dua jaringan Effa Owana menjadikan Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2011.
mmg kena terus sokong LCW ni.. harap2 ada harapan menang
ciksembang recently posted..Nombor punggung Safee Sali
yap, kita tetap kena sokong.
harap terbuka korea ni, chong wei leh jadi johan. dia kalah dulu kat final kat sini. dengan chen long kalau tak silap.
ohcikgu recently posted..Dua jaringan Effa Owana menjadikan Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2011.
nampak gaya chong wie akan jumpa lin dan lagi di akhir
tehr recently posted..Siri Bercakap Dengan Ayah | Cikgu Yang Ajar
dari pandangan mata kasarnya, begitulah..

ohcikgu recently posted..Dua jaringan Effa Owana menjadikan Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2011.
bergu emas negara mmg tak da harapan nak dapat pingat dlm olimpik nanti…..
ahmad kamil recently posted..Buku 555
masih ada peluang.
kena rajin berlatih dan kaji kelemahan pihak lawan. kalau tak..memang susah nak menang ke final sukan olimpik.
ohcikgu recently posted..Dua jaringan Effa Owana menjadikan Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2011.
Harap kat LCW lah sekarang ni..dan dia pun mcm x berapa agresif dah.
teman agak risau juga kalau2 kita x berpeluang nak dpt emas dlm olimpik ni…semua berharap pd LCW….
ahmad kamil recently posted..Buku 555
lin dan masih hebat lagi.
dia saje je tu..
ohcikgu recently posted..Dua jaringan Effa Owana menjadikan Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2011.
semoga Lee Ching Wie dapat menang dengan Lin Dan
mudah-mudahan.

kita kena sokong dan support chong wei.
ohcikgu recently posted..Dua jaringan Effa Owana menjadikan Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2011.
Yang tak tahan tu kenapalah beregu lelaki kita memanjang je kalah

Ikhwan recently posted..3 Langkah Menjadi Popular Versi Ombak Rindu
Em..diorang menang. Tapi tak lepas ke final..

ohcikgu recently posted..Dua jaringan Effa Owana menjadikan Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2011.
Datuk LCW dah menang pertandingan ni.. best2

kulanz recently posted..2011 dalam Kenangan