Aksi Panas Pelajar Sekolah menggadai nyawa..

Kita cuma ada 1 nyawa. Jadi, hargailah nyawa kita tu. Tapi ada segelintir pelajar yang sanggup menggadaikan nyawa semata-mata dahagakan ilmu. Saya kagum dengan kegigihan mereka. Sudahlah rumah jauh dari sekolah, tapi sanggup berusaha dan buat apa sahaja untuk tiba ke sekolah. Mungkin bagi mereka, mencari ilmu itu adalah segalanya. Jika dengan belajar boleh menjadikan mereka berilmu dan mampu mengubah nasib mereka, perkara seperti menggadaikan nyawa ini cumalah perkara biasa dalam hidup mereka.

Saya sedih. Ada pelajar yang dihantar ke sekolah dengan motor dan kereta oleh mak abah mereka tetapi malas belajar. Boleh pula kata tak minat nak belajar. Boleh pula kata, belajar itu membosankan. Tak tahukah anda mak abah anda berusaha keras membesarkan anda dan memberik makananan serta menyediakan pakaian untuk anda dengan susah? Bila anda berada ditempat mereka, saya rasa saat itulah baru anda tersedar bahawa mak abah anda adalah orang yang paling hebat didunia ini. Sayangilah mereka dan cintailah mak abah anda.

Sumber gambar: Cari di Google.

Ps: Ada pelajar saya dulu, jalan kaki ke sekolah 10km setiap hari. Menangis saya bila tahu perkara tu. 10km tu, bukan satu perjalanan yang cukup singkat.




About cikgu malaysia

Pemilik blog Ohcikgu.com. Blog popular untuk semua cikgu-cikgu malaysia. Terutamanya untuk cikgu-cikgu perempuan yang comel-comel. Semoga semua tulisan didalam blog ini akan menghiburkan anda.
This entry was posted in Aksi Budak Sekolah, Isu semasa dan berita semasa, Kes Pelajar Sekolah, masalah pelajar and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

28 Comments

(Required)
(Required, will not be published)

CommentLuv badge