Terkejut atau tidak anda jika pada suatu hari, anda pergi ke bank. Masukkan kad ATM anda. Masukkan password anda dan puff!! TErjadilah magik! Ada duit sebanyak RM30.59 billion dalam akaun bank tertera di mesin ATM tersebut. Haa, itulah yang terjadi dengan seorang guru di Kolkata India yang bernama Parijat Saha.
KOLKATA, India – Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).

Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).
“Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak,” katanya.
Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).
Selepas pulih daripada kejutan awal kerana menjadi seorang bilionair dalam tempoh semalaman, sekurang-kurangnya di atas kertas, Saha, menyatakan dia terus menghubungi seorang rakan yang dikenalinya di bank berkenaan untuk menunjukkan ia secara jelasnya satu kesilapan perakaunan.
Bank Negara India menyatakan, ia masih tidak mengetahui dengan jelas bagaimana jumlah tersebut didaftarkan dalam akaun Saha.
“Kami cuba untuk memastikan apa yang silap,” kata seorang pengurus cawangan bank itu, Subhashish Karmakar.
“Kita telah menghubungi ibu pejabat wilayah di Kolkata dan ibu pejabat kebangsaan di Mumbai,” tambahnya. – AFP
Ohcikgu: Untuk sesetengah orang, mungkin akan gembira bila melihat wang sebanyak itu. Mungkin juga pengsan dalam 2-3 jam. Mungkin juga ada yang terkena serangan jantung kerana terlalu terkejut. Dan mungkin juga ada yang menjerit kegembiraan. Tetapi tidak pada Parijat Saha. Dia terlalu jujur dan minta perkara tersebut disiasat. Yelah, daripada kena tuduh buat benda tak elok. Baik dia berterus-terang, bukan?
Ps: Ini contoh salah seorang guru yang cukup jujur dan ikhlas. Sekurang-kurangnya, pada diri beliau sendiri.




Sememangnya beliau seorang guru yang jujur.

akubiomed recently posted..Cikmin 2nd Birthday Blog & Macaron Giveaway
kalo sy insyallah akan suruh siasat gak…
faiz recently posted..Hati-hati Di Jalan Raya
memang sesuai untuk jadi cikgu..jujur sejujurnya,,,
sukacuka recently posted..Keenakan Prosperity burger
daripada kena siasat di kemudian hari..baik suruh org siasat sekrg..yerla..tetiba duit sebanyak tu ada dlm akaun bank..karang x pasal2 kena
chii recently posted..Kecantikan Luar & Dalam
bagus2. sgt amanah.
Khidhir recently posted..VPN Percuma Terbaik
bagus2. amabah
p/s: iklan tu wat dialog popup byk sgt. smpai crash chrome ni..
Khidhir recently posted..VPN Percuma Terbaik
jujurnya orang itu,,,bestnya dia tak pengsan lak…
hatiputera recently posted..Kelayakan piala thomas 2012 tanpa Lee Chong Wei?
Susah nak cari orang macam ni…kalau kita dapat belum tentu lagi declare ke tak

azman recently posted..Artis dan Keywords