Tadi, saya sempat menonton salah satu perlawanan pertama untuk saingan Liga Super 2012 diantara Selangor menentang Negeri Sembilan di Stadium Paroi. Nampaknya, Negeri Sembilan gagal menggunakan kesempatan untuk menang dalam perlawanan ini walaupun sudah pun mendahului 2 gol hasil jaringan Effa Owona pada separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua pula, Selangor berjaya mengubah rentak perlawanan dan mengawal kawasan tengah padang dan akhirnya gerakan cantik dadri Solihin berjaya membuatkan AmirulHadi melarikan bola ke dalam kawasan penalti dan menyumbat gol pertama Selangor. Dan Solihin sekali lagi berjaya membantu Selangor menyamakan kedudukan apabila beliau dijatuhkan dalam kotak penalti. Safik dengan tenang berjaya menjaringkan gol penyamaan tanpa sebarang masalah. Keputusan ini kekal, 2-2 sampai ke minit terakhir. Bagi saya pemain terbaik malam ini, saya berikan pada Solihin.

DAn satu lagi perlawanan yang saya memang hendak tahu adalah perlawanan antara Kelantan menentang Singapore LIONSXII. Nampaknya, pasukan dari Singapura gagal untuk menyaingi kehebatan Kelantan kerana tewas 1-2 di Kelantan. Apapun, tahniah pada Kelantan kerana berjaya mengalahkan pasukan Singapura yang rata-ratanya dibarisi oleh pemain kebangsaan Singapura. Tupun kalah juga ke? Hehe..
Dan jika anda menonton tv1, anda akan lihat Perak membenam Terengganu 1-0. Nampaknya, Terengganu terus ditimpa malang sejak tewas kepada Negeri Sembilan ketika dalam Piala Malaysia dulu. Mungkin Terengganu kena merangka strategi semula untuk menang pada perlawanan kedua dalam Liga Super nanti.
Felda United 2 – 0 Sabah
Singapore LIONSXII 1 – 2 Kelantan
Sarawak 2 – 0 Kuala Lumpur
Negeri Sembilan 2 – 2 Selangor
T-Team 3 – 0 Kedah
Perak 1 – 0 Terengganu
PKNS FC 1 – 2 Johor FC
Ps: Seronok tengok Selangor lawan Negeri Sembilan. Dapat tengok 4 gol. Banyak tu..




Tengok jugak selangor vs ns tadi…game mmg best gak dgn adanya awang2 import nih….
yas recently posted..Batu Emas DiKg Melayu Majidee
Nampaknya perlawan pertama ni tidak berapa memihak kepada pasukan tuan rumah!
anif recently posted..Version 2.0 – Wordless Wednesday #22
Yes…. Seladang tumbangkan penyu malam tadi….
Sobri Mansor recently posted..Jangan kencing dekat sini la dowh!!!!
selangor bangkit dari ketinggalan. tapi yang tak best, lepas dah seri tu. macam dah tak nak menyerang lagi, munkin dah penat sangat
wandisini recently posted..Kisah Pendayung Sampan dan Professor
Selangor baru perlawanan pertama manakala kelebihan kepada N9 adalah perlawanan kedua selepas menang keatas Kelantan tempoh hari. Semangat berkobar-kobar tuh.

akubiomed recently posted..Pengalaman anak jatuh sakit
Sempat tengok ulangan Kelantan vs LionsXII. Interesting jugak match diorang
shraqs recently posted..Google Melancarkan GMBO Untuk PKS Tempatan
hoho. xtngok pn aritu. dem la rugi. xpi seri ok la. haha. btw bnyk tag hang. amboi. haha
acapz recently posted..Laman Web Rasmi Sony Picture Dan Facebook Page Digodam Oleh Anonymous